CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3196|Reply: 9

Victoria Beckham Jawab Gosip Rumah Tangga Goyah

[Copy link]
Post time 8-10-2015 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Victoria Beckham Jawab Gosip Rumah Tangga Goyah
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 12:31 AM
[size=0.75em]Victoria bersama suami dan anak-anaknya.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

BEKAS anggota Spice Girls iaitu Victoria Beckham menafikan hubungannya dengan suami David Beckham sedang berantakan dan bakal berakhir dengan perpisahan seperti dikhabarkan media sejak kebelakangan ini.

Victoria berkata, biarpun mengakui kesibukan kerjaya mengurangkan masa mereka bersama, namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
[size=0.98em]"Saya dan David tidak perlu membuktikan apa-apa pun tentang hubungan kami, apa yang pentiang kami saling mencintai dan mengambil berat antara satu sama lain.

"Hubungan kami sangat baik sebagai pasangan suami isteri dan orang tua kepada anak-anak kami," katanya kepada Grazia.

Tambah Victoria, dia sama sekali tidak pernah mengambil peduli dengan khabar angin buruk tentang hubungan mereka.

"Saya tidak pernah mengambil tahu tentang gosip kehidupan peribadi saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami dan anak yang cantik, sihat dan bahagia," ujarnya.

Victoria dan David Beckham berkahwin pada Julai 1994. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 12:26 PM | Show all posts
keluarga bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:50 AM | Show all posts
hipokrit je bintang hollywood nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Almost perfect family..siapa follow family dorg punya ig mmg nmpk family yg happy
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:20 PM | Show all posts
Saya memang follow IG David dan Vic
David ni memang tidak malu malu puji isteri dia
Baru baru ini, David balik main di Old TRafford untuk charity event
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Julai 1994,??? Really? Masa tu spice girls pun x wujud lg. Hingus becham pun x kering lg...baha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 11:20 PM | Show all posts
kalau berpisah aku frust la. aku suka pasangan nk dgn anak2 depa. sgt loving dan rapat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 07:30 AM | Show all posts
diorg kawen julai 1994?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 03:41 PM | Show all posts
anak beliau Romeo sgt encem ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:42 PM | Show all posts
They got married in 1999 lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.928376 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list