Panggil Duta China, menteri lain jangan campur tangan – AnifahMenteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berasa kesal apabila ada menteri kabinet bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu sedangkan perkara itu boleh ditangani di peringkat pegawai kanan di Wisma Putra tanpa perlu di bawa ke peringkat menteri. - Foto Bernama
[size=100%]KUALA LUMPUR, 29 September: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengingatkan menteri kabinet lain tidak campur tangan berhubung perkara memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra baru-baru ini.
Kata Anifah, beliau kesal apabila ada menteri kabinet bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu sedangkan perkara itu boleh ditangani di peringkat pegawai kanan di Wisma Putra tanpa perlu di bawa ke peringkat menteri.
“Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan Menteri-Menteri lain.
“Sebaliknya campur tangan mereka telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai. Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang tidak mengikut protokol.
Reezal bagaimanapun mempertahankan tindakannya dan menegaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan kebenaran daripada Anifah yang kini berada di New York, Amerika Syarikat untuk Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.
Menurut Anifah, tindakan memanggil Duta Besar asing ke Wisma Putra merupakan amalan biasa selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.
“Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuat oleh beliau semasa lawatan beliau ke Petaling Street tempoh hari. “Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya.
“Sebagai sebuah negara berdaulat, kita juga perlu menyampaikan pendirian kita kepada China dengan jelas,” katanya.
Tambah Anifah, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memanggil Duta Desar China hadir di Wisma Putra bagi memberi penjelasan.
therakyatpost
|