CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 3

AUREL BUKAN ANAK DERHAKA (ANAK KRIS DAYANTI DAN ANANG)

 Close [Copy link]
Post time 9-9-2015 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Aurel bukan anak derhaka!
06 September 2015 1:00 PM










Curahan hati Aurel Hermansyah berhubung rasa tidak puas hati terhadap ibunya, Krisdayanti.


KEBAHAGIAAN yang sepatutnya dikongsi dengan keluarga dan sahabat rapat pada sambutan majlis hari jadi ke-17 yang diadakan di Kemang, Jakarta, Indonesia baru-baru ini seolah-olah hambar apabila mendapat tahu ibu kesayangannya, Krisdayanti tidak dapat hadir meraikannya.

Lebih memeritkan hati Aurel Hermansyah ini apabila mendapat 
tahu ketidakhadiran ibu kandungnya itu dikatakan kerana tidak mendapat izin daripada bapa tiri, Raul Lemos.
Ini kerana Aurel memberitahu, dia mahu mengabadikan hari istimewa itu dengan ibu kesayangannya sementelah mereka sudah lima bulan tidak dapat bertemu.
Pada peringkat awal, Aurel merancang agar pertemuannya itu dapat menghapuskan tanggapan liar yang menuduhnya dirinya lebih mengutamakan ibu tiri, Ashanty berbanding ibu kandung sendiri.
Bagaimanapun tanggapannya meleset. Ibu yang merupakan tetamu istimewanya itu tidak dapat menepati janjinya untuk sama-sama hadir meraikan majlisnya yang diadakan pada 29 Ogos lalu.
Situasi yang kurang senang itu juga secara tidak langsung mendorong Aurel meluahkan rasa sedih dengan berkongsi perasaannya menerusi laman sosial.
Aurel menulis: “Sebenarnya aku tidak mahu menulis ini. Tapi aku letih apabila orang melabel aku sebagai anak derhaka. Mimi (Krisdayanti) adalah ibu yang melahirkan aku dan mana mungkin aku menjadi anak derhaka walau apa pun keadaannya. Sudah lima bulan aku tidak dapat bertemu mimi, jadi macam mana aku mahu bergambar sama dengan mimi?”
Luahan hati Aurel tersebut kemudiannya mengundang perasaan simpati dalam kalangan peminat terhadap dengan nasib anak sulung komposer Hermansyah itu.
“Aku memang sudah lama tidak bertemu dengan mimi. Bukan saja pada hari jadi aku bahkan tidak sewaktu sambutan Lebaran sebelum ini.
“Macam mana aku tidak sedih... Kerana sehingga hari ini, impian untuk meraikan hari penting dalam hidup aku masih belum berkesempatan,” luah Aurel lagi.
Pada masa yang sama, Aurel enggan mengulas tentang hubungannya dengan Raul. Kata Aurel, dia menghormati lelaki itu dan tahu batasan seorang anak terhadap orang tua.
Sementara itu, Krisdayanti turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat hadir pada majlis hari jadi anak sulungnya itu.
“Sebagai isteri, saya perlu taat kepada suami yang merupakan ketua keluarga. Itu adalah aturan dalam keluarga dan saya perlu mematuhinya.
“Dalam hal ini, saya memahami situasi yang dialami Aurel. Dia berhak untuk meluahkan rasa kurang senang itu.
"Justeru sebagai mengubati rasa sedihnya itu, saya mengirimkan bunga dan hadiah pada hari jadinya.
“Tapi saya juga perlu cari masa untuk bertemu dan meminta maaf kepadanya. Kena cari waktu yang sesuai,” kata Krisdayanti kepada media Indonesia.




SUMBER UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2015 01:00 PM | Show all posts
macam mana nak delete thread. ada 2 pulak yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 01:24 PM | Show all posts
kutiiipppppppppppp +1
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 01:29 PM | Show all posts
banyak pulak benang nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.071081 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list