CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4389|Reply: 18

Jangan Terkejut Lihat Apa Yang Luar Biasanya Wanita Ini

[Copy link]
Post time 30-9-2015 02:22 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita warga Thailand yang menderita pe-nyakit misteri dengan memiliki dua tangan gergasi yang menyakitkan tidak mempunyai pilihan terpaksa memotong kedua belah tangannya untuk meredakan kesakitan yang dialaminya.


Akhbar Daily Mail melaporkan, Duangjay Samaksamam, 59, dari wilayah Surin, Thailand dipercayai memiliki tangan paling besar di dunia seberat 9.5 kilogram setiap satu, menderita penyakit yang jarang-jarang berlaku, selain menyebabkan anggota badannya membengkak.


"Tangan saya sangat berat sehingga saya tidak mampu mengangkatnya untuk menyikat dan menyampu rambut. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat untuk memakai pakaian.

"Beberapa orang doktor menasihati saya, satu-satunya cara bagi menanga-ni penyakit ini ialah dengan memotong tangan saya supaya saya boleh bergerak bebas. Tapi saya tidak mahu melakukannya," katanya.



Beberapa orang doktor pakar percaya pemilik kedai runcit itu merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang menghidap penyakit Macrodystrophia Lipomastosa iaitu penyakit yang menyebabkan tangan membengkak dari bahu hingga ke jari di kedua-dua belah tangan.

Menurut Duangjay, dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika dia berusia 25 tahun. Bagaimanapun pembedahan itu bukan sahaja gagal mengubatinya malah menyebabkan keadaannya semakin buruk.

Kerana malu dengan keadaan yang dialaminya, Duanjay menghabiskan masa selama 20 tahun `berkurung' di dalam rumah dan tidak pernah bersekolah.

Namun, Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang kini telah uzur.

Keadaan yang dialami Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan, namun gagal.

-dairishare-




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 02:26 PM | Show all posts
kesiannyer... sakit ke tak tu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 02:28 PM | Show all posts
srupa tgn hulk dah ni...
jenuh wei nk membwk
ni mcm penyakit kaki gajah tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 02:38 PM | Show all posts
macam popeye jer.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 02:45 PM | Show all posts
kesiannya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 02:49 PM | Show all posts
berat tu ... 9.5kg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2015 03:04 PM | Show all posts
kesiannya.. mesti ssh nak buat kerja harian
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 03:39 PM | Show all posts
kesian nya.. mcm mana nak makan, nak basuh berry. mesti susah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 04:22 PM | Show all posts

dah sama berat dgn sekampit beras
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 04:31 PM | Show all posts
JohnPuteh replied at 30-9-2015 04:22 PM
dah sama berat dgn sekampit beras

tu aaa.. aku selalu bawak beras 10kg, semput rasa.

macam dia ni kedua tangan almost 20kg.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 04:53 PM | Show all posts
Kalau dpotong tangannya tu cacat pula jadinya lagilah susah nak buat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 04:59 PM | Show all posts
kesiannya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 06:31 PM | Show all posts
tak boleh bayangkan ....
susah nak gerak tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 10:07 AM | Show all posts
Bump! Bump!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:37 PM | Show all posts
kesian.semoga tabah
kalau potong tangan mst ssh buat kerja pulak nnt
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:22 PM | Show all posts
ni kalu dia lesing skali, mau tercampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 02:38 PM | Show all posts
kesiannya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 03:29 PM | Show all posts
kesian, tak cuba berubat tradisional ke...mana tau kot terkena bomoh siam
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 11:35 PM | Show all posts
Teru2Bozu replied at 1-10-2015 03:22 PM
ni kalu dia lesing skali, mau tercampak

dia nak angkat tgn pun x larat inikan pulak nak melesing org....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076426 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list