CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7266|Reply: 23

Macam Mana Nak Buang 'Ilmu' Yang Dipelajari???

[Copy link]
Post time 25-9-2015 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum abang akak n adik sekalian

Saya nak minta pandangan & pengalaman semua ttg problem yg kuarga saya hadapi

Ayah saya jenis yang sangat suka beramal. Masa muda2 dia banyak ambil macam2 ilmu daripada macam2 tok guru. Antaranya ialah ilmu kebal, ada selendang merah, baju kebal yang dia tak pernah pakai, ilmu penunduk, ilmu pelaris diri, pendinding & macam2lah. Sesetengahnya cuma sekadar catatan pada kertas yang dia tak amal pun. Tapi ada sebahagiannya yang dia terima secara beguru dengan menjalani pantang-larang...

Lepas tu ayah saya berubah lebih dekat ngan agama. Alhamdulillah. Dia ambik pulak amalan2 baik daripada ayat quran dan hadis, doa2 ma'thur daripada nabi. Dia rajin ke masjid, rajin qadha semula solat2 yang dia tinggalkan waktu muda. Tapi tulah, perangainya sangat pembengis, pemarah yang tidak rasional... selama ni saya fikir ayah saya memang bermasalah mental. Lately baru saya tahu tentang ilmu2 yang dia pernah belajar ni. Rasa sedih pulak sebab membenci ayah dari kecik sampai besar.

Sekarang saya nak tolong ayah. Bila tanya ayah, dia memang cerita tapi tak ambik serius pun benda2 tu. Mungkin dia rasa takde masalah sebab dia tak beramal dengan ilmu2 tu. Sekarang umur dia dah 73. Saya bimbang kalau benda2 ni menyusahkan dia nak pergi nanti, atau turun kat kitorang anak cucu... Menengokkan sikap dia, rasanya ayah memang takkan nye nak dibawak berubat.

So korang rasa, ok tak kalau saya terima semua ilmu2 ayah tu pastu saya buang? Atau, ada suggestion lain tak untuk buang ilmu tu dripada ayah? Buat masa ni saya cuma mampu bagi dia minum air doa yg saya mintak dari Darussyifa'. Tu pun di luar pengetahuan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 04:57 PM | Show all posts
Biras aku macam ni jugak. Tuntut ilmu salah, pastu kembali ke pangkal jalan. Tapi tak penah terpikir nak buang bende tu. Die memang tak nak berubat. Akak ipar aku stress sebab kadang2 anak2 die yang kecik macam ternampak2 bende alah tu.

So aku park sini dengan harapan ade yang membantu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:10 PM | Show all posts
xda masalah apa aih
toksah terikut sangat mastika boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2015 05:49 PM | Show all posts
Saya pernah tanya dengan ustaz2 kat DS, diorang kata the 1st thing orang tu sniri kene ikrar nak buang benda tu. Pastu kena buang juga apa2 benda berkaitan ilmu yang dia belajar, cam senjata @ kain @ whatever. Pastu memang kene jalani rawatan la untuk buang benda2 tu. Camne bentuk rawatan tu Allahua'lam.

Cam ayah saya ni memang dia ada simpan 'baju kebal' dia tuh... malam tadi baru dia tunjuk. Selama ni mak saya tak tahu-menahu baju tu rupanya 'untuk kebal'. Dia ingatkan baju feveret ayah saya, so dia simpan jelah. Huhu.

Masalah utama sekarang ialah yang belajar tu sniri rasa okey ngan diri dia. Cemana tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2015 05:52 PM | Show all posts
brother Panther, mastika tu apa? bedak sejuk ke? saya xpakai bedak2 sejuk ni... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 06:03 PM | Show all posts
alhamdulilah ayah awak dah berubahpada saya, tak payah la ambik ilmu tu
baik jumpa orang yang tahu selok belok benda ni dan ikhtiarkan buang (kalau nak buang)
try tanya dulu ustaz2 yang mahir atau sapa2 yg tahu benda gini


selagi tak memudaratkan..berikhtiar perlahan2..sambil tu istiqamah dalam beribadat..
insyaAllah tak ada apa2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2015 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
apa jenisnya saka yg utk diwarisi atau utk diri sndiri?

klu saka mmg ssh nk buang wpn ang xnk mmg diwarisi shingga ang xde keturunan dh..

