CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8106|Reply: 94

[Tempatan] Switzerland beku dana milik 1MDB #1 1MDB Nafi

[Copy link]
Post time 3-9-2015 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Switzerland beku dana milik 1MDB

Switzerland beku dana milik 1MDB
OAG telah membekukan aset berjumlah puluhan juta dolar Amerika Syarikat dalam akaun bank di Switzerland, menurut jurucakap OAG Switzerland.



[size=100%]ZURICH, 2 September:
Pihak berkuasa Switzerland telah mengambil langkah membekukan dana milik syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang di simpan di dalam bank-bank di negara berkenaan, lapor Reuters.
Perkara tersebut disahkan oleh seorang jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) pada Rabu kerana syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan Malaysia itu disyaki terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram dan juga rasuah.
“OAG telah membekukan aset berjumlah puluhan juta dolar Amerika Syarikat dalam akaun bank di Switzerland,” kata jurucakap berkenaan melalui e-mel sebagai respon terhadap siasatan yang dijalankan.
“Pada peringkat awal prosedur, OAG menjalankan analisis dan juga menmggabungkan bukti-bukti.
“OAG juga telah berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia. Kerjasama antarabangsa dengan negara-negara asing khususnya dengan Malaysia mungkin akan diperlukan bagi membuktikan fakta-fakta yang ada,” katanya.



Sumber: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/09/02/switzerland-beku-dana-milik-1mdb/#ixzz3kcw1qMQx


1MDB nafi akaun bank Switzerland dibekukan
Menurut 1MDB, syarikat itu dalam proses memahami siasatan yang sedang dijalankan di Switzerland, supaya kerjasama penuh dapat diberikan kepada mereka.



[size=100%]KUALA LUMPUR, 2 September:
Syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan laporan media antarabangsa kononnya akaun milik syarikat itu di bank-bank Switzerland dibekukan.
1MDB dalam satu kenyataan malam ini menjelaskan, syarikat itu tidak maklum mengenai pembekuan sebarang akaun milik mereka.
“Kami merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai akaun bank tertentu yang dibekukan dalam Switzerland, susulan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa negara itu.
“Setakat yang pihak 1MDB sedia maklum, tiada akaun bank syarikat yang telah dibekukan. 1MDB dalam proses untuk memahami siasatan yang sedang dijalankan di Switzerland, supaya kerjasama penuh dapat diberikan kepada mereka,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Reuters melaporkan, pihak berkuasa Switzerland telah membekukan dana milik syarikat pelaburan strategik milik kerajaan Malaysia itu yang dsimpan dalam bank–bank negara berkenaan.
Perkara itu disahkan seorang jurucakap Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland pada Rabu, kerana 1MDB disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.



Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/02/1mdb-nafi-akaun-bank-switzerland-dibekukan/#ixzz3kcw4nQEz



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 07:37 AM | Show all posts
Gerun mendengarnya.
Duit 1MDB kena beku di Switzerland, duit DERMA pak erab pulak
dibekukan di Singapura. Macam mana Pak Jib & his family nak bershopping....????

Mesti nak buat pinjaman berbillion lagi from the bank dan suma tabong
simpanan ummah macam TH, PNB dan KWSP..................
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:39 AM | Show all posts
Bakal kena saman Reuters nih tau.......

Fitnah akan status kewangan IMDB di bank Switzerland.........


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 07:43 AM | Show all posts
Edited by GhostWalking at 2-9-2015 11:45 PM

1MDB says not aware of accounts being frozenAstro Awani |                                                 September 03, 2015 00:32 MYT                    
                                                                                                                                                




                                 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) today denied any knowledge of its bank accounts in Switzerland being frozen. - File pic

KUALA LUMPUR: Strategic development company 1Malaysia Development Berhad (1MDB) on Wednesday denied any of its bank accounts in Switzerland have been frozen.

"As far as 1MDB  is aware, none of the company's bank accounts have been frozen.

"1MDB is in the process of developing a better understanding of the on-going investigations in Switzerland so the company can cooperate to its fullest extent," said 1MDB in a statement.

Earlier today, Reuters reported Swiss authorities as saying that they have frozen funds in Swiss banks amid a probe into 1MDB.

Office of the Attorney General of Switzerland (OAG) spokeswoman said, OAG has frozen assets amounting to several tens of millions of US dollars on Swiss bank accounts.

"At this early stage of the procedure, the OAG is analysing and consolidating evidence.

"The OAG is already in contact with the Malaysian authorities. International cooperation with foreign countries, in particular with Malaysia, will probably be necessary to establish the facts," she added by email in response to Reuters.

http://english.astroawani.com/malaysia-news/1mdb-says-not-aware-accounts-being-frozen-72006

1MDB nafi akaun syarikat dibekukan, Astro Awani |                                                
September 02, 2015 23:55 MYT                    
                           




                                 1MDB hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan akaun-akaun bank milik syarikat itu dibekukan berikutan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Switzerland. - Gambar fail

KUALA LUMPUR : Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan akaun-akaun bank milik syarikat itu dibekukan berikutan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Switzerland.

