CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16792|Reply: 140

[Politik] Peniaga Meraung Penguatkuasa Datang

 Close [Copy link]
Post time 3-9-2015 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 3-9-2015 07:09 AM

                                            
Sedutan video yang terebar di laman sosial.

SEORANG peniaga wanita meraung dan membaling barang jualannya di luar sebuah sekolah sambil disaksikan orang ramai, pelajar dan anggota penguatkuasa.

        Berdasar sebuah video yang viral sehari lepas, terdapat seorang lagi peniaga lelaki membantu wanita tersebut mengemaskan perkakasan jualan.

        Berdasarkan sebuah komen pelayar, kejadian tersebut terjadi selepas pihak sekolah membuat aduan mengenai sampah bertaburan akibat perniagaan berkenaan.

        "Penguatkuasa datang suruh beredar atau akan disita, peniaga meroyan lambakkan semua barang-barang," kata Azlan Shah.

        Bagaimanapun, kejadian tersebut menarik simpati pelayar dan rata-rata memberitahu peniaga kecil susah mendapat lesen.

        "Saya pun pernah berniga kecil-kecil macam ini, majlis datang bawa lori, saya angkat barang tinggalkan tempat niaga. Sekarang saya berniaga lain pula. Mohon lesen niaga, dua tahun baru dapat," kata Shahrul Nizat.

        "Masalahnya kita dah mohon lesen, tak bagi. Kita nak niaga kecil-kecil cari rezeki seringgit dua pun susah. Skarang kita dah terpaksa tutup kedai," kata Sara Razali.

        Video tersebut dimuatnaik di laman Facebook Kamal Hisham Jaafar dan sudah ditonton lebih 50,00 pelayar.





                           
   [url=]
[/url] http://www.sinarharian.com.my/semasa/peniaga-meraung-penguatkuasa-datang-1.426686

Wanita meraung barang jualan dirampas penguatkuasa

September 2, 2015

Bukan sahaja barang dan perkakasan dirampas malah barangan lain turut bertaburan di atas tanah

VIDEO INSIDE



PETALING JAYA: Seorang wanita melepaskan geramnya dengan menjerit dan membaling bekas apabila barang-barang jualannya hendak dirampas oleh penguatkuasa.
Berdasarkan sudut yang diambil, visual berkenaan dipercayai diambil oleh salah seorang anggota berkenaan.
Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah yang lokasinya tidak diketahui.
Semasa kejadian wanita berkenaan bersama seorang lelaki dan anak kecilnya.
Mereka berdua melepaskan kemarahan dengan membaling loyang kepada anggota penguatkuasa yang merampas barang-barang jualan serta perkakasan berniaga.
Audio daripada visual tersebut jelas dapat didengar seorang pegawai penguatkuasa memberikan arahan kepada anggotanya supaya mengambil barang-barang mereka.
Sesuatu yang membuatkan hati mereka yang melihat video itu menjadi tersentuh ialah apabila kejadian itu dilihat oleh seorang kanak-kanak yang dipercayai anak wanita berkenaan yang turut menjerit melihat perlakuan ke atas peniaga itu.
Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook memberitahu, anggota penguatkuasa bertindak selepas pihak sekolah membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti berniaga pasangan itu yang telah menyebabkan kawasan di hadapan sekolah kotor.
LINK : Wanita meraung barang jualan dirampas penguatkuasa



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 02:51 PM | Show all posts
Kt Melaka ni

kesian gak dgn dorang..

hrmmm... mungkin dorang da penah kene notis. tp ttp meniaga kat situ. wallahulam
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:52 PM | Show all posts
hakak dah xde lesen..pastu berniaga lak biar sampah bersepah2..mana la org tak marah..
rasa kalau dia jaga kebersiahn pihak sekolah pun xkan buat aduan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:55 PM | Show all posts
Budus. Ini bukan soal ada lesen atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:55 PM | Show all posts
Nak buat camne kak...kang kalau bg saman, kompem akak takkan byr punya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 02:55 PM | Show all posts
Tak suka dorang ni niaga kat kawasan luar sekolah, ntah apa2 yang dijual, budak2 apa lagi tau membeli je ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 02:56 PM | Show all posts
"Saya pun pernah berniga kecil-kecil macam ini, majlis datang bawa lori, saya angkat barang tinggalkan tempat niaga. Sekarang saya berniaga lain pula. Mohon lesen niaga, dua tahun baru dapat," kata Shahrul Nizat.

Dua tahun, baru dapat lessen.....kesian jugak kat peniaga2 kecil macam nih....

Tapi, kena la ikut peraturan.....gomen kena la cepatkan segala bagai process....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 02:57 PM | Show all posts
+#$!= replied at 3-9-2015 06:55 AM
Budus. Ini bukan soal ada lesen atau tidak.

macam ku kenal lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2015 02:57 PM | Show all posts
Bangla dengan indon aman-aman jah meniaga
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:03 PM | Show all posts
akak ni tak hulur sebab tu kena kacau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 03:05 PM | Show all posts
zulka replied at 3-9-2015 07:03 AM
akak ni tak hulur sebab tu kena kacau

itu yang sebenornye gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:07 PM | Show all posts
Secara dasarnya, penjualan makanan dan minuman di dalam lingkungan
40 meter dari pagar sekeliling sekolah adalah dilarang bagi semua
penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara. Walau
bagaimanapun, penjaja statik atau peniaga gerai sedia ada berlesen di
dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah, dibenarkan
menjual makanan dan minuman tetapi perlu mematuhi senarai makanan
dan minuman yang dilarang dijual.


Ikut la peraturan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:11 PM | Show all posts

labaton?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:13 PM | Show all posts
pompuan tu pun meroyan mcm kena rasuk da knape??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 03:17 PM | Show all posts

macam botakchinpeng pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke bengap kamal hisham jaafar dalam post #14 tu...yang berkasar tu kan betina royan...
Buka ajalah gerai depan rumah kamal hisham jaafar...kau nak kasian sangat kan...

Aku 100% TAK menyokong penjaja2 depan sekolah...menjual benda tak sihat... dan kalau apa2 jadi pada murid, pihak sekolah pun kena terlibat sekali!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 03:20 PM | Show all posts
ntahlah. aku tak pernah rasa, tapi kalau aku, redho je la... dah tak ada lesen. biarla brg kena hangkut, dari buat drama kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:23 PM | Show all posts
~boolean replied at 3-9-2015 03:20 PM
Apa ke bengap kamal hisham jaafar dalam post #14 tu...yang berkasar tu kan betina royan...
Buka aja ...

Betul tu. Nak kesian pun kena bersebab la...

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:26 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 3-9-2015 03:17 PM
macam botakchinpeng pun ada

kaka tu kena jail ke sis..?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:32 PM | Show all posts
Penguatkuasa tu menjalankan kerja je, eloklah tu memaki hamun mengamuk dpn anak, dpn org ramai.
Kalau kena saman gini berapa ye selalunya kena? Berbanding dgn untung dia berniaga selama ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.122387 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list