CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5429|Reply: 32

[Tempatan] 916 v 513 – Negara mana yang kita ingin raikan?

[Copy link]
Post time 14-9-2015 02:12 AM | Show all posts |Read mode
916 v 513 – Negara mana yang kita ingin raikan?
Wong Chin Huat
Published: 13 September 2015

Himpunan Maruah Melayu (HMM) pada Hari Malaysia mengingatkan kita Malaysia masih belum diterima oleh semua rakyat sebagai negara kita.



“Kita bukan nak halau orang yang tumpang rumah kita…Kita hanya nak ajar penumpang supaya kenal tuan rumah. Jom sertai Himpunan Melayu Bersatu 16 September 2016.” Begitu tersuratnya sebuah poster popular untuk perhimpunan baju merah itu.

Jelas sekali bagi pencipta poster itu, negara ini milik orang Melayu dan semua rakyat bukan Melayu adalah penumpang di negara ini.

Masa seolah-olah Uberpusing kembali kepada 1946 apabila Umno ditubuhkan untuk memperjuangkan Tanah Melayu yang semua rakyatnya orang Melayu, dan semua orang bukan Melayu itu orang asing.

Penghinaan kepada Sabah dan Sarawak

Pesanan poster ini bukan sahaja meminggirkan semua warga rakyat bukan Melayu di Semenanjung Malaysia, malah langsung sekali menghina Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak.

Kedua-dua negeri ini tidak pernah diperintah oleh kuasa Semenanjung sekalipun pada zaman kemuncak Kesultanan Melaka.

Kini, di bawah kaca mata kumpulan baju merah ini, Sabah dan Sarawak menjadi lanjutan Tanah Melayu, dan bukan wilayah yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Semenanjung Malaysia.

Orang Sabah dan Sarawak, tak kira Muslim dan bukan Muslim, selagi mereka tidak memelayukan diri mereka, maka merekalah penumpang di negara ini.

Kalaulah dahulu orang Sabah dan Sarawak merunggut  orang Semenanjung lupakan Hari Malaysia, maka kumpulan baju merah kini menunjukkan Hari Malaysia tidak dilupakan oleh mereka, tetapi mempunyai makna yang bertentangan sekali: Malaysia adalah sebuah negara yang orang Melayu menjadi tuan dan semua yang lain menjadi penumpang.

Ini nampaknya menjadi terus-terang pendirian parti pemerintah terbesar, Umno yang mencipta naratif “ketuanan Melayu” sejak 1986 dan kini membenarkan ahlinya menyertai himpunan ini.

Tepatlah sekali, gabungan NGO-NGO Malaysia yang menjadi penggerak utama HMM diketuai oleh Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

Bagaimana ahli-ahli politik BN daripada Sabah dan Sarawak boleh terus menyokong Umno yang melihat Malaysia sebagai Tanah Melayu dan pada masa yang sama beria-ia nak mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963?

Tidakkah mereka yang senyap tentang HMM itu rasa segan dengan kemunafikan diri mereka?

Ancaman merusuh dan kejayaan Bersih 4

Apa yang menarik perhatian saya ialah kaitan himpunan ini dengan maruah Melayu yang kononnya tercabar oleh Bersih 4.

HMM ini dirancang sebagai jawapan kepada perhimpunan aman raksasa Bersih 4 untuk 34 jam sebelum Hari Merdeka (Semenanjung dan Sabah).

“Persembahan silat” yang cukup berbau ugutan diadakan di depan Sogo untuk menakutkan penganjur dan peserta Bersih.


Gambar Kimberley William melalui rojakpot.com.

Pada masa itu pun muncul sebuah poster yang menunjukkan seorang Melayu dalam pakaian tradisional membunuh seorang Cina yang berkemeja kuning Bersih secara IS, dengan pesanan yang jelas: “Cina Turun Bersih, Sedialah Bermandi Darah”.

Jelas sekali, HMM – yang pada asalnya dijadualkan serentak dengan Bersih 4 tetapi kemudian ditangguhkan atas nasihat polis – mengancam pengulangan rusuhan kaum terhadap Cina ala Mei 13.

Daripada segi itu, besar makna kejayaan Bersih 4 dalam menghikmatkan hantu Mei 13.

Rusuhan 1969 selalu disalahkan pada orang Cina dalam parti pembangkang (dan DAP yang sentiasa dijadikan sasaran, jarang disebut Gerakan) yang berarak meraikan kemenangan mereka.

