CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4895|Reply: 3

Banjir 2014 Beri Kesan Baik Atau Buruk Untuk Tahun 2015?

[Copy link]
Post time 5-10-2015 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Sedar tak sedar, dah pun masuk bulan Oktober hampir kepada penghujung tahun 2015. Semua sudah berkira untuk berjaga-jaga dan membuat persediaan kerana hujung tahun biasanya Malaysia akan mengalami musim tengkujuh dan banjir di beberapa buah negeri.

Tetapi tidak kurangnya pula dengan jerebu yang semakin lumpuh di Malaysia dan Singapura yang disebabkan oleh kebakaran di beberapa tempat di Indonesia. Walaupun hujan telah mencurah namun asap kebakaran tidak berjaya diserap baik dengan keadaan tiupan angin yang sentiasa berubah-ubah.

Seperti tahun lepas, banjir besar dan paling terburuk dalam 40 tahun telah berlaku tanpa diduga di negeri Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri lain seperti Perak, Selangor, Perlis, Kedah dan Johor.



Banjir yang melanda telah menyebabkan kerosakan yang teruk, kehilangan tempat tinggal dan paling menyedihkan adalah kehilangan insan tersayang.

Negeri pantai timur biasanya mengalami curahan hujan yang lebat menjelang November hingga Januari.

Punca banjir berlaku




  • Hujan lebat pada musim ini berpunca daripada monsun tenggara yang bertiup merentasi Laut China Selatan, menyebabkan laut tersebut lebih panas dari biasa.
  • Para saintis telah meramalkan bahawa semakin perubahan iklim memburuk, pola ribut akan menjadi semakin tidak tentu dan teruk.
  • Pembangunan pesat yang tidak mengambil kira alam persekitaran dan masalah pembetungan turut menjadi penyebab banjir besar.
  • Tabiat membuang sampah ke dalam sungai dan serata tempat.


Kesan banjir besar kepada mangsa dan masyarakat



  • Ramai yang tidak sedar, air banjir yang melimpah telah bercampur dengan najis. Najis yang bertaburan dan bercampur dengan air ini akan menyebabkan penyakit taun dan malaria.
  • Penyebab kematian.
  • Kerosakan alam sekitar.
  • Kehilangan tempat tinggal, harta benda dan nyawa.
  • Kekurangan pakaian, makanan dan minuman.
  • Kemerosotan ekonomi. Pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian untuk membaiki pelbagai kerosakan besar dan perlu meyediakan pelbagai keperluan kepada masyarakat.
  • Kemerosotan dan gangguan perniagaan.


Sebenarnya, jika difikir secara rasional oleh akal fikiran, banjir yang melanda adalah tanda kekuasaan Allah SWT. Dia sebagai pemilik kekal melihat kegiatan manusia yang sangat kejam menghancurkan alam sekitar. Banjir besar dan buruk ini adalah 'teguran' kepada hambaNya untuk memelihara dan menjaga bumi sementara ini dengan sebaiknya. Malahan, Allah SWT inginkan hambaNya sentiasa beringat dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.

Paling utama, berbalik kepada pembuangan sampah harian yang dilakukan oleh setiap penduduk perut bumi. Ia nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Buanglah sampah dengan berhemah di tempat atau tong yang disediakan. Didik sikap jangan buang sampah merata dan keluar daripada tingkap kereta. Begitu juga di tempat awam.

Pembinaan dan pembangunan pesat sememangnya urusan di luar kotak kegiatan kita. Ia juga penyebab utama berlakunya banjir ini kerana hakisan dan keruntuhan tanah. Apabila duit dapat mengawal segalanya, manusia tidak akan berfikir secara baik dan positif. Tidak mengendahkan perkara buruk yang bakal berlaku.

Jika ditanya kepada mangsa banjir, trauma dan kesedihan mereka tidak akan terpadam sehingga hari ini mahupun bila-bila. Apa yang penting, sokongan dan sikap prihatin masyarakat kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Persediaan awal menghadapi banjir ini harus dilakukan saat ini. Kita tidak tahu apa yang terjadi kelak. Tidak mustahil, jika kuasa Allah Taala kali ini mengekehendaki kawasan yang belum ditimpa musibah banjir ini. Walau apapun, tidak kira siapapun kita, sama-samalah berwaspada apabila hujan lebat melanda kawasan kita nanti. - CARI Infonet












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 11:50 AM | Show all posts
mcm teh susu dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:26 PM | Show all posts
harap2 Johor x banjir tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuantan kena jaga2.byk kwsn dh gondol sbb bauksite a.k.a bokshit ni!:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064129 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list