Kelmarin Telah Mengubah Sejarah Tun Mahathir.
Cerita semalam, Dengan tidak semena penyokong tegar dan pentaksub terlupa dan menjadi lupa diri apabila boleh menerima kehadiran bekas perdana menteri yang telah menghina dan memecat ketua kesayangan mereka Anwar Ibrahim. Malah Tien Chua yang selama ini memaki hamun Tun Mahathir juga turut mencemarkan diri menjadi ‘guard’ mengiringi lawatan Tun Mahathir. Mereka sangup melupakan sejarah yang tercatat bahawa himpunan yang mereka lakukan hari ini adalah rentetan pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet dan juga parti keramat UMNO pada tahun 1998. Bermula dari tahun ini lah saban kali rakyat Malaysia di hidangkan dengan rusuhan dan himpunan haram saperti hari ini yang mereka sebut himpunan bersih 4 juga di sebut ‘Himpunan Haram’. Tidak di sangka Tun Mahahthir sangup menampilkan diri di tengah-tengah kelompok yang pernah di kata sebagai pengkhianat kepada negara dan mereka yang pernah menghina dirinya dengan pelbagai gelaran termasuk mahafiraun, mahazalim serta bapa penyamum negara. Mungkin pada pentaksub penyokong Tun Mahathir melihat ini sebagai satu tanda bahawa Tun Mahathir mendapat sokongan rakyat pada masa ini didalam rancangan untuk menjatuhkan kepimpinan Dato’ Seri Najib, Tetapi tidak pada mereka yang mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri juga Presiden UMNO. Kerana mereka yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan dan juga rancangan mengadakan himpunan haram saperti Bersih ini juga dulunya adalah orang yang sama mempertahankan Tun Mahathir dari serangan kumpulan pentaksub yang mahu menjatuhkannya melalui jalanan di atasnama reformasi ketika itu. Tetapi kini segalanya sudah jelas bahawa Tun Mahathir saperti orang yang sedang kelemasan, Orang yang sedang kelemasan akan berpaut pada apa sahaja untuk terus bernafas dan hidup walaupun pada seketul taik. Ini lah taraf Tun Mahathir pada waktu semalam ketika Tun Mahathir turut bersama didalam himpunan haram di Dataran Merdeka. Hampir 18 tahun dahulu Tun Mahathir pernah berkata bahawa “Demonstrasi tidak boleh membuat keputusan untuk kita dan tidak ada sesiapa boleh di hukum melalui dometrasi ini” dan Tun mahathir juga mengutuk mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram ketika itu. Tun Mahathir telan semula kahak yang di ludahnya dahulu. Pengikut Tun Mahathir masa kini mungkin belum lahir lagi pada ketika itu atau masih lagi bermain dengan pasir dan air longkang besar yang di sebut ‘sungai bonus’. Tetapi semalam telah merubah segalanya.
|