Sejak itu, orang Cina dan demonstrasi menjadi kombinasi yang salah. Kalau orang Cina ingin berdemonstrasi dengan selamat, maka mereka harus pastikan penyertaan lebih ramai orang Melayu.

Ironiknya, Bersih 4 yang dengan jelasnya menarik lebih banyak orang Cina daripada orang Melayu menunjukkan hakikat yang songsang: Perhimpunan raksasa itu tetap boleh aman, selamat dan patriotik sekalipun komposisi pesertanya tidak mencerminkan komposisi rakyat Malaysia.

Kehangatan HMM yang naik semula selepas Bersih 4 boleh dilihat sebagai strategi pihak tertentu untuk menyambungkan riwayat hantu Mei 13.

Hari ulang tahun 916 seolah-olah diambilalih menjadi hari ulang tahun 513.

Maksud tersirat “Bersih mencabar kuasa politik Melayu”

Jamal menfitnah Bersih 4 sebagai plot orang Cina DAP untuk mencabar kuasa politik Melayu dan dengan berarak di Jalan Bukit Bintang, HMM akan memberi pengajaran kepada orang Cina DAP yang “kurang ajar” supaya menghormati bangsa Melayu.

Persoalannya, bagaimana 5 tuntutan Bersih iaitu “pilihan raya bersih”, “kerajaan bersih”, “hak membantah”, “kukuhkan demokrasi berparlimen”, “selamatkan ekonomi” itu mencabar kuasa politik Melayu?

Apakah ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu mencadangkan  kuasa politik Melayu cuma boleh dibela dengan “pilihan raya kotor”, “kerajaan kotor”, “penekanan hak membantah”, “jejaskan demokrasi berparlimen” dan “biarkan ekonomi tenggelam”?

Kalau kita baca fitnah ini bersama dengan pesanan poster tentang “tuan rumah” dan “penumpang”, maka maknanya dan kemarahan ultra-nasionalis Melayu terhadap Bersih menjadi lebih jelas.

Apa yang mereka maksudkan ialah orang Cina khasnya dan orang bukan Melayu amnya tidak harus berlagak sebagai warga di negara sendiri.

Bagi mereka, kerana negara ini Tanah Melayu, maka cuma orang Melayu yang boleh menegur pemerintah Melayu dan menuntut perdana menteri Melayu yang korup untuk berundur.

Bagi orang bukan Melayu – termasuklah orang Sabah dan Sarawak – untuk menuntut akauntabiliti pemerintah dan reformasi institusi, itu kurang ajar kerana mereka sekadar penumpang negara.

916 atau 513? Malaysia atau Tanah Melayu?

Sudah tentu, dan Alhamdulillah, Jamal tidak mewakili kebanyakan orang Melayu hari ini.

Kalau orang Melayu memang rasa maruah mereka tercabar, tidak perlulah RM300 dibayar untuk mendapatkan peserta – ini cerita daripada rakan saya yang kaum-kerabatnya kuat penyokong Umno.

Banyak badan-badan dan individu-individu Melayu tampil ke depan untuk menolak HMM.

Malah, Otai Reformasi dan Pro-Rakyat mengumumkan rancangan untuk menghantar 2500 sukarelawan untuk menjaga keselamatan orang Cina di sekitar Jalan Bukit Bintang.

Muafakat pula akan menganjurkan solat hajat serentak dengan HMM. Pengerusinya, Ishak Surin menegaskan kumpulan baju merah itu tidak mewakili orang Melayu yang cintakan keamanan dan mahu melihat Malaysia selamat daripada sebarang malapetaka.

Mungkin kerana tekanan masyarakat, HMM yang asalnya seolah-olah ingin “memaksakan” hartal ke atas peniaga-peniaga di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling kini bercadang ingin pindah tempat perhimpunan ke Padang Merbok yang lebih jauh daripada zon perniagaan.

Sudah tentu Najib faham akibat jika mancis api yang dimainkan oleh HMM itu merebak membakar padang.

Kalau berlaku Mei 13 lain, dialah yang jadi Tunku, siapa lagi? Siapa pula yang jadi Razak?

Namun, saya kira, ada hikmahnya kalau episod HMM ini dapat mengundang kita untuk merenung soalan besar ini:  Negara mana yang kita ingin raikan?

Malaysia yang dilahirkan pada 916 (tahun 1963) dan sebuah iktizam untuk membawa kebebasan, kemakmuran dan solidariti untuk semua anak watan?

