CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9639|Reply: 77

Duhai hati yang lara

[Copy link]
Post time 6-10-2015 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum sekalian forumer.
Mintak pendapat semua bagaimana nak pujuk hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.melihat manusia yang dikelilingi kebahagiaan tanpa ada masalah menjadikan hati ini sedih dan cemburu.alangkah bahagianya kehidupan kawan2. mereka bahagia dikurniakan suami yang soleh,berkerjaya bagus,dikurniakan anak2 yang cantik paras rupa dan bijak,mendengar kata dan pandai mengaji.tinggal di rumah besar,bersama2 menghadiri usrah dan rajin ke masjid.si isteri pun berkerjaya dan elok paras rupa dan bijak dalam menguruskan urusan pejabat dan rumahtangga.

Tapi diri ini tiada apa2.berkerjaya namun masih sendirian.tiada rumah dan kereta besar.datang dari keluarga yang berpecah belah.tidak cemerlang dalam pelajaran tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah walaupun sekadar dari IPTS.berbekalkan ijazah itulah saya menjadi seorang wanita berkerjaya.namun apabila melihat kesempurnaan si dia (saya tahu tiada manusia yang sempuna tapi pendek kata si dia ada suami yg soleh,kaya,anak2 yang berjaya yang saya pasti akan menjadi dambaan para ibu di luar sana),saya menjadi cemburu dan sedih melihat kekurangan diri ini.saya tiada perasaan hasad malah turut merasa bahagia atas kebahagiaannya.

Kadang2 saya merasakan saya manusia yang tamak kerana saya terlalu mengimpikan kehidupan seperti si dia.tapi diri ini bukan manusia yang terlalu baik sepertinya untuk memiliki apa yang dimilikinya.

Mohon para forumer sekalian memberi nasihat dan kata2 semangat untuk pujuk hati ini agar terus menghargai kehidupan yang telah Allah kurniakan ini.hati ini sangat sedih dan sayu memikirkan nasib diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa si dia tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Si dia adalah kawan saya.seorang wanita yang bertuah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
life perfect tu diceritakan sendiri oleh mulut kawan ko ke? ke pemerhatian ko?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 08:02 PM | Show all posts
if u rasa u lara, ada orang double lara dari u,
fikir camtu ajelah...
apa nak pening pening tenguk hidup orang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari perhatian saya.kami agak rapat sejak kerja 2 tahun lepas.selalu berkunjung ke rumah dia apabila dia buat makan2 dan jemput ofismate.dia seorang yang low profile dan tidak pernah bercerita pada kami akan kehidupan dia yang membahagiakan itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
larakun replied at 6-10-2015 08:03 PM
Dari perhatian saya.kami agak rapat sejak kerja 2 tahun lepas.selalu berkunjung ke rumah dia apabila ...

kalau dia low profile,mcm mane siap tau rajin ke masjid,usrah dan bijak urus rumahtngga,ank mndengar kata if ko x pernah duk dgn dia 24jm
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmm... ako pon tgh alami skrg ni.
Ap yg ako buat channel kan balik pikiran ko ketempat lain... contoh mcm ako.. fokus nak buat bisnes menjahit. Tgh kumpul maklumat for brg2..

Then, u can atur hidup u. Penuhkan schedule u dgn mcm2 aktiviti.. xkira la aktiviti sorg2 or dgn kawan2. Mcm ako, sekian haribulan nak pi holiday.. then lepas tu nak pi shopping. Sekian ari bulan ingt nak balik kg. Kira ada aje aktiviti..

N routine ko tetiap minggu klu boleh ubah2 la.. join aktiviti bersama strangers. Contoh mcm funrun.. xpon naek beskal pusing2 taman. Hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Awk..jgn la bandingkan diri dgn dia tu..yg awk nmpk mngkin yg baik2 yg bahagia2 je..yg disebaliknya mungkin awk x nmpk..kalo berfikir tntang kehidupan dia boleh buat awk rase down then stop it..terlalu banyak perkara lain yg boleh awk syukuri spt kesihatan awk, cukupnya sifat awk, bekerjaya dan banyak lg..lagi satu jgn bandingkan diri dgn org yg lebih..bandingkan dgn org yg kurang dari kita supaya kite sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah swt..jgn jadi kufur nikmat..xde kereta besar, nak ade kereta besar watpe..awk single kan..kereta kecik pun xpe..x tinggi prbelanjaanya..

Btw before ni sy pun ade buka thread psl lebih kurg cmni la..tp dah delete kisah yg sy post tu..just tinggal nasihat2 forumer je..so apa yg sy tulis kat atas tu kbnyakannya apa yg forumer nasihat sy hehe..and sy doakan smoga awk cepat bertemu jodoh dgn org yg sesuai..tah2 2, 3 bln pasni terjumpa someone dan terus nikah..sape tau kan, kuasa Allah sume tu..good luck !
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bawak2 lah ke madrasah sis oii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2015 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lilliana replied at 7-10-2015 12:06 AM
Awk..jgn la bandingkan diri dgn dia tu..yg awk nmpk mngkin yg baik2 yg bahagia2 je..yg disebaliknya  ...

Saya selalu cakap pada diri sendiri kenapa nak bandingkan diri sendiri dengan dia.saya cukup sifat,ada kerja yg bagus tetapi dia juga cukup sifat dan ada kerja yang bagus.jadi di mana kelebihan saya.apa yang saya ada dia turut ada.tetapi apa yang dia ada tiada pada saya.nampak seolah saya nak compete dengannya tetapi bukan begitu.saya selalu mencari di mana kelebihan saya yang dia tiada.

