CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3805|Reply: 7

Penyakit "Raksasa Hijau"

[Copy link]
Post time 29-9-2015 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by anees~nuhara at 29-9-2015 01:22 PM



Tahukah anda, disebalik watak hijau bertubuh raksasa itu, Shrek dipercayai diadaptasi daripada watak seorang rakyat Rusia berketurunan Perancis bernama Maurice Tillet yang menghidap sejenis penyakit aneh.Ketika Tillet dilahirkan pada tahun 1903, beliau adalah seorang bayi comel yang cukup sempurna. Malahan dipanggil dengan nama manja, "The Angel" kerana wajahnya dikatakan seperti pari-pari serta rambut berwarna keemasan.Tillet berangan-angan untuk menjadi seorang peguam apabila dewasa nanti. Namun, ketika berusia 17 tahun, segalanya berubah secara mendadak. Tillet mula perasan bengkak pada kaki, tangan & wajahnya. Risau dengan keadaan itu, Tillet bertemu doktor & telah disah kan menghidap penyakit yang jarang berlaku iaitu penyakit Acromegaly. Penyakit itu menyebabkan tulang Tillet membesar tanpa kawalan.





Akibatnya, Tillet terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi peguam dan bekerja sebagai jurutera di French Navy. Namun, dek malu dengan keadaan yang menimpa dirinya, Tillet akhirnya berhijrah ke Amerika Syarikat. Di situlah beliau mencipta nama sebagai seorang ahli gusti terkemuka dengan gelaran "The French Angel & Freak Ogre of The Ring". Walaupun menghidap penyakit "Agromegaly", Tillet bagaimanapun meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 51 tahun. Meskipun wajah, bentuk tubuh serta mimik muka Tillet seakan-akan Shrek, namun tiada kenyataan rasmi bahawa watak Shrek diadaptasi dari Tillet. Perkara ini juga tidak pernah di 'iya'kan oleh syarikat penerbitan filem berkenaan.



Penyakit Agromegaly



Agromegaly adalah sejenis penyakit gangguan hormon yang berlaku apabila kelenjar pituitari menghasilkan hormon pembesaran dengan banyak semasa sedang meningkat dewasa. Apabila ia terjadi, tulang-tulang pada tubuh badan akan membesar terutama pada bahagian kaki, tangan & muka. Walau bagaimanapun, penyakit aneh ini sangat jarang berlaku sangat sukar dikesan kerana pertimbuhan pada anggota badan terjadi secara perlahan-lahan sehingga memakan masa yang sangat lama. Oleh sebab itu ia dikesan pada individu di pertengahan usia bukan dari zaman kanak-kanak.  




Agromegaly juga agak bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan. Ini kerana ia boleh mendatangkan penyakit-penyakit berbahaya lain & boleh membawa maut. Antaranya, ia boleh mendatangkan penyakit darah tinggi, Osteoartritis, kencing manis, pertumbuhan kanser pada usus, fibroid rahim, mampatan saraf tunjang, hilang penglihatan dan juga masalah-masalah lain. Jika anda dikesan menghidap masalah ini, cepat dapatkan rawatan doktor agar ia tidak menular kepada masalah lain.













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 05:21 PM | Show all posts
Shrek tiru dia rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 05:38 PM | Show all posts
kesiannye dia terpaksa jadi ahli gusti walaupun teringin jadi lawyer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 05:43 PM | Show all posts
GOOD INFO
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati dah. Tinggal sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:46 AM | Show all posts
shanshero replied at 30-9-2015 01:43 AM
Mati dah. Tinggal sejarah

Sejarah kat mana?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2015 12:57 PM | Show all posts
pernah baca kisah dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 02:53 PM | Show all posts
mmang rare juga penyakit ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071213 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list