Tindakan warnakan kambing undang kemarahan warga mayaDua ekor kambing yang diwarnakan mengikut warna bendera Malaysia.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 1 September:Sebuah gambar yang menunjukan dua ekor kambing diwarnakan dan dihias mengikut warna Jalur Gemilang, mula tersebar di laman media sosial. Gambar yang dimuat naik ke Facebook itu dipercayai diambil dalam sebuah program yang dianjurkan sempena Hari Kebangsaan. Tindakan pihak terbabit mewarnakan kambing itu mengundang kemarahan warga maya yang menyifatkannya sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap binatang, semata-mata hendak mempamerkan semangat patriotik. “Orang suruh kibarkan bendera…bukan conteng badan kambing itu…apalah salah kambing itu,” komen seorang pengguna Facebook, Zulaikha Abdullah. “Kalau sudah jadi macam ini, jangan nak salahkan sesiapa pula, ini bukan setakat menyeksa binatang, bahkan nak menjatuhkan Jalur Gemilang lagi ada, orang yang warnakan bulu kambing ini memang tidak fikir buruk baiknya…taubat la weiii, terseksa kambing tu,” tegas seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Faisal. Menurut laman Siakap Keli, gambar itu mendapat 2,313 like, selain dikongsi sebanyak 184 kali dan mendapat 420 komen pengguna Facebook.
therakyatpost
|