CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kagiru

Kisah Misteri Nukilan Kagiru

[Copy link]
Post time 13-10-2015 03:08 PM | Show all posts
Jagendas replied at 9-10-2015 05:13 PM
berani abg hang kagiru ..
kalau aku .. tercirit time tu jugak

Jagen,

walaupun gi waktu siang hari, contoh hari sabtu ke...ahad ke, nak buat grup discussion ngan kengkawan
org pun tak ada, mmg seram beb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 03:27 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 13-10-2015 03:08 PM
Jagen,

walaupun gi waktu siang hari, contoh hari sabtu ke...ahad ke, nak buat grup discussion n ...

mmg la part ngeri bile nk exam
ade kelas tambahan
sunyi gile kawasan sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 04:26 PM | Show all posts
kagiru replied at 11-10-2015 02:02 AM
Kisah ke-6

Kuaters Kerajaan di Pulau Pinang

aku duk apartment
bunyi2 sama je kat umah aku
rungsing jugak kekadang
sb tak kira masa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 07:52 AM | Show all posts
wannoorazlina replied at 13-10-2015 09:59 AM
uihhh..hang org mana ni?sate tu pon favorite aku.
sate mutiara ka apa namanya..
sedappp wooo..ku ...

asai org sana jgak..dulu sate tu the best....kuah dia is the best....tp skrng ni anak dia take over, umphhh dia kureng skit....tp much more better dari tmpt lain..huahuahua...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 07:55 AM | Show all posts
Kagiru, selit selit la cita pasai Mengkuang Dam....xsabaq nk dgr ni...tgk dlm forum ni xda lg cita pasai mengkuang dam tu...hahaha....

#awatdokkalutsangat....hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 02:43 PM | Show all posts
Song_Jihyo replied at 13-10-2015 09:52 AM
Perghhhhh!!! Alor staq ke kulim. Gila ahhh.. Aku dlu dr selama perak - kulim pon pth piggang. Lastny ...

Song_Jihyo...saya kerja di Infineon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2015 02:45 PM | Show all posts
Kepada rerakan formumers...maaf sebab lambat post cerita baru...saya dapat tugasan baru dan terpaksa fly ke KL baru semalam balik...in shaa allah saya akan update harini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 03:49 PM | Show all posts
Kisah Misteri Pejabat saya...


Saya pernah bekerja disebuah syarikat disekitar bandar Alor Setar, saya di tempatkan di tingkat 9 dan bangunan ini mempunyai 10 tingkat. Terdapat banyak kisah seram selama saya bekerja disini samada yang terjadi pada saya sendiri ataupun kepada rakan sekerja yang lain.


Disini akan saya ceritakan mengenai satu kisah yang terjadi kepada rakan sekerja saya yang saya namakan sebagai kak Ani. Pada suatu hari kak Ani mendapat tugasan penting dari bos ketika menghampiri waktu pulang. Oleh kereana tugasan tersebut perlu disiapkan pada hari itu juga kak Ani terpaksa 'Stay Back" dan menyiapkannya.


Rakan sekerja lain sudah mulai pulang seorang demi seorang , dari suasana yang riuh-rendah sehinggalah sunyi sepi. Di pejabat kami ini adalah tidak digalakan untuk bekerja seorang diri melebihi pukul 9 malam kerana telah banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Kak Ani sedar tentang pekara tersebut namun tiada apa yang dapat dilakukannya selain daripada menyiapkan tugasan secepat mungkin. Amri adalah rakan setugas yang terakhir pulang , sebelum pulang Amri sempat berpesan kedapa kak Ani agar tidak pulang terlalu lambat kerana hanya kak Ani sahaja yang tinggal.