pasai DS tu ckp kna ikrar mungkin sbb trikat janji.. cm nenek kami la dia ckp xde mnuntut ilmu..aritu di suruh brikrar..klu brikrar mmg sah la mnuntut.. mungkin secara tak langsung..bomoh ni org zaman dulu mmg kuat.. skrg ni je bomoh tak laku digunakan utk sihir2 org je la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Parking sini ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 10:41 AM | Show all posts
hurmm like my dedi larr.. iols pong rasa my dedi masa muda mudi dulu ada gak amalkan soemething kan. tapi takder la sampai simpan baju kebal ke, kayu kayan yang pelik2 ke.. cuma dia ada satu bentuk cincin perak yang ada tulisan arab / jawi.. huruf jawi. nak baca karang jadi lain fulokss. pastu sebentuk lagi cinci kayu kokka ke ape.. (pandai je iols speku pasal my dedi khen??) sebabnye bila my dedi sakit demam, doc nak amik darah.. jarum memang tak lepas. 4 -5 kali try cucuk macam tak lut. pelik takk?? takkan la my dedi nerbes sangat kot?? husnudzon... heuheuheu! my mom pong pernah cakap pasal ni. nak2 bila berdepan dengan orang yang tak dikenali. otomatik orang tu akan jadi tunduk je, tak berani tak bertentang mata. sekarang ni my dedi makin jadi panas baran, tak boleh kene tegur sikit..cepat melenting. satu je dia yang geli, ulau! yang lain2 tu dia berani. so, iols rasa dengan kehendak orang tu sendiri nak buang ke tak atau nak pergi berubat, ikhtiar. kita dah buat macam2 pong still tuan badan sendiri taknak buang, tak jadi apa gak. nak2 benda tu dah lama sangat dia amalkan.. dah sebati dalam diri dia. cubalah pujuk ayah awak tu.. pujuk elok2 sebelum terlambat... insha Allah semoga dipermudahkan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah saya sekeluarga lebih kurang sama dgn tt. Dah ikhtiar buang sekali masa dia sihat boleh jalan bertongkat dan waras, ok sekejap.

Lately ni ayah berperangai pemarah dan suka provoke org sekeliling dia utk jadi marah. Hari2 dia dalam keadaan begitu.Yang jadi mangsa ibu saya yg menjaga dia d rumah.

Ada bertanya pada seorg perawat tu, dia kate ayah saya seru blik pendamping dlm doa2 yg dibaca. Saya rasa nak bertanya balik pada ayah samada masih ade ilmu n benda yang x dibuang..Boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:31 PM | Show all posts
anno_miss replied at 28-9-2015 12:11 PM
Kisah saya sekeluarga lebih kurang sama dgn tt. Dah ikhtiar buang sekali masa dia sihat boleh jalan  ...

cubalah tanya elok2... larang dia amalkan lagi ayat2 tu sumer. merana badan nanti.. macam kes ibu saudara mak saya. katanya, masa muda mudi dulu ada dia amalkan ayat2 tertentu, pakai susuk ke apa lupa dah.. nak suh orang tengok dia cantik sentiasa, rasa senang bila berdamping.. ni bila dah tua, makan diri. mungkin ada terlanggar pantang. hari tu ada anak2 dia ikhtiar jumpa ustaz, buang apa yang patut.. dah larang dia amalkan ayat2 tu sumer. la ni dah jadi balik.. anak2 duk jauh, jarang balik. dia duk ngan anak bongsu dia.. kadang2 bercakap sorang2, sekejap ketawa, lepas tu menangis sedu sedan, taknak mandi, asyik berkurung je dalam bilik. bila saudara mara datang melawat, jadi tak kenal.. diam je. entahla.. mungkin tak habis dibuang kot.. hurmm...

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:09 AM | Show all posts
BISMILLAH

Wa'alaikumussalam

baca & fahamkan dgn jiwa yg tenang

Al-Quran bukanlah syair

Nabi S.A.W bukanlah penyair

Nabi S.A.W bukan juga ahli sihir

sbb sihir itu amalan kafir

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:08 AM | Show all posts
Assalamualaikum....

maaf, saya bukan nak menyibuk atau memandai.

Ada petua untuk membuang ilmu2 khurafat ni....
mula2 tanya ayah tu ape pantang larang ilmu yg dipelajari
contoh: ilmu susuk gagah tak boleh makan labu dan pisang emas.
jadi secara diam2 kita hidangkan makanan ini.
bila dah langgar pantang setan/jin tadi akan datang menuntut diperbaharui perjanjian ilmu susuk gagah.
time tu mungkin ayah jatuh sakit...

maka segeralah bawak ayah pegi berubat ke ustaz2 dan pengamal perbatan islam.
bila dah hilang perjanjian maka senang nak zass...atau pisahkan jin penunggu ilmu itu.
kira macam bicara kat mahkamah le...surat perjanjian hilang jadi xde bukti la...
wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:12 AM | Show all posts
Cara kedua pujuk ayah cara baik utk lepaskan atau buang ilmu khurafat tu,
kalo xberjaya mintak org yg ayah segan nasihatkan ayah lepaskan ilmu tu.
umur melepasi 70s takut gak ape2 berlaku nanti,,,suramlah kehidupan abadi kita di akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn le risau tt..kalau ayahnya xmau berubat..
Mungkin dia ada anak kuncinya utk lepaskn amalanya..cuma dia tunggu masa..
Kalau ikrar dia putih putih lah..kalau ikrar dia hitam hitam lah..
Nanti dia kasi la pendinding kt keluarga tt kalau hitam..
Tp kalau ayah tt hanya berminat dlm ilmu kebatinan..khodamnya xterlalu menganggu keluarga pemilik jika keluarga xmenyakiti pemilik..
Sentiasa berdoa ye tt..dlm sebuah keluarga ada terselit seorg dua yg doanya makbul..utk bekalan  ibu bapanya..moga tt tergolong dlm golongan itu..amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 01:43 PM | Show all posts
ape kata TT dan geng2 yg ada mslh yg sama direct je dgn ayah..tnya terus ilmu mcm ni kene menurun atau x?klu menurun..kene bgtau xde siapa yg nak ambil..klu boleh xnk susah kemudian hari..

