BIARPUN sedikit kecewa tidak dapat melihat keseluruhan tubuh badan Proton Perdana 2016, namun ia sedikit terubat apabila diberi peluang melihat dengan lebih dekat lagi model Proton Perdana-Accord atau dikenali ‘Accordana’ (hasil jalinan kerjasama bersama Honda) edisi limousine.
Untuk makluman, model Perdana-Accord yang dipamerkan sempena Karnival ‘ALAMI PROTON’adalah milik Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah menerima beberapa suntikan dan pembaharuan mengikut kehendak Tun. Antaranya kehadiran kerusi elektrik yang dibaluti dengan kulit bewarna merah bersama mesin Nespresso. Menarik bukan?
Selain itu, model yang sama juga turut diguna pakai oleh Perdana Menteri Malaysia danTimbalan Perdana Menteri buat masa ini. Berbeza dengan lain, Proton Perdana edisi limousine ini adalah 32 inci lebih panjang berbanding hanya 18 inci yang digunakan oleh Menteri kabinet.
Untuk makluman, hanya ada lima unit saja edisi limousine ini di Malaysia dan kesemua model ‘Accordana’ ini tidak dijual dan hanya digunakan oleh kakitangan kerajaan.
Ingat, jika anda terserempak dengan model dengan nombor plat PROTON 2020, ia adalah milik Tun Dr. Mahathir.
|