CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1487|Reply: 0

10 Tip Serlah Olesan Gincu

[Copy link]
Post time 2-9-2015 04:25 PM | Show all posts |Read mode

        Walaupun sekadar gincu, tetapi jika tersalah sapuannya, solekan tidak cantik juga. Warna yang sesuai pun harus dipilih mengikut tona kulit anda. untuk mengekalkan sapuan gincu kemas dan cantik sepanjang hari, ada rahsianya. Entri kali ini memberi 10 panduan untuk solekan bibir lebih menawan.

        *Lihat bentuk bibir anda. Jika tipis, anda digalakkan untuk melukis bentuk bibir dengan pensil bibir. Kemudian barulah oleskan dengan gincu. Serlahkan bentuk bibir anda dengan sapuan pengilat bibir.

        *Sekiranya anda mempunyai bibir yang tebal, gincu jenis matte adalah paling sesuai. Ia membuatkan bibir anda kelihatan seksi dan ‘penuh’. Walupun begitu, pengilat bibir tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan bentuk bibir tampak terlalu besar.

        *Bibir yang tipis pada sebelah bahagian sahaja turut digalakkan untuk ‘diperbesarkan’. Gunakan pensil bibir dan lukis bentuk bibir pada bahagian yang tipis. Sapuan gincu jenis kilat amat digalakkan.

        *Bibir yang kering juga menjadi satu masalah.Sebagai penyelesaiannya pakailah pelembap bibir sebelum mengenakan gincu. Jika masalah tersebut agak teruk, seeloknya sapukan pelembap bibir sahaja terlebih dahulu sehingga bibir anda kembali elok.

        6 Rahsia Sapuan Gincu Lebih Cantik

  •                 Bagi mengelakkan bibir kekeringan kerana sapuan gincu, seeloknya pakailah pelembap bibir terlebih dahulu.

  •                 Mahu kekalkan warna gincu? Sapukan bedak padat pada bibir selepas diletakkan dengan sedikit pelembap bibir. Kemudian baharulah oleskan gincu. Warnanya akan tahan lama!

  •                 Jika anda memilih untuk mengenakan pengilat bibir, ia perlu disapu kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna gincu yang cantik, oles gincu dan pengilat bibir yang mempunyai rona senada. Gabungan dua warna ini akan membuatkan warna gincu anda luar biasa cantiknya!

  •                 Seeloknya touch up bibir anda dengan gincu secara kerap supaya ia kelihatan semula jadi.

  •                 Mahukan warna bibir yang nude? Pedapkan bedak padat pada bibir dan gunakan pengilat bibir tanpa warna. Cantik!

  •                 Untuk solekan bibir yang 'penuh' dan tidak comot, penuhkan bibir anda dengan warna pensil bibir.Bukan sahaja lebih kemas, warnanya pun tahan lama.
majalahrapi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056862 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list