CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2324|Reply: 12

[Tempatan] Pemimpin berkuasa akan jadikan Malaysia negara melarat, kata Rafidah

[Copy link]
Post time 3-9-2015 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin berkuasa akan jadikan Malaysia negara melarat, kata Rafidah

Published: 2 September 2015 6:00 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-berkuasa-akan-jadikan-malaysia-negara-melarat-kata-rafidah


Malaysia akan berakhir jadi negara melarat jika kerajaan masih terus enggan mendengar rintihan dan suara rakyat, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2015.

Malaysia akan berakhir menjadi negara tanpa pentadbiran yang baik dengan rasuah berleluasa jika pihak berkuasa tidak ambil peduli isu sebenar disuarakan rakyat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.       

Bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa seolah-olah cuba memekakkan telinga terhadap keluhan rakyat berkaitan "integriti dan kepercayaan rakyat, pentadbiran kerajaan dan politik wang".       

"Tiada seorang pun yang mendengar rungutan rakyat! Ada yang masih dalam penafian...sama ada mereka fikir sebegitu atau suara kita tidak perlu diambil peduli," kata bekas menteri antarabangsa dan perdagangan industri itu melalui status Facebook hari ini.

"Mengapa jawapan masih tidak diberikan? Kenapa perkara ini diambil ringan? Kenapa perkara dibiarkan melarat sehingga kita dibatasi antara 'mereka' dan 'kita'?       

Bekas ketua Wanita Umno itu berkata, dirinya juga diasak soalan daripada rakyat luar mengenai situasi semasa di Malaysia dan soalan sama dilontarkan kebanyakan rakyat tempatan.       

Beliau merayu pihak berkuasa tidak bermain politik dan bertindak menangani isu yang dibangkitkan.        "Beritahu rakyat hasilnya, dan jangan biarkan isu membarah dan menyebabkan Malaysia merosot menjadi negara bawahan kerana kelemahan pentadbiran, dengan rasuah berleluasa, serta ekonomi dan sosial yang tidak stabil," katanya.       

Rafidah berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengetepikan isu serius dan memberi amaran tiada wang ringgit atau kata-kata yang boleh membetulkan perkara yang salah.       

"Ini bukan cara yang baik untuk Malaysia, jadi hentikan dan cari jalan mengubati kerosakan ini secara serius," katanya.        Beliau turut mempersoalkan keperluan himpunan balas daripada himpunan Bersih 4 yang dianjurkan pada minggu lalu, dan mempertikaikan sama ada ia juga akan menjejaskan pelancong serta menyebabkan ekonomi dan peluang pelaburan hilang.       

Ketua Bahagian Umno Datuk Jamal Yunos pada Ahad lalu mengumumkan himpunan sejuta "baju merah" yang menyokong kerajaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.        Ini merupakan kenyataan kedua Rafidah mengenai kebimbangannya terhadap Malaysia.       

Pada 31 Ogos, Rafidah di Facebook menyatakan tentang "kesedihan teramat dalam" ketika menyambut Hari Kebangsaan kerana isu yang terjadi di negara ini termasuk skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2 September, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 10:45 AM | Show all posts
kak pidah baik dok dendiam..kang jap lagi ada la ummat yg dok ungkit segala tok nenek masa silam akak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:00 AM | Show all posts
ala rakyat sebenarnya kayeeee klu ko nak tau

sedangkan....
RM41.60 Sebulan Sudah Cukup Untuk Tampung Perbelanjaan Keluarga Miskin Selama Sebulan - Najib.

inikan pula gaji 2000
mewahhh bhaaaaaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:05 AM | Show all posts
Bukan salah Dap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:15 AM | Show all posts
harkktuih replied at 3-9-2015 02:45 AM
kak pidah baik dok dendiam..kang jap lagi ada la ummat yg dok ungkit segala tok nenek masa silam aka ...

tepek gamba rambut kembang beliyau ummah trus berzikir perdana sis..tuh xmasuk skandal AP beliyau panas memabra ittew..


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:16 AM | Show all posts
Gambar wiki beliyau sngt lucu sis..jahatnya ummah yang tepek.https://en.wikipedia.org/wiki/Rafidah_Aziz

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 11:17 AM | Show all posts
Pemikran cai2 umngok lbh hebat dari Tun M. Sekarang TS rafidah... dan ramai lg.
Sokong biarla mendokong, bukan membawa rebah.. Sekarang ni pembangkang tak payah main isu, kelemahan pemimpin kerajaan sendiri dalam handle isu menjadi punca kejatuhan sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:21 AM | Show all posts
famri7 replied at 3-9-2015 11:15 AM
tepek gamba rambut kembang beliyau ummah trus berzikir perdana sis..tuh xmasuk skandal AP beliyau  ...

kann...meh iols tolong tepek




eh silap






tetap tak leh lawan














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak pidah pun ada kes jugak dulu... Jgn ingat org lupa
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:25 AM | Show all posts


lebih baik dikeji
kerana lantang bersuara

daripada di keji
diam seribu bahasa


Najis bersuara ??
tiada bukannnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:41 AM | Show all posts
kang kena kick plak kak pidah nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 3-9-2015 11:16 AM
Gambar wiki beliyau sngt lucu sis..jahatnya ummah yang tepek.https://en.wikipedia.org/wiki/Rafidah_A ...

Persis ummah sedang mengolom niggah jah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:47 AM | Show all posts
Masalahnye bukan pihak berwajib memekakkan telinga tapi tangan2 ghaib politik tiew jugak yang menyalahgunakan kuasa eksekutif diorang untuk masuk campur urusan legislatif dan kehakiman. Doctrin separation of powers dah kucar kacir, ahkak Pidah hoiiii... Eksekutif pula menjadi lebih despotisma dan monarki baru. Tak payah orang ramai gulingkan raja, parti UJNO pengkhianat tiew sniri dah tak sabar2 nak jatuhkan Sultan2 Melayu kesayangan weols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.092051 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list