CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 12

Artis jangan dok sebok hal politik

   Close [Copy link]
Post time 3-9-2015 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 3-9-2015 01:56 PM



SEJAK kebelakangan ini, beberapa selebriti tempatan dilihat sudah mula berani bersuara menyatakan pandangan masing-masing berhubung situasi politik Malaysia.




Ekoran itu, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez memberi peringatan bahawa artis dan selebriti tempatan perlu lebih berhati-hati membuat kenyataan agar reputasi mereka tidak terjejas.
“Selebriti tidak perlu campur tangan urusan politik, sebaliknya perlu fokus kepada kerjaya seni masing-masing saja.
“Artis seharusnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak kelihatan kurang bijak. Lagipun tidak kena pada tempat untuk artis mengulas mengenai isu politik,” katanya.
Pada masa yang sama Freddie turut mengulas tindakan pelakon dan penyanyi Soo Wincci yang menyatakan sokongan terhadap perhimpunan haram Bersih 4.0 yang berlangsung minggu lalu.
“Dia sendiri berada di Taiwan dan tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia. Saya sendiri pun tidak tahu siapa yang dia wakili kerana realitinya dia tidak berada di sini.

“Banyak yang pihak kerajaan laburkan dalam industri kreatif dan jangan hanya fokus kepada keburukan semata-mata,” tegas Freddie lagi.
Sebelum ini, Soo Wincci mengejutkan ramai apabila dilihat memuat naik video di laman Facebooknya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan memandangkan beliau telah lama mentadbir dan selesa dengan kedudukannya.
Soo Wincci yang juga merupakan bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 turut menyatakan telah bersedia menerima sebarang akibat atas tindakannya itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 02:00 PM | Show all posts
motip abam predi nak ampu kerajaan
mcm la artis semua pekerja gomen ada imbuhan kerajaan bagi
kesian retis hurkeh
dahlah kebebasan dorang nak buat perangai setan dikongkong oleh karatz and haters
nak punya pendirian dlm politik pun tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:01 PM | Show all posts
laaa. biar la berkembang sket otak artis tu. xla dok fokus hiburan aje.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:06 PM | Show all posts
tred dh ade lah meksim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
La. Bleh katup momod
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 02:53 PM | Show all posts
kutip tacang sebelum kena katup
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:11 PM | Show all posts
sila tumpu pada pemakaian yang lebih seksi katanya kiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 03:52 PM | Show all posts
Kacang free
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah artis..dengar tu..jangan sibuk2 hokay....

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian..aptb
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
+1 je la....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat retis ni bimbo ke? Dorg pun bole berfikir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.091140 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list