CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1675|Reply: 5

[Tempatan] Dr Mahathir bangkit dakwaan 'curi duit' sekali lagi

[Copy link]
Post time 6-10-2015 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Tun Dr Mahahtir Mohamad sekali lagi membangkitkan mengenai dakwaan mencuri terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ini nak bagi duit, konon nak bagi sokongan, bila duit tak cukup nak bagi berjuta-juta, apa kita nak buat?
"Curi la, curi duit," kata bekas presiden Umno itu, yang mengundang tepukan gemuruh hadirin.
Satu video ucapan yang disampaikannya di Tawau, Sabah petang ini telah dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle.
Bekas perdana menteri itu yang disiasat polis berhubung kenyataannya berkaitan Najib pada himpunan BERISH 4, dilihat tidak kisah jika beliau ditangkap.
"Kalau kena tangkap, saya nak cakap terang-terang di sini, kena tangkap, tangkaplah, tapi saya nak cakap Najib curi duit," katanya.
Dr Mahathir berkata perkara itu dengan merujuk dakwaan bahawa dana dari 1MDB berjaya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib dan penyokongnya menyifatkan dana RM2.6 bilion adalah sumbangan politik dari sumber Timur Tengah.
Perdana menteri juga menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 08:47 AM | Show all posts
masih menanti jibby saman che det..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 08:53 AM | Show all posts
harkktuih replied at 6-10-2015 08:47 AM
masih menanti jibby saman che det..

mungkin tak sampai hati jibby nak saman che det....
biar ajelah dia berkata-kata....mungkin dia nak mendapat perhatian umum...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 08:54 AM | Show all posts
sian tun det....penat bercakap je pasal najib curi duit..najib pm paling kebal di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 09:03 AM | Show all posts
Sampai bila la atuk ni nak terus menyalak pasal isu ni. Dah berapa lama menyalak najib masih rilek saja. Hari tu dia kata najib akan kena tangkap kalau pergi luar negara tapi rilek saja najib pegi US & Itali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Xknla mesia ni nk jd mcm Iraq, Libya... Dsbbkn pemimpin dijatuhkan huru hara.takut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.107181 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list