CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19047|Reply: 97

ASK2015~8 NOV~ update calon2#57#58 ;Astro TAK JOIN; Awie &Fafau jd pengacara

[Copy link]
Post time 14-9-2015 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 1-10-2015 09:17 PM

n


Giliran Anugerah Skrin pula akan tiba bagi mengiktiraf kerja-kerja warga industri seni drama lakon TV/rancangan TV dan perfileman anjuran TV3 yg akan diadakan pada 8 Nov 2015 di PWTC, KL..

Setakat hari ni tak pasti samada Astro akan join balik atau tidak memandangkan tahun lepas tak join Anugerah ni.

RTM dan TV Al hIJRAH akan join selalunya ...

Makanya, Mulai Jumaat ni (18 Sept), jam 1.30 petang , tv3 akan tayang balik drama-drama yg akan dicalonkan utk tahun ni antaranya :

1) Kereta Kita (tayang masa hari merdeka/hari malaysia) : Zamarul Hisham, Nadia Aqilah, Shukri Yahya, Amyra Rosli, Dato' Rahim Razali, Fadilah Mansor


Sinopsis : Amran sering pulang lewat kerana sibuk dengan projek membaik pulih kereta Proton Saga yang lama. Jas tidak faham kenapa suaminya sanggup berkerja keras dan menghabiskan duit untuk kereta buruk ini. Amran pujuk Jas dan beritahu sebabnya. Proton Saga berwarna merah itu dibelikan oleh abah Amran pada tahun pelancaran Proton Saga. Proton Saga merah yang dinamakan Azizah menjadi kebanggaan abah Amran sehinggalah dijualkan untuk membiayai kos pelajaran Amran. Amran berjanji dia akan belajar bersungguh-sungguh dan kembalikan kereta itu kepada abah. Bagi Amran, kereta ini ialah sejarah hidup mereka dan juga ada kisah hidup mereka.

2) Dari Pintu Neraka (tayang masa hari raya 2014) : Amar Asyraf, Syafiq Kyle, Sheila Rusly, Nad Zainal, Shakila Koriri

p/s : Amar Asyraf mungkin akan tercalon top 5 best actor drama
        Sheila Rusly mungkin akan tercalon top 5 best actress drama

Sinopsis : Kamal berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia seorang yang angkuh. Dia sering terlibat dengan aktiviti gengster, vandalisme dan juga kes jenayah. Keluarga Kamal sudah puas memberi nasihat supaya dia berubah tetapi gagal. Satu hari, Kamal telah pecah rumah dan membunuh tuan rumah itu. Akhirnya, Kamal ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Ibunya sering melawat dia di penjara. Kamal mula bertaubat dan mahu meminta maaf daripada adik-adiknya.


p/s/s : Babak ibu (Sheila rusly) menyuapkan nasi ke mulut kamal (amar asyraf) masa kamal kena tangkap dan dibawa ke dalam van polis sangat sedih dan meruntun hati ye....  
         endingnya rasanya si kamal tu mati sbb sakit

3) Lorong Kecil Ke Syurga : Faizal Hussein, raja Ilya, Muhammad Iz Ilham, Pyan Habib, Kodi Rasheed, Zazli Baginda
  
p/s : Faizal Hussein mungkin akan tercalon best actor drama



Sinopsis : Azmi ialah bekas banduan yang hidup bergelandangan. Secara kebetulan, Azmi bertemu dengan Haikal yang jauh lebih muda daripadanya. Sebenarnya, Haikal ialah anak kandungnya. Sejak itu, Azmi mendapat semangat baharu untuk hidup. Teman segelandangan Azmi, Pak Seman, sering menulis puisi dan ia banyak menyedarkan Azmi tentang tanggungjawab dan ilmu agama.

