CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1411|Reply: 0

5 ‘Sign’ Tubuh Tanda Penyakit

[Copy link]
Post time 23-9-2015 12:14 PM | Show all posts |Read mode

        Tahukah anda , ada tanda-tanda fizikal yang boleh memberitahu sekiranya anda ada masalah kesihatan? Oleh itu, rajin-rajinlah membelek tubuh anda untuk melihat jika ada yang tidak kena. Simptom-simptom ini tidak besar, tetapi harus diberi perhatian. Entri kali ini mendedahkan lima perkara pada tubuh yang harus anda perhatikan.

        PERHATIKAN KUKU ANDA
        Jika kuku anda sihat, ia berwarna merah muda ('pink') yang lembut. Jika anda dapat melihat sebarang kelainan pada kuku anda, tidak ada salahnya untuk merasa khuatir. Jika kuku anda berwarna kekuningan, ia menunjukkan masalah berkaitan pernafasan. Kuku berlekuk pula mungkin menjadi simptom diabetes. Jika kekurangan gizi tertentu seperti zat besi, juga akan menyebabkan perubahan pada warna kuku.

        LIHAT DAN BAU URIN
        Warna urin yang normal ada pelbagai. Jika pengambilan air kosong cukup, biasanya air kencing berwarna putih jernih. Sebaliknya jika kurang pengambilan air, air kencing akan berwarna kuning pekat atau lebih gelap. Selain warna urin bertukar kemerahan, bau urin yang agak kuat harus diberi perhatian. Segeralah rujuk masalah pada doktor.

        PENGHASILAN AIR MANI
        Jika Sihat, seorang lelaki normal mampu menghasilkan cairan mani sebanyak 2-5ml ketika berejakulasi. Produksi air mani akan berkurangan mengikut usia. Air mani yang dihasilkan kurang dari 2ml menjadi tanda hypersermia yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Lihat juga warna air mani anda. Lelaki sihat memiliki warna cairan mani putih dan pekat. Sekiranya cairan mani yang disertai darah atau terlalu cair, berjumpalah dengan doktor.

        UKUR DENYUT NADI
        Denyut jantung ketika bersantai adalah penanda yang baik untuk kadar kesihatan seseorang. Untuk lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan dua jari tangan di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Darabkan angka ini untuk mendapatkan nilai per minitnya.

        KULIT YANG SIHAT
        Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal bila dicubit. Sebaliknya, kulit yang dehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit. Nah, cuba cubit tangan anda sekarang!

-maskulin-




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.054669 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list