CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 1

[Tempatan] Baju merah: Giliran DAP Johor lapor polis

[Copy link]
Post time 21-9-2015 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Baju merah: Giliran DAP Johor lapor polis
JULIZA MOHD SAAD
21 September 2015


Himpunan 'baju merah' di Padang Merbok.

KLUANG - DAP Johor bersama wakil Parti Amanah Negara dan PKR membuat laporan polis berkaitan video yang dimuat naik di Youtube oleh peserta Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu.

Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, video berkenaan merupakan ucapan semasa himpunan tersebut yang dilihat berbaur perkauman serta penghinaan pada sesuatu kaum.

Beliau berkata, ucapan berkenaan sememangnya memiliki unsur yang boleh membawa kepada permusuhan dan meruntuhkan kerukunan rakyat Malaysia.

“Kami merujuk kepada video yang boleh ditonton menerusi pautan http://m.kinitv.com/video/23083O74 dan tersebar luas di media sosial berkaitan kenyataan dikeluarkan salah seorang peserta himpunan.

“Antara kenyataan dikeluarkan ialah 'This is our land, orang Melayu punya' (mula minit 0.17), 'Menjadi warganegara bukan bermakna kita ada hak bersama. Kita dah tahu itu daripada dulu lagi. Pendatang tetap pendatang.' (mula minit 0.47).

“Ayat itu seakan mahu mencetuskan permusuhan antara kaum dan sewajarnya tidak berbuat demikian,” katanya.

Sheikh Omar berkata, kenyataan itu berbaur ancaman dan hasutan serta boleh menyinggung perasaan serta mengganggu keharmonian rakyat Malaysia.

“Kami mengutuk keras tindakan berunsur provokatif dan boleh menyemai kebencian, prejudis seterusnya meruntuhkan kerukunan rakyat di negara ini.

“Kenyataan peserta himpunan penuh ungkapan kata-kata kesat adalah tidak menggambarkan pekerti tinggi rakyat Malaysia serta jauh sekali semangat kesopanan dan kesusilaan sepertimana digariskan dalam rukun negara.

“Kami mengangkat ruh Perlembagaan yang mengiktiraf kepelbagaian dalam negara dan mendukung semangat li ta’arafu/saling menghormati terhadap darjat kemuliaan insan,” katanya.

Ujarnya, beliau menyeru pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat dalam isu berkenaan agar perkara tersebut dapat segera dicegah.

Katanya, organisasi politik termasuk Umno Johor khasnya, NGO dan seluruh rakyat  perlu mengambil langkah sama membantah hal ini bagi membendung penularan sebarang aktiviti atau ucapan berunsur perkauman sempit yang boleh mengancam keharmonian Malaysia. --SinarHarian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 09:03 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ketegangan dan meniup api perkauman.

Malah baginda turut bertitah, mereka yang terus memilih jalan perkauman supaya keluar dari Johor serta-merta.

"Mereka yang mengamalkan sikap ini (rasis) dinasihat supaya keluar dari negeri ini serta-merta.

"Ini bukan zaman batu. Orang Melayu, Kaum Cina dan India semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua bangsa Johor," titah baginda dalam satu posting di akaun Facebook-nya.

Pada masa sama, baginda menyeru pihak berkuasa supaya tidak pilih kasih dalam memberkas para penghasut.

"Nenek moyang saya, kerajaan negeri, bangsa Johor dan saya telah bekerja keras untuk menyatukan rakyat Johor dan membawa masuk pelabur asing bagi memajukan negeri ini.

"Mereka yang menghasut bangsa Johor perlu berdepan dengan saya," tegas baginda.
Sebelum ini, Sultan Johor turut bertitah bahawa baginda tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman di Johor.


geng red shit ni x dgr ckp sultan johor ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068675 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list