CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3203|Reply: 9

Manfaat Jus Bayam Untuk Kecantikan Kulit. Mesti Cuba!

[Copy link]
Post time 11-9-2015 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Kandungan nutrisi dalam jus bayam tidak hanya dapat memberikan manfaat positif untuk kesihatan tubuh sahaja, tetapi juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wanita. Maka dengan itu, anda perlu mengambil jus bayam setiap hari agar mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.


1. Jerawat – Jus bayam mempunyai manfaat yang sangat baik untuk mengempiskan dan menghilangkan jerawat dari kulit wajah. Bagaimana caranya? Dengan hanya meletakkan jus bayam pada wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu, bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Jus bayam dapat menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan di wajah yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengamalkan minum jus bayam setiap hari, anda hanya perlu menambah tomato dan lobak merah ke dalam jus. Bayam, tomato dan lobak merah mampu menghilangkan jerawat dan menangkis jerawat di wajah.


2. Anti-penuaan – Bayam yang kaya akan antioksidan bermanfaat untuk menangkal radikal bebas di wajah anda yang boleh menyebabkan penuaan awal. Selain itu, mengambil jus bayam juga dapat membuat kulit anda lebih bersinar dan terhindar dari kerutan yang boleh membuat wajah anda kelihatan lebih tua.



3. Melindungi dari sinaran matahari – Selain untuk mengatasi jerawat dan penuaan awal, jus bayam juga bermanfaat untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan cahaya matahari. Jus bayam yang mengandungi vitamin B kompleks yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit anda dari bahaya sinaran matahari yang berlebihan.


4. Perbaiki kulit – Jus bayam mengandungi vitamin  A dan C yang bermanfaat untuk meningkatkan pertumbuhan sel-sel pada kulit. Hal tersebut dapat membuatkan kulit jadi lebih sihat, bercahaya dan lembut. Konsumsilah jus bayam secara berkala untuk mendapatkan hasil yang maksimum.


wanista




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya baru tanam bayam merah di perkarngan rumah..xsabar nk blend dgn epal/cucumer setiap pagi sis!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
I selalu blend bayam sekali sgn protein shake.  Pergh nak telan dia walaweeh.  Hahahaha.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 05:11 PM | Show all posts
Dah try jugak.. sedapla.. tapi kena campur dengan apple or carrot..
kalu x, pahit kot. Nyummy, minum utk kesihatan. Kita geng!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 12:06 AM | Show all posts
i love bayam, stir fry, buat sup.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 04:33 PM | Show all posts
MegiTomyam replied at 18-9-2015 04:30 PM
I selalu blend bayam sekali sgn protein shake.  Pergh nak telan dia walaweeh.  Hahahaha.

uols beli protein powder kat mana eh? iols baru berjinak2 nak minum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
zoe1511 replied at 21-9-2015 08:33 AM
uols beli protein powder kat mana eh? iols baru berjinak2 nak minum

I beli kt musclemaniaclub. Boleh order online atau walk in kedai dia. Sana murah sikit dari tmpt lain. Refer https://www.musclemaniaclub.net/
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 07:55 AM | Show all posts
MegiTomyam replied at 27-9-2015 01:57 PM
I beli kt musclemaniaclub. Boleh order online atau walk in kedai dia. Sana murah sikit dari tmpt l ...

thanks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 07:57 AM | Show all posts
MegiTomyam replied at 27-9-2015 01:57 PM
I beli kt musclemaniaclub. Boleh order online atau walk in kedai dia. Sana murah sikit dari tmpt l ...

u beli protein brand apa eh? pening pulak tengok macam2
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 02:24 PM | Show all posts
blend bayam mentah2?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071072 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list