CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4946|Reply: 72

[Tempatan] Berhutang Yuran Tuisyen, Wajah Pelajar Digantung Ditepi Jalan

[Copy link]
Post time 5-10-2015 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Berhutang Yuran Tuisyen, Wajah Pelajar Digantung Ditepi Jalan



Selangor, 5 Okt - Tindakan sebuah pusat tuisyen di Sungai Long, Kajang memaparkan wajah empat murid yang berhutang yuran tuisyen di kain rentang mendapat kritikan ramai, lapor akhbar harian Cina.

Kain rentang itu dipasang di beberapa kawasan di Sungai Long dan CHeras pada petang Jumaat.

Setelah perkara itu tersebar di media sosial, orang ramai mula mengkritik tindakan itu dengan menyifatkan ia seolah-olah seperti perbuatan seorang Ah Long.

Bagaimanapun, operator pusat tuisyen terbabit menafikan memasang kain rentang itu dan berkata dia mengenali dua dari empat murid yang tidak membayar yuran.

Menurutnya juga, pusat tuisyen itu sudah tujuh tahun beroperasi dan sudah meminta ibu bapa murid untuk segera menyelesaikan yuran.

Salah seorang ibu dari empat kanak-kanak tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Ling berkata kepada Guang Ming Daily, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh kawannya.

Ling mengaku dia menghadapi masalah kewangan dan berhutang RM 600 dengan pusat tuisyen terbabit.

Ling turut berkata, walaupun tindakan pusat tuisyen itu melamapu, dia akan tetap menyelesaikan yuran tertunggak dan menuntut permohonan maaf dari pusat tuisyen tersebut.

Mengulas tindakan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Balakang, Eddie Ng menggesa ibu bapa murid-murid yang terlibat supaya segera menghubunginya supaya dia boleh membantu membuat laporan polis.

"Kami akan tuntut permohonan maaf dari pusat tuisyen itu," katanya memetik laporan mStar Online. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:23 PM | Show all posts
kesian kat budak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:25 PM | Show all posts
kesian kat budak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:25 PM | Show all posts
kesian kat budak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ker...kalau letak gmbar mak ayah lagi haru



Ni mesti tak boleh tahan tahap gaban dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:26 PM | Show all posts
yenna pancung yenna sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah hutang bayar la.... Ni pi umrah tak nalik balik pilak...



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:28 PM | Show all posts
wah mcm ah long already
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:29 PM | Show all posts
dah operator pusat tusyen tu ckp dia xpasang bunting tu.. sape plak yg pasang????

Kesian budak2 tu.. x bersalah.. mesti malu kat kengkawan kt skola nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:30 PM | Show all posts
dah butang bayar la...bila kena ctos marah p1 wimax pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:31 PM | Show all posts
nape pihak tuition x halang anak2 dea dtg..kalo dh tahu tuition fee depa x berbyr?

rsnya dh byk kali kot pihak tuition hntr reminder nih..parents wat dek je

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:32 PM | Show all posts
patut kerajaan buat cm ni..yg x byr ptptn kena juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:40 PM | Show all posts
melampaunya...dh serupa along pulak pusat tuisyen tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..mental dorang sure terganggu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:48 PM | Show all posts
Itu baru pusat tuisyen, belum pegang negara lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:53 PM | Show all posts
kesian kat budak2 tu...
makbapak yg ambil mudah...dia org yg dpt malu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:56 PM | Show all posts
haryatie replied at 5-10-2015 12:53 PM
kesian kat budak2 tu...
makbapak yg ambil mudah...dia org yg dpt malu

mak pak anak bodoh je yg anter anak pi tuition..

anak pandai kalu...belajar sekolah je dah cukup boleh dapat no 1..


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat ovesi kalau memandai2 publically tayang or print or post pic anak org tanpa kebenaran makpak...siapla kena tindakan undang2. Masuk jail.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau sudah guna khidmat/servis orang..kemudian kau tak bayar.. Kau ingat ni pusat kebajikan?? Khidmat masyarakat??

Orang yang mengajar tu pun nak cari makan..pusat tuisyen nak bayar sewa..kau lambatkan bayaran..kau bayangkan gaji kau dilambatkan...sanggup?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:15 PM | Show all posts
gigihnya mak bapak.. kalau tak mampu tu, tak yah la hantar tuition dulu..
nanti dah ada duit, hantar la balik..
sementara tu ulangkaji dgn anak-anak kat rumah..
tapi mujur mak budak tu sedar salah sendiri..
kalu kena ummah suci murni, mau dihamputnya balik pusat tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.208861 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list