|
Colour block kembali menjadi the hottest trend tahun ini. Menggabungkan penggunaan dua atau lebih blok warna, baik warna monotone, warna-warna cerah ataupun warna kontra. Trend colour block ini akan tetap menghiasi koleksi pakaian, handbags, mahupun aksesori lain. Selain menyenangkan, trend ini juga semakin diminati dan sangat relevan dengan perjalanan fesyen masa kini.
Colour block pastinya memberikan kesan peribadi yang unggul dan tersendiri. Namun anda harus ekstra berhati-hati dalam pemilihan mix and match blok warna. Pemilihan warna yang kurang tepat akan menjadikan anda seperti ‘korban’ gaya dan cenderung memiliki kesan yang berlebihan.
Untuk itu, pastikan anda tidak memakai lebih daripada tiga warna terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda sudah memakai tas atau jam tangan dengan warna colour block, anda harus mengenakan outfit dengan warna yang neutral seperti hitam untuk menyeimbangkan penampilan. Sudah dapat triknys? Jadi, selamat mencuba!
-nona-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|