4) Talak : Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim, Hafreez Adam



Sinopsis : Badrul amat mencemburui persabahatan isterinya, Yasmin dengan Mukhriz yang sama-sama bekerja di sebuah syarikat penerbangan sebagai anak kapal. Badrul telah meletakkan syarat jika salah seorang daripada mereka meniduri orang lain maka terjatuhlah talak. Namun, Badrul telah melanggar syarat itu. Badrul sedar dirinya hidup dalam dosa dengan isteri sendiri tetapi dia tidak sanggup kehilangan Yasmin.

p/s : Fizo Omar maybe ada chance utk nominate top 5 best actor walaupun tipis
        Diana Danielle calon top 5 best actress, peluang 60%
        Reen Rahim, kalau ada kategori pelakon tv harapan, mungkin sheols akan dicalonkan


5) Sebentuk Kunci Sedetik Cinta : RitRud, Fahrin Ahmad, Shafie Naswip, Ika Nabila




Sinopsis : Mengisahkan seorang tukang kunci, Sudin, yang ditinggalkan isterinya bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan. Sudin juga kabur pandangan matanya akibat terkena serpihan besi kunci atas rutin kerja hariannya. Selang bertahun, kedatangan bekas isterinya, Maria, di kedai kunci milik Sudin telah mendatangkan amarah kerana Sudin merasakan dirinya dipermainkan dan ditipu. Walaupun si tukang kunci telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya.

p/s : Syafie Naswip mungkin calon best supporting actor
         RitRud ada chance calon best actress drama


6) Hak : Sara Ali, Amar Asyraf, Watie Sadali, Erry Putra, Julia Ziegler


Sinopsis : Wanda bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tetapi sering pulang lewat malam sehingga mengabaikan pelajarannya. Keluarganya terkejut apabila Wanda hamil dua bulan dan tidak tahu siapa bapa kepada bayinya. Wanda terpaksa berhenti sekolah. Malah selepas kejadian itu ayahnya diserang strok dan lumpuh. Selepas Wanda melahirkan seorang bayi lelaki, bayi tersebut telah diberikan kepada keluarga angkat melalui Jabatan Khidmat Masyarakat. Wanda marah dan tidak bersetuju. Wanda telah menjejaki keluarga angkat tersebut, ‘menculik’ anaknya dan lari ke Kuala Lumpur.
7) Jalan Taubat : Mubarak Majid, Shukri Yahya, Zulkifli Ismail, NorAlbaniah, Chacha Maembong




Sinopsis : Kemiskinan dan malu dengan kerja ayahnya, Pak Ali sebagai tukang cuci tandas, Zul menjadi nakal dan suka memberontak. Zul meninggalkan ibunya yang terlantar sakit di rumah untuk ‘menarik’ nombor ekor di kubur. Malangnya Zul ditangkap pihak agama. Lebih malang lagi, ibunya meninggal dunia pada malam dia sedang melakukan kerja ‘menarik nombor’.
p/s : Shukri Yahya ada chance calon top 5 best actor drama
         Mubarak Majid ada chance calon top 5 best supporting actor drama


8) Cahaya Malaika : Que Haidar, Sharifa Shahora (@kakprik), Riz Amin, adik Puteri Luvvna, Normah Damanhuri, Roy Azman, Kodi Rasheed, Ku Frida (Mak Engku)



Sinopsis : Ezra seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya. Dia juga dibebani hutang. Ezra melarikan diri dengan membawa keluarganya tinggal di kampung rumah peninggalan arwah ibunya. Isterinya Lily meninggalkan Ezra dan anak mereka, Hanna untuk mengejar kekayaan. Ezra mula rasa tertekan dengan kepayahan menjadi seorang bapa tunggal. Dugaan Ezra tidak berhenti di situ. Dia disahkan mengidap barah otak. Ezra tekad untuk menghabiskan novelnya supaya dapat menjamin masa hadapan Hanna.

p/s : Que Haidar - maybe calon top 5 best actor
         Sharifah Shahora - maybe calon top 5 best actress
         adik Luvvna - ada peluang utk calon top 5 best actress/ best supporting actress
         Normah Damanhuri - mungkin ada peluang calon top 5 best supporting actress drama
         Kodi rasheed - kalo ade kategori pelakon TV harapan, heols boleh tercalon


so, ada lagi drama2 hebat drpd RTM, TV ALhijrah, astro (barangkali kalo theyols join balik) yang akan tercalon utk anugerah skrin 2015 kali ini...  makanyaa...tunggu saja update naaa....  hikhikk....
Makanya chuolss dah pernah tgk ke kelapan-lapan drama di atass sebelum ni???   huhuu....


p/s/s : Anugerah Sri Angkasa apa cer ........................??? lama giler anugerah tu menyepiii......




