CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3263|Reply: 40

[Tempatan] Pembangkang sorok fakta...

[Copy link]
Post time 15-9-2015 09:03 AM | Show all posts |Read mode

Pembangkang kat Malaysia memang macam tu...,   Datuk Seri.
Jadi ....bolehlah kelentong rakyat....

Pembangkang tak pernah dedah fakta ekonomi sebenar

                                                             15 September 2015                              

Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0

                  


                                            Datuk Seri Salleh Said Keruak



                                                                                                                              KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak membidas pembangkang kerana mengkritik ekonomi Malaysia tanpa mengambil kira fakta dan angka sebenar.

        Dalam blognya, sskeruak.blogspot.my blog, beliau berkata pembangkang tidak pernah mendedahkan kebenaran mengenai ekonomi negara dan melemparkan kritikan tanpa menawarkan apa-apa idea mengenai bagaimana mereka boleh melakukan lebih baik jika mentadbir negara.

        "Pembangkang menggambarkan senario bahawa Malaysia akan bankrap. Mereka juga menyatakan bahawa nilai Ringgit telah menyusut berbanding dolar Amerika dan Pound Sterling tanpa mengambil kira bahawa banyak negara lain juga mengalami kejatuhan nilai mata wang, sesetengahnya lebih teruk daripada Malaysia dan sesetengah pula mempunyai ekonomi yang lebih kukuh daripada Malaysia," katanya.

        Beliau berkata bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata mereka mempunyai cara penyelesaian tetapi tidak akan mendedahkannya sehingga mereka memegang tampuk kuasa.

        "Apa yang Anwar katakan ialah mereka akan merahsiakan penyelesaian ini sehingga mereka mengambil alih kerajaan. Adakah mereka benar-benar mempunyai penyelesaian atau ini hanya cakap-cakap," katanya.

        Salleh berkata ekonomi Malaysia ialah yang ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Thailand dan yang ke-35 terbesar di dunia.

        "Malaysia juga merupakan negara ketiga terkaya di Asia Tenggara berdasarkan per kapita Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) selepas Singapura dan Brunei. Ekonomi Malaysia ialah satu daripada yang paling berdaya saing di dunia, menduduki ranking ke-14 pada 2015," katanya.  

        Beliau berkata pada 2009, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih, KDNK kesamaan kuasa beli Malaysia hanya AS$383.6 bilion tetapi hari ini dua kali ganda.

        Selain itu, pada 2009, per kapita KDNK Malaysia hanya AS$8,100. Hari ini ia tiga kali ganda daripada itu. Pendapatan isi rumah di Malaysia sekarang ialah RM5,900 sebulan, peningkatan 18 peratus berbanding 2012.

        Menurut laporan oleh HSBC, Malaysia akan muncul sebagai ekonomi ke-21 terbesar di dunia menjelang 2050 dengan KDNK sebanyak AS$1.2 trilion dan per kapita KDNK sebanyak AS$29,247.

        "Mengapa pembangkang tidak mengambil kira semua ini dan menyatakan bahawa Malaysia menuju kehancuran sedangkan fakta dan angka tidak menunjukkan sedemikian?," katanya.   

        Salleh berkata Perdana Menteri juga telah menubuhkan Majlis Ekonomi bagi memastikan Malaysia berada di landasan dan akan terus mencapai kemajuan menjelang 2020.

        "Ini adalah fakta-fakta yang tidak disebutkan oleh pembangkang," katanya.

        Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan beberapa langkah baharu untuk menyokong ekonomi.

        KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus bagi separuh pertama tahun ini dan dijangka berkembang pada tahun depan.

        Kerajaan juga mengaktifkan semula ValueCap dengan suntikan modal sebanyak RM20 bilion dan lebih banyak langkah akan dimaklumkan bulan depan semasa Bajet 2016 yang akan dibentangkan di Parlimen. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 09:05 AM | Show all posts
menghasut melayu agar jangan baca
sesetengah akhbar

jangan menonton sesetengah
siaran media

adalah langkah pembodohan
berterusan yang dilakukan pembangkang

khususnya kepada melayu
perasan urban
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:35 AM | Show all posts
Orang bijak lebeh percaya pada fakta dari auta
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:40 AM | Show all posts
Sapa nak caya cakap si Kurap Crook ni.
Kenyataannya, hidup sekarang memang perit.
Aku pun dah mula terasa keperitannya.
Tengok jah kat share market, yang naik tu cuma kaunter berkaitan index jah
to show how good is the economy di bawah Najis.
Kaunter tempat rakyat marhaen melabor, tak bergerak pun..............
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:51 AM | Show all posts
cina kata jangan baca utusan,
melayu perasan urban angguk

cina kata jangan tonton tv3,
melayu perasan urban angguk

penyudahnya jadi bodoh
sombong menyusahkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:54 AM | Show all posts
Itu lah masalah dengan pemimpin kat malaysia sekarang. Tak memahami rakyat dan selalu bercakap melalui topi/ kasut mereka.
Keluarkan fakta sesahih apa pun, ianya tak mencerminkan apa yg rakyat alami.
Fakta utk rakyat ialah apa yg mereka tempuhi dlm kehidupan harian mereka. Dulu bagaimana dan sekarang pulak bagaimana. Itulah fakta bg mereka... kesempitan, kekurangan dan keperitan dlm kehidupan seharian walau sebaik mana fakta ekonomi yg ditunjukkan tidak selari. Akhirnya, menjadi fakta yg membohong dalam kebenaran.

