CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2030|Reply: 1

Zumba, Bukan Sekadar Kurus!

[Copy link]
Post time 28-9-2015 11:51 AM | Show all posts |Read mode

        Zumba, rutin 'workout' yang tengah 'IN' buat wanita hari ini dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan langsing dan 'fit' ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus ber-zumba hari ini!

        Turun Berat Badan
        Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan 'kewujudan' lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?

        Badan Lebih Tegap
        Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.

        Memperoleh Rakan Baru
        Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang 'gila-gila' menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.

        Lebih Bertenaga & Seronok
        Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!

        Pelepas Tekanan
        Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.

        Sesuai Semua Usia
        Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
-nona-




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 04:48 PM | Show all posts
saya baru berjinak2 dgn zumba...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052363 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list