CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4727|Reply: 21

Atikah Suhaime Tidak Kisah Dengan Kontroversi

[Copy link]
Post time 5-10-2015 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Baru sahaja ingin menapak didalam industri hiburan tempatan, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime sudah terpalit dengan pelbagai kotroversi. Namun, buat Atikah gosip beliau tinggal sebumbung bersama teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang adalah satu perkara yang agak sukar untuk beliau terima.

Pada mulanya, saya marah apabila dikaitkan dengan gosip ini tetapi selepas difikir-fikirkan ia perkara kecil saja. Buat apa saya nak ambil hati dengan apa orang cakap kerana ia hanya gosip semata-mata. Lagipun, yang penting saya tidak ada kaitan dengan suami orang.
Saya bercinta dengan lelaki biasa yang masih muda dan kami ada impian sendiri. Cuma, apabila gosip itu timbul, teman lelaki saya berasa janggal.

Sedar sudah menjadi lumrah sebagai artis untuk terus menjadi bahan gosip, Atikah tetap merasa sedikit kasihan kepada keluarga teman lelakinya yang turut sama terpalit dengan cerita sebegini.
Walaupun tidak putus dihimpit kontroversi, Atikah bersyukur perkara berkenaan tidak menjejaskan kariernya kerana masih lagi menerima tawaran lakonan yang banyak.
Kasihan juga pada keluarganya (kekasih) kerana mereka tidak tahu-menahu pun. Macam ibu bapa saya, kedua-duanya sudah faham. Bahkan, keluarga saya juga tahu perkara sebenar dan mereka boleh terima dakwaan itu sebagai gosip yang lumrah dalam kehidupan selebriti.

Apapun saya sangat bersyukur kerana gosip ini tidak memberi impak dan menjejaskan perjalanan karier seni saya. Sekarang, tawaran berlakon masih tidak putus-putus diterima dan saya juga kini dalam proses belajar memperbaiki kelemahan dalam lakonan.
Sebenarnya jika ada tidak mahu sering dihimpit kontroversi, janganlah buat perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan sentiasa manjaga keperibadian anda. Kalau seronok bercinta pun janganlah terlalu menunjuk, simpan sahaja manis percintaan itu antara anda dan kekasih sahaja.
Sumber Berita: Harian Metro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 11:36 AM | Show all posts
muka dia cantik melayu klasik cam plakon dulu2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:40 AM | Show all posts
iyola tu...jgn jadi mcm pelakon yg dah clash tu lepas tu gaduh dgn pengurus..pengurus berang bocor citer duk bagi jantan masuk bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:59 AM | Show all posts
jahcomel replied at 5-10-2015 11:36 AM
muka dia cantik melayu klasik cam plakon dulu2 la...

ada rupa maizurah hamzah....

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:01 PM | Show all posts
atikah who???
anyway.. klu takde angin takkan boleh keluar cerita kan..
sila pindah condo yang majoriti expat je duduk dik..
bertungku la kat sana.. takde sapa kisah pun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:16 PM | Show all posts
sapo atikah ni?
ko buat le kontroversi smpi kiamat pun, akak tetappp x kenal ko
sbb ko takde aura x-factor
eh, dia ni pelakon ke penyanyi ke?
nmpk sgt aku x kenal budak nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 12:20 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-10-2015 12:16 PM
sapo atikah ni?
ko buat le kontroversi smpi kiamat pun, akak tetappp x kenal ko
sbb ko takde aura  ...

SILA gugel utube lagu raya beliau dgn prof datok DAVID TEO
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:41 PM | Show all posts
ada iras Fazura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ni..sendunya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:10 PM | Show all posts
Masa iols duk sepital, tak ada apa nak tengok, iols tengok lah drama dia berlakon dgn nazrin
Dlm drama tu dia pakai tudung
Iols tak kenai dia sapa masa tu
Tapi dlm hati iols ckp sapa lah ppuan ni
Dah lah tak lawa, badan berisi tak sesuai jadi pelakon
Berlakon pun kayu
Tp bila tak pakai tudung ni nmpk cantik pulak, figure pun cantik sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa pmpuan cantik je. Berlakon pun okay lah dari keknis dgn si kayu jati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kau kata tak cantik???

Kalau aku dapat muka sebegini memang aku selfie aja 24jam...terlalu in love dengan kecantikan sendiri...

Cantik manis orangnya..tapi siapa dia? Macam tak glamor ajaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolzer replied at 5-10-2015 01:31 PM
Aku rasa pmpuan cantik je. Berlakon pun okay lah dari keknis dgn si kayu jati.

Belakon keras kejung gitu u kata ok? Ermm no komen
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:57 PM | Show all posts
muma manis cuma kayu sikit bila berlakon. kipidap la ye dik~
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg berlakon polis evo ke jd adik jijang ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 03:27 PM | Show all posts
kenal dia ni pun sebab afham. alahaiii hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 04:17 PM | Show all posts
sape pulak dia nih eh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpelah..jangan kelur berita kena tangkap kol 2pg kat aprtment sudeyh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejung die neh blakon...sekejung rmbut dazrin busuk tu...tp aku hadap gak tgk drama depa memalam ari...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:10 AM | Show all posts
Jln cite dgn Dazrin tu mcm ok tp aku meluat tgk dia dgn dazrin tu .. Bersungguh-sungguh berlakon menjadi kayu jati .. Keras kejung je baik rambut tudung apatah lg hero & heroin .. Yg x kejung liza shahdan & arash tu je la ..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.468239 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list