CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1622|Reply: 0

4 Bahan Dapur Naikkan Seri Wajah

[Copy link]
Post time 30-9-2015 01:44 PM | Show all posts |Read mode

                    Terlalu sibuk dengan urusan harian membuatkan wanita kurang rehat dan tidur. Akibatnya tubuh menjadi lesu, wajah kusam dan lingkaran gelap di bawah mata makin jelas kelihatan. Sedih tak?


        Jangan risau wanita, kali ini anda boleh amalkan beberap tip ini untuk jaga penampilan setiap hari tanpa beli produk di pasar raya. Jom semak!


        1. Minyak zaiton lembapkan kulit        Musim panas, ramai yang akan mengalami dehidrasi. Kulit menjadi kering dan kusam, bagi mengatasinya anda boleh amalkan minum lapan gelas air putih sehari. Bagi melembapkan kulit pula, oles dengan  minyak zaitun. Lakukan setiap hari kulit akan halus dan lembap.


        2. Ais segarkan wajah        Sebelum bersolek, tekapkan wajah dengan ais. Petua ini membuatkan wajah yang lesu tampak segar. Ais juga membuatkan solekan lebih tahan lama di samping membantu mengurangkan masalah lingkaran gelap di bawah mata.


        3. Hampas kelapa haluskan kulit        Selepas memasak, hampas kepala jangan dibuang. Gunakan sebagai skrub untuk menyental tubuh. Hampas kelapa dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Membuatkan kulit tubuh lembap dan dikatakan dapat menghilangkan kesan gelap di bahagian intim.


        4. Madu & telur naikkan seri        Campurkan sebiji telur ayam kampung bersama dua sudu madu. Percayalah, cara ini membuatkan wajah menjadi kemerahan. Telur dan madu juga membekalkan tenaga kepada tubuh. Sangat baik untuk kecantikan dalaman. Selain itu, petua ini juga dikatakan dapat menjadikan suara lebih lunak.



        Tiada lagi alasan untuk tetap jaga kecantikan buat pasangan anda setiap hari. Hanya amalkan tip ini, segala masalah kulit akan terhakis. Selamat mencuba!
                -mingguanwanita-




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.060415 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list