CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 9

[Tempatan] Harga minyak turun, Menteri UMNO minta peniaga turunkan harga barang

[Copy link]
Post time 2-9-2015 12:33 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin memberi amaran kepada peniaga supaya menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak bagi bulan September.

Beliau berkata, tempoh seminggu diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian atau berdepan dengan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Harga petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen seliter masing-masing kepada RM1.95 dan RM2.35 sen, manakala diesel turun 15 sen seliter kepada RM1.80.

"Jangan melampau sangat dengan mengambil untung berlebihan, sepatutnya ada penurunan harga, dan kita (kementerian) akan turun ke bawah serta melihat sama ada harga barang ada penurunan atau tidak," katanya.

Hamzah bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini hari ini.

Beliau turut mempersoal tindakan peniaga yang cepat menaikkan harga apabila harga minyak naik.

"Hari ini saya hendak beritahu pihak peniaga bahawa penguat kuasa akan tengok (jika peniaga kaut) keuntungan melampaui batas, kita ambil tindakan. Ini (kaut untung) adalah tidak adil," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 06:09 AM | Show all posts
PETALING JAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin memberi amaran kepada peniaga supaya menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak bagi bulan September.

amaran aje.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 06:21 AM | Show all posts
turun padang ler wehhhhhhhhhh ....

nie asik nak menyalak jer ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:34 AM | Show all posts
deme nie menyalak je lebih.....cam ler duit malaysia bagus skang nie......hadoi.....jangan dok gebang je....turun tengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:39 AM | Show all posts
mimpi laa kalau turun   
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:40 AM | Show all posts
rafiji gemuk takmo cakap tauke stesen minyak nanti bangkrap?   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2015 08:57 AM | Show all posts
Puih

Sembang
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:06 AM | Show all posts
gebang kuat jer...bkn diaorg yg berbelanja kt pasar2 kecil ....dan makan kat gerai mcm rakyat  yg lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 09:09 AM | Show all posts
Bodoh punya KPDNKK.. Harga minyak donia turun mencanak kebawah... Ron95 ko turunkan sposen je?? Khhaaarrkkkthuiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:42 AM | Show all posts
dgn harga minyak yg dok naik/turun tiap2 bulan .. pastu turun pun skit je. .. so jgn harap la peniaga2 tu nak turunkan harga barang.
Yg pasti semua harga dh semakin naik setiap hari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.726867 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list