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 02:45 PM | Show all posts
semua drama tu saya terlepas tgok. erm, ada chance nak tgok mana yang layak tersenarai top 5 dalam setia anugerah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 02:51 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 14-9-2015 02:45 PM
semua drama tu saya terlepas tgok. erm, ada chance nak tgok mana yang layak tersenarai top 5 dalam s ...

start jumaat ni chuols ulangan setiap drama yg tercalon...  tak sempat tgk ...leh rekod tau dulu ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:54 PM | Show all posts
xde drama Beto masuk dalam list ke? telemovie Lara Perindu tu best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:13 PM | Show all posts
talak tu orang cakap best
i miss jugak..so ni kena get ready la
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:57 PM | Show all posts
thanks for info...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 04:24 PM | Show all posts
wow....x sabar nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 04:44 PM | Show all posts
buat ari keje.. mmg tk dpt la nk tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 04:44 PM | Show all posts
citer dr pintu neraka tu mmg serius sedih gile...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cahaya malaika tu hauk je dramanya... so melodramatik...que haidar pun meleweh je lakonannya.

Sorry kak prik...tercalon boleh la..tp menang rasanya tak. Meols rasa Diana Danielle lagi cemerlang dgn Talak

Zamarul dlm drama kereta kita vs faizal hussin kot for best actor
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bnyk citer kt ats x smpat tgk.. no 1 tu je yg pnh tgk..blh la tgk lps ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Astro tercalon maybe drama Hidupku Solatku Matiku. Sharnaaz ada peluang Top 5. Dgn puteri balqis for supporting
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:39 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 14-9-2015 08:07 PM
Cahaya malaika tu hauk je dramanya... so melodramatik...que haidar pun meleweh je lakonannya.

So ...

antara banyak2 drama tu meols TERtengok cahaya malaika jah.

que like usual with his over the top acting.

drama yang terlalu berusaha nak buat orang nangis tapi superficial sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:48 PM | Show all posts
Drama2 channel lain yang meols nak tercalon:

TV AL HIJRAH
- Mencari Jalan Pulang (Lisdawati, Azhan Rani & Sherie Merlis) - good portrayal of middle class Malay Muslim family and their problems
Nomination: Lisdawati as Best Actress, Sherie Merlis as Best Supporting

ASTRO
- Girlfriend Aku Dari Neraka (Kinah, Aiman Hakim, Ayda Jebat) - calon drama komedi yang gila hazab lawak
Nomination: Kinah as best Actress

- Saloma Part 1 & Part 2
Nomination: Best Telemovie, Best Director (Melissa Saila), Best Actress (Nabila Huda), Best Supporting Actor (Azhan Rani / Tony Eusoff)
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 01:59 AM | Show all posts
Astro please hantar Drama Cinta Pertama Kali..
Aman Aziz for Best Actor & Pelakon Harapan
Kak Prik for Best Supporting Actress
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Astro sila hantar drama Menanti Hari Itu lakonan mantap Ellie Suriaty, Noorkhiriah & Rashidi Ishak


Juga Tangkal Besi lakonan mantap Munif Isa, Alvin Wong, Aaron Aziz & Chelsia Ng. Chelsia boleh masuk best supt actress, Munif boleh up for Best Actor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 14-9-2015 11:48 PM
Drama2 channel lain yang meols nak tercalon:

TV AL HIJRAH

Kinah tu meols speku calon utama Pelakon TV Terbaik Anugerah Lawak Warna next year. Lakonan sheols dlm GF Aku Dari Neraka mng very dimensional gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols rasa Astro juga hantar drama Nostalgila lakonan mantap Sharifah amani & afdlin shauki
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:09 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 14-9-2015 11:48 PM
Drama2 channel lain yang meols nak tercalon:

TV AL HIJRAH

Saya setuju.. drama GADN memang kelakar giler and lakonan Sakinah mmg menjadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2015 09:26 AM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 15-9-2015 09:28 AM
sepitsiput replied at 15-9-2015 08:52 AM
Astro sila hantar drama Menanti Hari Itu lakonan mantap Ellie Suriaty, Noorkhiriah & Rashidi Ishak
...

ayooo kaka ..citer tangkal besi tu 5 tahun yg dulu yer ...  hehehh... sezaman dengan citer hebat lakonan elaine daly apa dosaku ...elaine menang best actress kat anugerah sri angkasa  mengalahkan calon feveret elly suriati masa tu ...

by the way tangkal besi citer pasal botak chin kan...  klo tak silapp...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.078205 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list