Terima kasih atas nasihat awak tu.

Boleh saya tahu apa tajuk thread awak dulu.mungkin masih ada dalam board ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:45 AM | Show all posts
Biasa la tu..
Rasa cemburu datang bila ada org yang get ape yang kte xdapat
Tapi jangan la terlalu fikirkan and bandingkan diri dengan orang yang lebih dari kte
tu yang buat kte rasa cemburu, kecewa..

So, just change the way u think
cuba bandingkan dengan org yang kurang dari u
or just dont ever fikir pasal orang lain, just fikir pasal diri u je
time2 cmni la u patut cuba ape yang u pernah cuba
like cari hobi utk isi masa lapang u, go traveling .. something like that..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:56 AM | Show all posts
dalam dunia ni mmg tak de orang yg sempurna/perfect macam ko cakap tu..
mungkin dari mata kasar ko, ko Nampak kawan ko mcm perfect dari segala segi...tapi tu yg ko Nampak..
yg ko tak Nampak????
mustahil hidup dia sempurna sgt...msti ada flaws jugak sana sini...cumanya tak ditunjuk atau cerita kt ko jer...

ko masih single, ada kerjaya sendiri...apa nak susah hati nyer??
ko tau tak, berapa ramai org yg kawin kt luar sana tapi hidup miserable gila...
ada suami n anak2 tapi hidup tak bahagia??

ntah2 kawan ko tu pon ada sikit perasaan jeles tgk life ko yg free n easy tu..means hidup ko relax je tak perlu bergantung pada org lain...ko boleh sesuka hati buat keputusan utk diri sendiri...
nak pegi mana pon tak de org halang..
nak buat apa pon tak de org tegah...

kena pandang org yg lbh susah dari kita, baru kita akan sedar betapa beruntungnya kita...
kalau tgk org lbh dari kita, sampai mati la ko tetap dgn perasaan tak puas hati tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:58 AM | Show all posts
Jangan kufur nikmat
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:19 AM | Show all posts
bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang daripada membandingkan diri kita dengan orang lain..

setuju dengan beberapa forumer lain bahawa apa yang tt nampak dari mata kasar life kawan tu macam perfect, but nobody's perfect, remember that.. pasti ada pincang sana sini, cuma tak semua orang mahu berkongsi masalah dengan orang lain.. dan tak semua masalah mesti dikongsikan..

daripada tt dok meratap hiba berduka lara dengan nasib tt ni, lebih baik tt amik yang positif dari life kawan tt tu dan adapt dengan life tt such as ke madrasah, ke surau, belajar mengaji, tingkatkan ilmu akhirat.. so boleh luangkan masa yang kosong tu daripada terus terusan berfikir tentang nasib diri dan life orang lain..

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
larakun replied at 7-10-2015 08:06 AM
Saya selalu cakap pada diri sendiri kenapa nak bandingkan diri sendiri dengan dia.saya cukup sifat ...

Awk x kn ke mana kalo awk trus bandingkan diri dgn dia..setiap org ada rezeki masing2..xde faedah pn buat perbandingan ni..seksa diri sendiri je..awak ni umur bape eh?

Link bwh tp sy delete ceritanya sbb ramai plak yg share..risau bila org share dan cerita ni smpai kt org yg x spatutnya sbb sy cerita bnda ni agak detail juga hari tu..

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=897098&mobile=2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 10:46 AM | Show all posts
bersyukur je dekk dgn apa yg ko ada.. nnt ko da dpt laki yg elok, anak yg baik, kehidupan indah yg mcm ko impikan, abam pasti akan ada jugak rasa tak ckup pada ko..selagi hidup ko dok compare dgn rezki org lain dpt, selagi tu lah hidup ko akan rasa kurang..dan ko akan terus hidup duka lara, meratap hiba, sendu di pagi deepavali.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur syukur syukur ya Allah
Syukur alhamdulillah.

Positifkan minda @larakun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by larakun at 7-10-2015 06:36 PM

Ada satu persoalan dari saya.Allah Maha Adil.tapi dalam situasi saya ini bagaimana keadilan Allah dinilai.Maaf langsung tidak berniat mempertikaikan keadilan Allah sebab saya yakin Allah sangat adil dalam setiap perkara.Cuma saya sebagai hamba yang lemah kadang2 sukar untuk saya mencari keadilan itu.
Saya ambil contoh pelajar A study bersungguh2 manakala pelajar B bersikap sambil lewa dan malas.akhirnya keputusan si A cemerlang atas usahanya dan si B gagal kerana sikap malasnya.di sini kita nampak yang Allah Maha Adil.

Tetapi dalam kehidupan ini ada manusia yang bahagia dan memiliki segalanya.ada pula yang tidak bernasib baik sebegitu rupa.kenapa tidak Allah anugerahkan segala2nya perkara yang sama kepada sekalian manusia?bukankah itu baru adil?adakah kerana perbezaan ibadat maka ada sesetengah manusia mendapat lebih nikmat?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:12 PM | Show all posts
tiramisuu replied at 6-10-2015 08:22 PM
kalau dia low profile,mcm mane siap tau rajin ke masjid,usrah dan bijak urus rumahtngga,ank mndeng ...

mmm...mcm logik pulak statement ko ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.082266 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list