CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10205|Reply: 22

Sejarah Kota Pompeii Yang Penuh Dengan Kemaksiatan

[Copy link]
Post time 4-9-2015 08:44 PM | Show all posts |Read mode

Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya..

Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.

Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini!  Apakah yang berlaku sebenarnya?..

Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.  Bagaimanapun, pada 1631,  gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaj bergemuruh dan memuntahkan isinya.  Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya.  Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa.  Bermula saat itu,  sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Informasi dari Al Quran

Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar  untuk difahami  iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.

Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati”
(Surah Yaasin,  Ayat 36:29).

Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini.  Fikir-fikirkan lah ….











                              dairishare


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 09:05 PM | Show all posts
ngerinya... tp letusan gunung berapi rasanya dr bencana alam je .. time bencana ni terjadi xder teknologi sains, so diorang anggap bencana alam dr Tuhan.  mcm ada satu tamadun manusia dulu yg sembah matahari, dan bila orangnya xsembah matahari maka bencana alam akan datang. alah, biasa la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 10:11 PM | Show all posts
kita sebagai umat Islam ambilklah  kejadian di Pompei ini buat  peringatan dan pengajaran bagi kita.  Sesuatu bencana, kalau Allah tidak gerakkan pasti ia tidak akan terjadi.

Banyak surah2 dari Alquran menceritakan kekuasaan Allah, saperti Surah Al Baqarah ayat 117, surah An Nahl  ayat 40 dan Surah Yassin ayat 81-83. " Allah pencipta langit dan bumi dan bila Dia berkehendakkan sesuatu Dia hanya mengatakan kepadanya " Jadilah lah, maka jadilah ia"(surah Baqarah ayat 117)
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 10:14 PM | Show all posts
Pompei ni kaum nabi luth / nuh?

Dah lupaa sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 10:16 PM | Show all posts
baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 10:50 PM | Show all posts
i wish i can go there
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2015 10:57 PM | Show all posts
sebenarnya, itu satu peringatan untuk umat manusia juga supaya jangan melakukan
benda yang diluar tabi'i manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 09:38 AM | Show all posts
Sejarah yang jad peringatan buat semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2015 10:45 AM | Show all posts
tgk kat History channel.. Pompeii ni mmg surga homosex..
kat dinding2 kedai yg terkubur mmg jelas lukisan dinding kamasutra homosex ni.. jijik ok..

seram semacam tgk Pompeii ni..


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:58 AM | Show all posts
Pompeii ni bukti nyata..

kisah Sodom & Gomorrah pun sama ngan Pompeii ni..
asal kata sodomy pun diambil dari kata sodom.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 11:06 AM | Show all posts
macam tu rupanya sejarah Pompeii... detail juga artikel ni .. kiranya dua kali gunung berapi tu meletup..

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 03:49 PM | Show all posts
Edited by reddots at 5-9-2015 03:54 PM
bellaa replied at 4-9-2015 10:14 PM
Pompei ni kaum nabi luth / nuh?

Dah lupaa sejarah

klu tengok sejarah Sodom & Gomorrah seperti nya lebih kepada kaum nabi Luth.. tp tidak ada bukti menggatakan tempat tinggal Nabi Luth di zaman itu. namun, kalau kita baca dan tengok kedudukan bandar Sodom & Gomorrah ianya terletak di kawasan berdekatan Laut Mati.

apapun wallahua'lam..  
pompeii ke.. sodom & gomorrah ker.. yg nyata mereka ada lah kaum yg di laknat..


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 04:00 PM | Show all posts
pompeii ni dekat2 ngan greece ke?

diorang ni kaum yg melampaui batas macam kaum nabi luth jua.. bukan setakat homesexual, pelacuran pun merata2.. ada mayat2 yg ditemui dalam posisi tengah bersenggama, blowjob etc..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 04:06 PM | Show all posts
reddots replied at 5-9-2015 03:49 PM
klu tengok sejarah Sodom & Gomorrah seperti nya lebih kepada kaum nabi Luth.. tp tidak ada bukti m ...

betui tu.. harap dijauhkan lah bab2 dilaknat Allah nih.

btw.. tengs atas pencerahan..


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnah tgk movie cite pompeii tapi jln cerita lebih kpd hamba abdi..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnah tgk movie cite pompeii tapi jln cerita lebih kpd hamba abdi..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2015 08:22 PM | Show all posts
mesmerize replied at 5-9-2015 04:00 PM
pompeii ni dekat2 ngan greece ke?

diorang ni kaum yg melampaui batas macam kaum nabi luth jua.. b ...

Pompeii kat Italy...




Sodom & Gomorrah lak dekat laut mati..





klu tgk kat map ni, negara modern kat Jordan kot.. atau kat tanah Palestin yg dirampas..



Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 08:27 PM | Show all posts

oo dekat2 itali.. thank u for the information
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 08:30 PM | Show all posts
mesmerize replied at 6-9-2015 08:27 PM
oo dekat2 itali.. thank u for the information

sama2.. Pompeii mmg kat Italy kaka..

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.078088 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list