CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3474|Reply: 1

Bella, Edward bertukar jantina sempena ulang tahun ke-10 Twilight

[Copy link]
Post time 7-10-2015 12:06 PM | Show all posts |Read mode




PADA tarikh 5 Oktober, 10 tahun lalu, penulis Stephanie Meyer menerbitkan novel pertamanya, "Twilight."

Novel yang mencatat jualan lebih 100 juta naskhah itu sehingga ke hari ini kekal sebagai antara novel paling laris di dunia.

Tidak cukup dengan itu, "Twilight" turut diterbitkan dalam versi filem dengan kutipan mencecah ratusan juta dolar.

Di laman sosial, hashtag #twilight10 dan #twilightreimagined menjadi perhatian netizen.

Jika #twilight10 merujuk kepada ulang tahun ke-10 novel berkenaan, #twilightreimagined pula adalah novel dengan plot yang sama namun watak utamanya ditukar jantina.

Dalam novel dengan judul "Life and Death: Twilight Reimagined" itu, Bella Swan bertukar watak menjadi seorang lelaki bernama Beau, manakala Edward Cullen pula menjadi watak gadis bernama Edythe.






Meyer menegaskan tujuan utama dia berbuat demikian adalah untuk membuktikan kepada pengkritik bahawa Bella bukanlah watak 'damsel in distress' atau gadis dilanda masalah yang perlu diselamatkan heronya.

Sebaliknya, Bella hanya manusia biasa yang berdepan situasi sukar dan memerlukan pertolongan untuk keluar daripada kesukaran itu.
"Twilight Reimagined" sudah berada di pasaran bermula semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 09:33 AM | Show all posts
bangsat apakah ini.rugi one minute of my life baca benda sampah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055374 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list