klu nk bg langgar pantang tu pon ok..cuma takut nnt mkn diri pulak ilmu tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2015 05:01 PM | Show all posts
Edited by ungufajar at 18-10-2015 09:03 AM

Terima kasih semua ^^
update lepas bawak ayah gi berubat. Heheheh... agak2 happy ending ke tak?

Haritu bawak pergi Darussyifa' Semenyih. Sebab orang Bangi kata kat Semenyih ni ada 'specialist' untuk buang2 ilmu ni... Huhu masa sampai tu punyalah berdebar sampai tak dapat nak explain ngan ust tu bebetul.

Bila dah panggil ayah masuk, sekali rupanya perawat tu kawan lama ayah. ayah pun dah lupa dia. dia yang ingat ayah. masa sesi rawatan & baca doa tu ayah okey je takde tunjuk apape benda yang aneh macam meracau ke apa. biasa je.

lepas tu ayah sniri bukak cerita yang dia ada belajar ilmu tu, ilmu ni, ambik petua tu, petua ni. ada jurus nak pukul orang dari jauh... cemacam la. dia ngaku yang takde sape suka kawan ngan dia, orang cakap 'qarin' dia garang sangat. yang tu saya 1st time dengar sniri dari mulut dia.

pastu tah macam mana perbualan tu berterusan, tetiba ustaz ngan ayah berbalas2 cakap sampai dah meninggi2 suara. aik, kompius aku. selalunya perawat Darussyifa' ni cool jer takde nak berbahas2 ngan pesakit. tak taulah kalau sebab diorang ni member lama ke kan.....

ustaz kata ilmu ayah tu syirik, kena taubat, istighfar, blablabla.... memang betul semua yang ust cakap tu tapi tah kenapa dia cakap dalam nada provokasi sampai ayah naik meradang.

dalam perjalanan balik, ayah banyak diam jer. minggu depannya saya gi Semenyih lagi dan tanya ust secara personal ngape dia provok ayah saya. dia kata saje jer nak tengok. dia kata ilmu2 tu takyah buat apa, sebab ayah dah tak amalkan lagi. pelik pulak... betul ke boleh biar je?

endingnya ialah....

ayah terbawak2 marah sampai sekarang. dia rasa macam ust tu tuduh dia syirik. pantang teringat je mesti dia naik angin. siap dia menyumpah tak redha ngan saya sebab bawak dia gi sana...  apakah.....  

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 02:25 PM | Show all posts
kesian tt..nak tlg ayah jadik lain plk yer...

ayah tt pun mcm trauma nak gi sbb takut kena argue macam2 kan...

maybe tt boleh bawa berubat kat pusat rawatan darussyifa yg lain ....jgn bagi ayah tau situ pun branch yg sama. or jumpa ustaz darussyifa yg merawat kat rumah dia. Kena juga diubatkan ayah tt tu sebab takut-takut keadaan tambah worse almaklum ayah tt dah berumur. Kalau ilmu2 tu melibatkan saka lagilah kena usaha...takut2 susah tt dgn famili nanti.

Alhamdulillah baru2 ni kakak saya berubat dgn ustz darussyifa yg tak aktif buat kat centre...dia buat dari rumah dia jer..orgnya sgt berhikmah, cakap pun berlapis..kita pun jadi senang dgr nasihat dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2015 05:20 PM | Show all posts
Edited by ungufajar at 19-10-2015 09:21 AM

Tulah... Ayah memang xpernah cakap depan2. Tapi kat belakang, macam2 benda dia hambur kat ibu. Time ibu bagitau saya tu, mampu sengih je la. Dalam hati ni ya Allah...

Sebenarnya saya pun dah ada gangguan tu. Dah sebulan lebih gi berubat tu yang rasa tergerak hati nak siasat ayah pulak. Sebabnya setahu saya, dalam sesetengah kes gangguan ni, kalau puncanya dari ibu bapa, kena setel pada ibu bapa tulah...

Ke, boleh je rawat diri sniri dan abaikan pasal ayah tu?

Dua2 ust pernah tanya saya, ada terima apape ilmu dari ayah ke? Kalau ilmu2 ritual memang tak la kan. Yang jampi2 tu memang ayah rajin bagi sejak kitorang remaja lagi. Tapi rasanya takde apa yang salah pun ngan doa2 tu sebab semuanya ayat Quran.

~sorang ust tu tanya: "Kot awak ada ambik jampi untuk cantik ke?" Sabo je la. Agaknya dia tengok muka saya cam budak remaja walaupun umur dah panjat 3rd series... skarang muka dah naik jerawat. hah ambik! jampi la sangat kan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.073139 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list