CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7973|Reply: 50

Siti Elizad Kesal Pengurus Kelab Tipu Wang Peminat

[Copy link]
Post time 10-9-2015 10:48 AM | Show all posts |Read mode
ETALING JAYA: Pelakon Siti Elizad kesal terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menguruskan kelab peminatnya iaitu Elizad FC bagi tujuan kepentingan peribadi untuk melakukan penipuan.






Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 31, berkata, individu yang merupakan pengurus kelab peminat tersebut telah menggunakan namanya untuk mengutip sejumlah wang bagi kepentingan peribadi.

"Saya sedih dan terkilan apabila dia yang bertanggungjawab menguruskan kelab tersebut sanggup berbuat demikian dan menggunakan nama saya untuk mengambil duit daripada ahli yang lain.

"Saya mengetahui perkara ini apabila ramai peminat yang bertanya tentang sebuah acara yang saya sendiri tidak tahu menahu," ujarnya kepada mStar Online.


Elizad berkata, dia sudah beberapa kali menghubungi individu tersebut, namun tidak berjaya selain berasa simpati terhadap beberapa peminatnya yang menjadi mangsa penipuan tersebut.

"Saya sudah beberapa kali hubungi dan hantar mesej WhatsApp pada dia, namun tidak dibalas walaupun saya tahu dia sudah membacanya. Saya cuba tanya dengan ahli kelab lain, namun semuanya seperti tidak mahu beri kerjasama.

"Saya sedih dan kasihan dengan peminat yang tertipu, bukan semua orang senang untuk dapat duit, ada yang terpaksa mengumpul semata-mata untuk bertemu saya tetapi ditipu pula," ujarnya.

Bagaimanapun, Elizad berkata, dia sudah memaafkan perbuatan tersebut, namun memohon agar individu itu memulangkan semula duit yang diambil daripada peminat yang lain.

"Bukan niat saya memburukkan sesiapa tetapi perkara ini telah menjejaskan nama dan memberi persepsi buruk masyarakat terhadap saya.

"Saya tidak mahu panjangkan perkara ini dan sudah memaafkan perbuatannya itu, namun saya harap dia dapat pulangkan semula wang peminat yang ditipu," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia mahu meneruskan atau membubarkan kelab peminat itu, Elizad berkata, dia sedang memikirkan perkara tersebut.

"Sebenarnya dari dulu saya tidak kisah ada kelab atau tidak kerana saya tidak mahu mereka terlalu mengagungkan saya. Saya tidak percaya kalau ada kelab peminat artis lebih popular.

"Popular dan rezeki itu semua adalah daripada Allah, yang penting dalam kehidupan kita perlu ikhlas dan tidak mengkhianati orang lain," katanya.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2015 10:50 AM | Show all posts
rasenye Elizad ni rapat gak ngn fanclub die. Ade pnh tgk rncgn ape tah yg ade few fans die wat surprise jmp die kt restoran. Nmpk Elizad ni x treat drg mcm fans tp lebih kps close frens.

smp hati org tu wat Elizad cm ni. Org da treat baik, die wat taik lak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:56 AM | Show all posts
makin lame makin berselera aku tgk ct elijad nih

berbanding di awal kemunculan dulu cam selekeh2 sket
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli fan club pun lalang

Drama tgh popular kat TV ramai laa yg hurung .. Lepas tuu bye2 je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 10:58 AM | Show all posts
tagas replied at 10-9-2015 10:56 AM
makin lame makin berselera aku tgk ct elijad nih

berbanding di awal kemunculan dulu cam seleke ...

khennn....
makin elegant, makin cantik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 10:59 AM | Show all posts
F685 replied at 10-9-2015 10:56 AM
Ahli fan club pun lalang

Drama tgh popular kat TV ramai laa yg hurung .. Lepas tuu bye2 je la

fan club ni drg ni penuh dgn kegigihan.
yg jd pengurus tu mmg fultime menguruskan klub tu saje ke? mne dpt income?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2015 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah penipu, mmg penipu la. nasib la elizad maafkan. taknak pjgkan cerita. Leh tau sepa, smpi elizad komen kat ig org tu tp dah delete lak. n org tu pun dah minta maaf. syukur la, saling bmaaf an dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap artis n fc yg seterusnya yg dihinggapi beliau berhati hati la yek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak cantek je elizad skrg ni..Tak bekerak cm dl
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:21 AM | Show all posts
dulu nampak dia biasa2 sajork skg mcm makin lawa elijad ni..

btw dia dh baik hati maafkan, so yg bkenaan tlg bg balik duit tu bersihkan nama elizad ni.kalau retis lain kot nya ko kena saman.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 12:41 PM | Show all posts
pasal dui anak emak boleh bercerai tau
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:30 PM | Show all posts
im coming cik @babyorange
patut la terasa diseru2 tadi
ade kes bubar fc rupanya
ade dengar kt radio pg td
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:34 PM | Show all posts
hijau88 replied at 10-9-2015 11:09 AM
Klu dah penipu, mmg penipu la. nasib la elizad maafkan. taknak pjgkan cerita. Leh tau sepa, smpi eli ...

sape weh?
aku konpius sape yg manage fc elizad ni
aritu masa awal2 macam org lain
pastu skang nampak mcm org lain.
tp yg baru tu aku tengok mcm banyak lompat sana sini jugak je.
dulu dgn artis lain.
skang dgn elizad plak.
pehni xtau la sape plak

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:49 PM | Show all posts
Mmg bermasalah je selalunya fan club2 bagai ni

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:57 PM | Show all posts
cantik nye sheollss..
hai la pengurus..
makan duit haram ko ye..
menyusah kan semua orang..
da terbubar fc..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:13 PM | Show all posts
zaman sekarang ni..sebab duit semua sanggup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pakej. Lemah lembut tinggi lampai cantik jelita pandai masak. Untung laki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 03:00 PM | Show all posts
Edited by Puteri19 at 10-9-2015 04:22 PM

konpius la mintak pencerahan sikit.
pengurus kelab ni sama ke dgn presiden fc?
apa punye pangai nk amik2 duit org nih? cett!!

mohon kaka @sepitsiput @sepitsiput @sepitsiput  yg sggh berpengalaman dlm industry hiburan huraikan nama2 retis yg penah kena kencing dgn fan club durjana. iols tau 3 retis jek : tiz zaqyah (fan songlap duit pegi tour), zara zya (fan lalang sana sini-tak tau libatkan duit ke idok) dan elizad (fan songlap duit apetah).


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 03:23 PM | Show all posts
awat tag @sepitsiput  tak jadik??
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesah ni dah settle pun. Saling bermaafan dah. Cuma berita dah kluar. Bsok mstar leh kluar berita yg kesah ni dah settle. Bagus elizad bertindak ngan bijak. Tau takut, trus minta maaf. Elizad pun dah maafkan katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.067139 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list