Ataupun Tanah Melayu yang – bagi sesetengah pihak –  diangkat semula pada 513 (tahun 1969) dan menjanjikan ketuanan Melayu termasuklah kuasa dan perlindungan untuk pemimpin Melayu, sekalipun mereka rakus, zalim dan mungkar? – 13 September, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.ku25APuE.dpuf




apa salahnya org melayu nak berhimpun? bersih boleh, tak kan laa HHM tak boleh?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 02:20 AM | Show all posts
Keturunan tongkang dari indon ada hati nak memelayukan anak sabah swk. Baik ko belajar cara2 membakar ikan dgn betul... ada gak pekdah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 02:20 AM | Show all posts
bagus gak perhimpunan nie utk ajar DAPig supaya jangan langsi   



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
916 513 dah mcm gred emas pulak aku rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 02:25 AM | Show all posts
menarik gak kalau KL terbakar.... apa rasa darurat?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 02:27 AM | Show all posts
ellejo replied at 14-9-2015 02:25 AM
916 513 dah mcm gred emas pulak aku rasa

513 tu utk ikat batu bata?   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 02:30 AM | Show all posts
Apepon, harap2 ada la update psl perhimpunan ni dlm porem... ai tonton dari seberang laut china selatan sambil makan kuaci jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh syak meleis yang lapar darah sangat ini adalah keturunan pornoindon macam uncle Anak Nogori?

Gimana Jawa lapar darah  sangat bunuh Cina Indo beramai-ramai sebab jeles meka maju dalam bisnes zaman sapa itu Suharto ka Sukarno ka,

Begitulah juga meleis2 dna indon yang berhijrah beranak pinak ke Semenanjung Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 02:58 AM | Show all posts
hakak blur lahhh cerita berimpun baju merah segala ni
pprt nau nau ahkak rasa
ketuanan melayu puiiii!!!

poster cina turun bersih tu lahaiiii
cuba lagi dik....standard budak tadika jek ahkak tengok...

tolong lah tengah jerebu2 nih be practical sikit
buat lah benda2 berpekdah

masuk std chartered marathon ke
lagik afdhol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 05:15 AM | Show all posts
jika KL terbakar, tengok siapa yg bungkus...........  
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga supporter perhimpunan ni semua mampus dek asap jerebu

Sudah2 lah fefeeling master race. Korang pun keturunan naik tongkang gak. Tak malu. Racist.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 07:35 AM | Show all posts
ermmmm.....lantak korang laa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 07:42 AM | Show all posts
Ada gak bahalol cuba libatkan sabah .

Peserta bersih 4.0 dibayar 100 ringgit.... peserta hmm dibayar 300 ringgit ..... siapa saja boleh buat  cerita macam ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:00 AM | Show all posts
Walaupun aku tak gemor dgn si jamal pak tongkol kaki temberang ni tp

i'm "FULLY SUPPORT" objektif perhimpunan ni

kasi tunjuk sket kat semua cina sepet mkn babi nih lu jgn main2

kasi sedar diri tu sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2015 12:46 AM | Show all posts
menarik gak kalau KL terbakar 19 Sept nie.......   

kalah jadi abu, menang jadi arang  
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg jahanam tak tau malu saja mengaku bahawa dia bangsa A padahal bangsa sebenar dia ada laa B  hahaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 08:50 AM | Show all posts
apasal kaitkan Sabah Sarawak dalam kes ni..yg buat taik dapig semenanjung..dapig borneo tu nanti pandai2 la orang sana uruskan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:20 AM | Show all posts
dani-rox replied at 14-9-2015 02:20 AM
Keturunan tongkang dari indon ada hati nak memelayukan anak sabah swk. Baik ko belajar cara2 membaka ...

hahahaha baik bakar ikan .
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:28 AM | Show all posts
bah, aku di tanah borneo ni tonton saja telemovie dari tanah melayu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:32 AM | Show all posts
chazey replied at 14-9-2015 02:45 AM
Boleh syak meleis yang lapar darah sangat ini adalah keturunan pornoindon macam uncle Anak Nogori?
...

Kaka..wana baru perasan dalam bersih ari tu ada bawa dan arak penyapu benda ni sangat sensitif sebenar yer .. mohtip nak berhimpun bawa dan arak penyapu, then ummah suchi sentap, so balas balik ..sebab 13 mei cina bawa penyapu besar. Dalam hal ni wana simple je, Jangan provok dan mulakan..



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.105628 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list