CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1761|Reply: 7

Hakikat, 1MDB Masih Bergerak Ke Hadapan.

[Copy link]
Post time 1-9-2015 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Hakikat, 1MDB Masih Bergerak Ke Hadapan.
Bermula pada 2011, seramai 111 orang diberi peluang menunaikan ibadah haji menerusi program khas haji yang dibiayai oleh One Malaysia Development Berhad (1MDB). Namun sejak itu, jumlah mereka yang mendapat tawaran penajaan 1MDB berjaya ditambah saban tahun.
Betepatan dengan hasrat untuk membuka lebih banyak peluang maka tahun ini seamai 1200 orang lagi di tawarkan tempat untuk mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah.
Ini menjadikan keseluruhan mereka yang mendapat pembiayaan mencecah kira-kira 3500 orang dari seluruh negara, Jelas keupayaan 1MDB dalam terus mengerakkan agenda sosialnya mencerminkan komitmen berterusan syarikat kepada semua pihak.
Tidak hanya tertumpu kepada pihak berkepentingan dalam perniagaan utama sektor tenaga dan hartanah, Syarikat pembangunan strategik kerajaan itu memain peranan yang sama dalam membangunkan masyarakat. Contoh lain saperti projek ‘Maju Diri’ yang mensasarkan untuk membantu membaiki kehidupan usahawan kecil-kecilan.
Memang benar didalam memperkatakan tentang 1MDB semua sedia makluam pelbagai isu yang membelengu syarikat itu, Tetapi hakikatnya ia masih bergerak kehadapan. Ini terutama di dalam merialisasikan pembangunan projek mega ‘Tun Razak Exchange’ (TRX).
TRX yang di lancarkan pada Julai 2012 merupakan sebuah projek pembangunan jangka panjang yang mensasarkan untuk membangunkan sebuah daerah kewangan terkemuka yang baru di tengah-tengah kepesatan bandaraya Kuala Lumpur.
Pembangunan di atas tanah seluas 70 ekar bakal di sokong oleh kediaman, premis runcit serta pusat riadah dan kebudayaan bertaraf dunia. Malah dengan nilai pembangunan kasar sekitar 26 billion ringgit, TRX dijangka menyediakan peluang pelaburan baru dengan menghubungkan komoditi perniagaan dengan pasaran global, Juga mengujudkan peluang pekerjaan baru.
Dalam hal ini umum perlu tahu 1MDB sebagai pemaju induk TRX giat menarik minat pelabur dalam dan luar negara. Seperti kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, Beliau amat yakin bahawa syarikat itu berada di landasan betul untuk memenuhi objektif pembangunan strategiknya.
Jika di ukur kepada tempoh awal perlaksanaan TRX kenyataan dibuat ada benarnya, Dalam kalangan pemain utama industri, 1MDB berjaya mencapai persetujuan antaranya dengan kumpulan pemaju hartanah global Lend Lease.
Firma yang berpengkalan di Australia itu merancang untuk membangunkan bersama Lifestyle Quarter di TRX, Ia sebuah kawasan pembangunan bercampur berasaskan peruncitan seluas 17 ekar merangkumi sebuah hotel, tiga menara kediaman dan sebuah pusat membeli-belah.
Selain beberapa lagi firma lain syarikat pemaju utama Indonesia kumpulan Mulia, pula komited membangunkan Signature Tower. dengan prospek positif Tun Razak Exchange tidak hairanlah mengapa AFFIN Bank Berhad pun mahu memiliki tanah sendiri di pusat kewangan antarabangsa itu.
Baru-baru ini pihak Affin Bank membuat kenyataan untuk membeli tanah TRX berkeluasan 0.5 hektar bagi pembangunan ibu pejabat Affin Bank yang baharu membabitkan keseluruhan kos 600 juta ringgit.
Sesungguhnya dengan perubahan pesat yang mampu di tawarkan oleh Tun Razak Exchange warga kota Kuala Lumpur juga sudah pasti menerima tempiasnya yang penting kemajuan di kecapi tidak sampai mengubah budaya timur rakyat Malaysia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 10:28 PM | Show all posts
Too big to fail.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:15 AM | Show all posts
Tin kosong berbunyi kuat........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 09:19 AM | Show all posts
BETUL TIN KOSONG KAT DATARAN TU BERBUNYI KUAT TAPI SIAPA YANG UNTUNG?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 04:48 PM | Show all posts
apa sumbangan atau fungsi 1mdb ni? indah water tau jugak la sumbangan atau fungsinya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 07:15 PM | Show all posts
Cepat la bina signature tower
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2015 10:56 AM | Show all posts
RAMAI YANG TAK FAHAM APA FUNGSI 1MDB TAPI YANG HERANNYA CEPAT MELATAH DAN MEROYAN....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:07 AM | Show all posts
yea la. ramai yg tah paham apa fungsinya. tubuhkan nyk badan....hujung2 account abam jib n kak mah jugak yg pegang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.411509 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list