CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15815|Reply: 234

[Tempatan] Cerai talak tiga: Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah - Ahmad Yakob

[Copy link]
Post time 2-9-2015 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Cerai talak tiga: Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah - Ahmad Yakob
Muhafandi Muhamad, Astro Awani | September 02, 2015 17:56 MYT
[url=whatsapp://send?text=Cerai talak tiga: Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah - Ahmad Yakob%20http://www.astroawani.com/berita ... h-ahmad-yakob-71959][/url]



Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata lafaz taklik yang dibuat Dr. Hatta itu terpakai sekali gus menganggap hubungan beliau dengan isterinya terbatal.

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli diminta merujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dalam isu bai'ah talak tiga yang dilafazkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.

Jelasnya, lafaz taklik yang dibuat Dr. Hatta itu terpakai sekali gus menganggap hubungan beliau dengan isterinya terbatal.

"Sudah jelas dalam lafaz bai'ah dan taklik sebelum ini mengatakan mana-mana pemimpin PAS Kelantan yang keluar parti dan menyertai parti lain, lafaz berkenaan akan terpakai secara automatik.

"Setiausaha Agung akan hantar surat kepada beliau yang dilampirkan bersama bai'ah yang diucap, menyatakan bahawa taklik yang telah disebut itu dengan sendiri terpakai dan kena daftar dengan Mahkamah Syariah," katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Katanya, Dr Hatta perlu merujuk cerainya dengan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dan jika masih bersama dengan isterinya, ia dianggap salah dan sekaligus memberikan implikasi negatif.

PAS Kelantan menyerahkan kepada budi bicara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan untuk pertimbangan sewajarnya.

Ahmad pada masa sama turut menjelaskan, penubuhan parti baru itu tidak menjejaskan PAS sebaliknya menjadi seteru sekiranya parti itu bertanding di kerusi yang ditandingi atau diwakili oleh PAS.

Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini tidak boleh dianggarkan jumlah ahli PAS yang menyertai Amanah.

Beliau menyatakan pendirian, PAS Kelantan berpegang kepada kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang menegaskan bai'ah yang disertakan dengan taklik menceraikan isteri dengan talak tiga itu, sah dan terpakai.

"Kita berpegang kepada pandangan Ketua Hakim Syarie yang nyatakan lafaz taklik itu berjalan apabila mereka keluar dan Ketua Hakim Syarie telah buat kenyataan supaya mereka terlibat itu mendaftar penceraian mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

Dalam pada itu, Daud ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, permohonan pengesahan status Dr. Hatta boleh dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau ahli keluarganya.

"Itu dia terserah kepada dia sendiri bagaimana kedudukan dia dengan isteri dia macam mana,"
"Dia akan tanggung sendiri, atau pihak lain yang mohon mengesah boleh, pihak keluarga isteri atau sesiapa sahaja," ujarnya.

Hatta sebelum ini diumumkan sebagai antara ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan ditubuhkan 16 September ini.

Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata keanggotaan 22 ahli PAS yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) selepas diambil alih oleh Gerakan Harapan Baharu (HB) gugur secara automatik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2015 07:30 PM | Show all posts
caprutnye PAS kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila memang gila
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang ni mmg gila babi tol. Tu pon ada hati nak memimpin org len.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 07:32 PM | Show all posts

nak kasi kepercayaan set2 ni laksana hudud?
selisih malaikat sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 07:33 PM | Show all posts
mana tah spammer paderi tu...
sblm ni bukan main dok ngekor aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2015 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr. Hatta x sertai. Tapi dr hatta wujudkan.   Berbeza tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:35 PM | Show all posts
Mcm ni bangsat2 PAS berpolitikk ye, bini dijadikan dagangan! Ini ke parti isle? Parti yg sibuk nak mentalibankan msia! Hancurlahhh parti isle, isle kononnn, isle tidak perlu pd nama tp pd perbuatan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 2-9-2015 07:32 PM
nak kasi kepercayaan set2 ni laksana hudud?
selisih malaikat sis

Silap2 rakyat pulak kena berbaiah cerai isteri lepas ne.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Orange1 replied at 2-9-2015 07:35 PM
Mcm ni bangsat2 PAS berpolitikk ye, bini dijadikan dagangan! Ini ke parti isle? Parti yg sibuk nak m ...

Kan sis Lisda, tiada beza mereka yg memperdagangkan isteri utk seks.   
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
islam apakah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:40 PM | Show all posts
Nampak tak betapa wanita dihina, selari dgn kedudukan wanita di dlm isle walaupun duk gagah jaja isle mengangkat martabat wanita, hakikatttnya sembangg kencanggg jah realitinya wanita mcm makhlukkkk kelasss kedua! Jgn hidup in deniallll hakikat yg sgt sukarr n pahitt utk diakuiii isle mmg melayan kaum wanita mcm bangsattttt!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitu murah nilai seorang isteri....

Sewenang2nya dipertaruhkan untuk kepentingan politik....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 08:00 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 2-9-2015 07:36 PM
Kan sis Lisda, tiada beza mereka yg memperdagangkan isteri utk seks.

At least yg dorang tak berlakon baikkkk, yg ini memasing siap berlakonn syumulll perjue kan agama, ujunggg bini jd dagangannn.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 08:02 PM | Show all posts
sejak sejak PAS tak menunjukkan sokongan kepada BERSIH 4. ada saja ye yang tak kena , ye? walaupun pemimpin tu serpihan dah ye? i mean , that is what i tend to see lah.

macam ada satu usaha bebetul nak burukkan persepsi kaitan sesuatu ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul pas ni. Ni ke kata meningkatkan darjat wanita bila hal cerai berai dimainkan. Senang2 terus boleh cerau talak 3 gitu. Mohon lobai @namirulmukminin bercerai jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 08:06 PM | Show all posts
Nampak tak bangsattttnya parti PAS ni? Parti yg satu2 nya lahhh yg gahhh dukk jaja konon memeperjuangkann isle, partii2 lain takde le dukk jaja sgt psl agama ni, umno ada jugak skit2 klu kat dlm perhimpunan puak2 dia sendiri. Nampak tak betapa agama n politikkk perlu dipisahkannn? sekularrrr adalahhh agama yg sebenarrr!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 08:21 PM | Show all posts
Aku pun tak setuju benda ni, tapi setahu aku kau dah angkat sumpah & tahu akibatnya jika melanggar perjanjian.. jika langgar inilah jadinya..

Serupa pinjam Along lah kot........
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 08:25 PM | Show all posts
Kalau jatuh talak, mmg padan muka ko dr hatta. Memang xde otak. Harap bekas bini jadi cougar je lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
I cant even say oh my god
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.515211 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list