"Setakat pengetahuan syarikat (1MDB), tiada satu akaun banknya telah dibekukan. 1MDB kini dalam proses memupuk kefahaman yang lebih baik dalam siasatan yang sedang dijalankan di Switzerland supaya syarikat ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya," jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Reuters dipetik sebagai berkata, pihak berkuasa Switzerland mengumumkan pembekuan beberapa akaun di beberapa bank di negara itu dalam proses siasatannya terhadap 1MDB.

Jurucakap Jabatan Peguam Negara Switzerland (OAG) berkata pihaknya telah membeku beberapa aset yang bernilai berpuluh-puluh juta dolar Amerika dalam akaun-akaun bank di negara itu.

"Pada peringkat awal prosedur, OAG sedang menganalisis dan mengumpul bahan-bahan bukti. OAG juga telah berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia.
"Kerjasama antarabangsa dengan negara luar terutama dengan Malaysia mungkin diperlukan bagi mendapatkan bukti," jelasnya dalam satu email kepada Reuters.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-nafi-akaun-syarikat-dibekukan-72005






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 07:44 AM | Show all posts
Laporan Asal Dari Reuters

Swiss freeze millions amid Malaysian 1MDB fund probeZURICH, Sept 2                 



ZURICH, Sept 2 Swiss authorities said on Wednesday they had frozen funds in Swiss banks amid a probe into people linked to Malaysia's troubled state investment fund, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), on suspicion of corruption and money laundering.

"The Office of the Attorney General of Switzerland (OAG) has frozen assets amounting to several tens of millions of U.S. dollars on Swiss bank accounts," an OAG spokeswoman said by email in response to an enquiry.

                              "At this early stage of the procedure, the OAG is analysing and consolidating evidence. The OAG is already in contact with the Malaysian authorities.

International cooperation with foreign countries, in particular with Malaysia, will probably be necessary to establish the facts," she added. (Reporting by Joshua Franklin, Writing by Michael Shields; Editing by Kevin Liffey)

Sumber:http://www.reuters.com/article/2015/09/02/malaysia-1mdb-swiss-idUSZ8N0YQ02D20150902
                  








Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:48 AM | Show all posts
baguih ...

kalo BN kalah next PRU ... diharap suma reta benda dan akaun bank pak muntri turut dibekukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 08:14 AM | Show all posts
Eh 1 pihak kata ya..1 kata x..in denial stage lg ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Of course la deny semua shell company tolong pusing duit ja, mana ada direct 1mdb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 08:19 AM | Show all posts
Pihak berkuasa Switzerland telah mengambil langkah membekukan dana milik syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang di simpan di dalam bank-bank di negara berkenaan, lapor Reuters.

Tuduhan berat ni...sila investigate betul kah tidak...siapa yg menyampaikan...siapa yg memviralkan...siasat semua fitnah..tangkap semua pemfitnah dgn pantas sebelum PRU14...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
wa senyum sinis sambil tergelak je laa bila ada org suh najib diberi peluang
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:23 AM | Show all posts
semoga terbukti segalanya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:24 AM | Show all posts
ni fitnah ni..bukti mana bukti...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 3-9-2015 08:19 AM
Pihak berkuasa Switzerland telah mengambil langkah membekukan dana milik syarikat pelaburan Malaysia ...

tu haaaa spokeswoman OAG yg cakap wat pitnah..sila tangkap...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:26 AM | Show all posts
1MDB = 1 Malaysia Di Bodohkan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 3-9-2015 08:19 AM
Pihak berkuasa Switzerland telah mengambil langkah membekukan dana milik syarikat pelaburan Malaysia ...

Reuters pemfitnah ler yer...wsj fitnah.
.Sarawak report fitnah....yg tak fitnah tu najib saja...yg pecat ag...yg bubar penyiasatan 1mdb...yg lari dari bersemuka face to face dgn tdm utk jawap isu songlap Wang 1mdb...yg lari Dr forum rasuah antarabangsa yg dibuat di Malaysia....grow up please...
.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:40 AM | Show all posts
Swiss telah menghina negara. Mohon PDRM apply dari Interpol untuk ekstradisi otoriti Swiss itew. Tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih ade lagi ke nak jilat jibby..zahid kene amik langkah seterusnye,nak bersame jibby ke xnak, makin hari makin terbukak segala isi bangkai, kalau dlm msia bolehla tutup sane sini,kat luar sane satu persatu pakaian akan dilondehkan, kat swiss kat spore dah beku acct, tunggu dr uk, hk, and france pulak since dah ade police report kat 5 negara kann..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:45 AM | Show all posts
kejap nafi akaun kena beku...kejap kata tak tau ada yang akaun kat swiss tu kena beku... kaki spin kaw2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:45 AM | Show all posts
Senang je nafi, sebab akuan yg dibekukan tu tak direct ke 1MDB agaknya...
Boleh jadi akaun atas angin.. cuma tak boleh la nak sebut juta2 sana-sini bila melawat. Tak boleh borong sakan bila melawat ke luar negara.
Silap2 BRIM pun takde lagi... bestnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:47 AM | Show all posts
popcorn dah habis.. nak g beli jap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.105189 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list