CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2213|Reply: 14

[Tempatan] Bas melompat masuk laluan bertentangan

[Copy link]
Post time 3-9-2015 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Bas melompat masuk laluan bertentangan

NOR AINNA HAMZAH
3 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bas-melompat-masuk-laluan-bertentangan-1.426624


Keadaan bas yang masuk ke arah lebuh raya bertentangan di kilometer 234.6, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), di Rembau malam tadi.

REMBAU - Seramai 30 penumpang termasuk dua bayi berhadapan detik-detik cemas apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki mereka melompat masuk ke arah bertentangan di kilometer 234.6, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), di sini, awal pagi tadi.

        Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, kesemua penumpang termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

        Menurut pemandu bas, Sham Adam, 41, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur dan bertolak seawal jam 7.30 malam.

“Sebelum kejadian, saya sedang memotong treler yang berada di lorong tengah dan semasa memotong menuruni bukit, bas jadi macam kuda.  Saya tak mampu buat apa-apa bila bas terus melompat masuk ke laluan bertentangan.

“Dari jauh saya nampak ada lori dan cuba elak lori serta pengadang jalan yang terletak di sebelah kanan bas.  Saya terpaksa rempuh tembok batu dari rempuh pengadang jalan sebab risau penumpang jatuh ke dalam jurang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, awal pagi tadi.

        Sementara itu, jurucakap polis berkata, bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Selatan menuju ke Utara, namun susulan insiden berkenaan, bas berkenaan masuk ke laluan arah Selatan.

        Menurutnya, kesemua penumpang selamat dan menaiki bas yang digantikan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 12:57 PM | Show all posts
“Sebelum kejadian, saya sedang memotong treler yang berada di lorong tengah dan semasa memotong menuruni bukit, bas jadi macam kuda.  Saya tak mampu buat apa-apa bila bas terus melompat masuk ke laluan bertentangan.
Dalam2 nak series baca, buleh tegelak plak aku dgn statement ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sib baik selamat semua nya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:01 PM | Show all posts
amboiii..bas bleh melompat..
selalunya kalau melompat ni sbb bwak laju sgt sdgkan jlan x rata..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:02 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 3-9-2015 12:57 PM
Dalam2 nak series baca, buleh tegelak plak aku dgn statement ni..

apa maksud dia jadi mcm kuda? melompat2 ke berlari kencang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:03 PM | Show all posts
Nasib baik cam kuda..kalau cam katak? Ehh x baiklak mengata org kena musibah  

jalan beralun kut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 01:09 PM | Show all posts
kentel replied at 3-9-2015 01:02 PM
apa maksud dia jadi mcm kuda? melompat2 ke berlari kencang?

Melompat-lompat la kot.. Tapi kalu melompat mesti dia akan cakap macam katak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:14 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 3-9-2015 12:57 PM
Dalam2 nak series baca, buleh tegelak plak aku dgn statement ni..

owh...ini kes tayar belakang sarung celup nya tanggal~  oleh kerana ruang kelegaan antara tayar bas dgn body bas...rapat..bila tayar celup tu terkopek.....dia punya kopek, melibas kat body bas.......sebab pernah kena masa naik bas persiaran satu ketika dahulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 01:18 PM | Show all posts
Laju sangat ni kalau tak cam mana boleh lompat cam kuda
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:26 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 3-9-2015 01:09 PM
Melompat-lompat la kot.. Tapi kalu melompat mesti dia akan cakap macam katak...

tapi kan kuda pon melompat? masih musykil...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 3-9-2015 01:26 PM
tapi kan kuda pon melompat? masih musykil...

Kuda berlari tp kalau ada penghadang ke apa baru dia lompat....
Rasanya driver ni ibaratkn mcm bila kuda berlari ...kita yg dukatas kuda ni terlompat2 kut
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kau bawak slow xda nk jadi kuda atau haiwan berkaki empat di ladang2 nya sis...nasib baik pandai handle.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:00 PM | Show all posts
aku yg selalu fast n furious ulang alik JDT-KL pon blom jumpa lagi jalan bumpy tu..rasanya semua elok je
kalo ada highway camtu konfem dah byk kereta terbang
xpe nanti aku try cek balik highway area rembau tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:07 PM | Show all posts
nasib baik semua selamat
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:22 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 3-9-2015 12:57 PM
Dalam2 nak series baca, buleh tegelak plak aku dgn statement ni..

ok.. kuda = melompat dan berlari

jadi, bas tu dari lurus je jadi melompat2 like kuda???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083768 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list