Kenaikkan harga barang, kemampuan pemilikan rumah, keperluan pekerjaan dll  menjadi kayu ukur mereka. Penyelesaian... mula la nak tubuh itu ini. BRIm, KRIM, apa2 lagi yg ada kaitan dgn 1M menjadi jajaan yg sebenarnya tidak menepati selera kebanyakkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2015 10:11 AM | Show all posts
sorok fakta celah mana..
rakyat yg merasai kesusahan idop kat malaysia skang ni..
takde kaitan pn dgn cerita dr pembangkang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya pada orang penang, selangor dan kelantan la..dalam menghadapi ekonomi muram ni, apa langkah2 pembangkang utk mebingkatkn daya ekonomi negeri? Pelaburan baru misalan?

Sebenarnya satu dunia menghadapi gawat ekonomi. Pada kita2 yg miskin ni la yg banyak menanggung sengsara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 10:17 AM | Show all posts
ingat nak sokong sangat ke pembangkang? tapi kalau dah pemimpin sekarang tak memahami kesusahan rakyat, orang dah bengang dengan pemimpin, mesti la orang carik alternative lain mintak bantu.. tu lah masalah umno.. kalau kita tak sokong atau bangkang pendapat, dah label kita pembangkang.. padahal dengan pembangkang pon tak setuju.. tapi sape lagi yang nak dengar keluhan rakyat ni kalau kerajaan yang ada sekarang tak boleh buat apa.. beza sangat zaman dr Mahathir dengan najib ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:20 PM | Show all posts
sape yang sembunyikan fakta sebenarnye nie .. ??  

1MDB .. RM2.6Bill .. ringgit falls .. ape lagi?? altantuya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
@akusukaq

Fakta yang di auta kan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:24 PM | Show all posts
amboi, ego bila jadi menteri persekutuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2015 12:28 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 15-9-2015 12:24 PM
amboi, ego bila jadi menteri persekutuan

Dah tugas dia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:30 PM | Show all posts
zeed replied at 15-9-2015 10:17 AM
ingat nak sokong sangat ke pembangkang? tapi kalau dah pemimpin sekarang tak memahami kesusahan raky ...

Najib tetap kata ekonomi SEKARANG lebih baik daripada tahun 1998.........
Tahun 1998, rakyat marhaen tak terperangkap. Yang terperangkap,
cuma ahli-ahli perniagaan yang berniaga takda modal, sumenya utang BANK.
So, bila menteri kewaangan Anwar Ibrahim cakap, semua kena langsaikan
utang dalam temoh TIGA BULAN, ramailah yang lingkup, termasok tokey CINA.
Sumenya menangis lari jumpa TUN DET.
Rakyat marhaen tak rasa apa-apa sebab masih ada subsidi petrol,
gula, tepong,beras, minyak makan, tol dan lain-lain lagi.
Sekarang bukan jah subsidi dihapuskan, kena lagi GST..............
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakikatnya bukan duit malaysia je jatuh.cuma mungkin ramai tak puas hati gst ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahhaahah...
2.6 billion bang jangan lupa!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 07:33 AM | Show all posts
fakta ke auta?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 07:43 AM | Show all posts
dizek replied at 15-9-2015 09:51 AM
cina kata jangan baca utusan,
melayu perasan urban angguk

presiden ketuatnan mulayu kata
"pertahankan sekolah cina rasis!!"

mulayu macai angguk
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:05 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 15-9-2015 09:40 AM
Sapa nak caya cakap si Kurap Crook ni.
Kenyataannya, hidup sekarang memang perit.
Aku pun dah mula ...

oy....org kampung rasanya tak lah berbaris di kaunter melabur...

kamu susah 1 org jangan pukul ratakan dgn semua org....memang hidup sekarang agak susah tapi tak lah sesusah myanmar kan?...apa kamu fikir org singapore dan brunei tak ada masalah ekonomi???
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:09 AM | Show all posts
dizek replied at 15-9-2015 09:51 AM
cina kata jangan baca utusan,
melayu perasan urban angguk

bahalol...... tu cina DAPig & PKR  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.080634 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list