Amri: 'KAk Ani , takpa ka tinggal sorang nih? saya dah nak balik'
Kak Ani:'Tak pa ,Amri balik la dulu...kak ani ada sikit lagi kerja nak buat ni lagipun bois mintak emailkan kat dia malam ni jugak.
Amri:'Ok la kalau macam tu, tapi kalau ada apa-apa kak ani call guard kat bawah tau'
Kak Ani:'Ok Amri, terima kasih'


Amri pun pulang dan tinggallah kak Ani keseorang di pejabat di tingkat 9. Pada ketika itu jam menunjukan tepat pukul 9 malam. Kak Ani terus bertungkus lumus menyelesaikan kerja yang masih berbaki. Sedang Kedengaran orang bercakap dan menaip di sebelah Wing A. Untuk pengetahuan para forumers , pejabat ini mempunyai 2 bahagian yang dipanggil wing A dan B. Kak Ani berada di Wing B, dan bunyi auto door yang senantiasa terbuka dan tutup (ini kerana setaip kali terbuka dan tutup pintu tersebut akan berbunyi menandakan ada orang yang melalui pintu tersebut)



Kak Ani sedikit terganggu kerana dia tahu yang hanya dia sahaja yang masih ada dipejabat, tapi demi menenangkan hati sendiri kak ani bersangka baik bahawa mesti ada rakan yang datang mengambil barang yang tertinggal atau guard yang datang meronda. Tepat pukul 11 malam kak ani akhirnya berjaya menyiapkan tugasan tersebut dan bersiap untuk pulang. Selepas 'Punch card' kak ani beredar ke lif sampai di lif kak ani melihat yang ada seorang guard disana yang dikenali sebagai pak salleh.



Kak Ani:'Pak salleh meronda ka? '
Pak Salleh:' YA ani tengah meronda dan tutup lampu macam biasalah' (Jawap Pak salleh sambil tersenyum)
Kak Ani : 'Ok jugak tu, ada jugak peneman nak turun kebawah ni ...Ani takut jugak sesorang kak atas nih'



Mereka berdua pun menaiki lif bersama-sama



Pak Salleh:'Ani tolong tekan tingkat 5 , pak salleh nak pi tutup lampu kat aras tu'
Kak Ani:'Ok, pak salleh tak takut ka pi tutup lampu ngan meronda sesorang nih?'
Pak Salleh:' Tak pa Ani , lagipun ni tempat pak salleh ...dan biasa ..'



Kak ani hanya tersenyum dengan jawapan dari Pak salleh tersebut.Sampai sahaja di Tingkat 5 , pintu lif terbuka dan keadaan sungguh gelap.



KAk Ani:'Semua lampu dah tutup ni pak salleh, nak tutup apa lagi?'
Pak Salleh:' Tak pa ani, pak salleh nak pi meronda'

Jawap Pak Salleh sambil tersenyum dan terus hilang dalam gelap aras 5 tersebut. KAk ani cepat - cepat menekan button tutup pintu lif. Kak Ani masih cuba berfikiran positif. Sampai saja di aras lobby kak ani pun keluar dan kelihatan ada 3 orang guard disana.



Kak Ani:' Abang Abu tak meronda ka? kesian pak salleh meronda sesorang dalam gelap tadi kat tingkat 5'
Abang Abu:' KAmi dah meronda tadi Ani, Pak salleh??? dia mana kerja harini dia cuti. Kan kami bertiga ada disini semua.



Untuk pengetahuan semua, Setiap kali shif malam hanya 3 orang guard sahaja berkerja dan pada malam itu Pak salleh tidak bekerja. Kak ani sungguh terkejut ketika Abang Abu memberitahu sedemikian.




Kak Ani:'TApi tadi saya nampak dan naik lif sekali dengan pak salleh? dia turun ketingkat 5 nak meronda dan tutup lampu katanya'
Abang Abu:' Sudahlah Ani, pi balik dah lewat ni.Tak payah pikiaq berat sangat....saja dia nak tegoq dan ganggu kita..tak pa lah kalau dia tak tunjuk yang buruk' Tapi pak salleh memang tak kerja maloam ni.
Kak Ani: ' Kalau macam tu ani balik dululah abg abu'
Abang Abu:' Ok Ani elok memandu nanti, tapi sebelum tu abang nak tanya sikit'
Kak Ani:' Ada apa abang abu?'
Abang Abu:' Ani tak pi tengok ka bini amri harini? depa dapat baby baru...Amri telefon bgtau petang tadi ...dia pun half day harini.



Sebaik saja Abang Abu memberitahu tentang Amri yang bekerja separuh hari pada hari itu kak ani terus lemah dan pengsan disitu jugak. Ketika dikejutkan dia memberitahu kepada gurad yang selain pak salleh dia juga berjumpa dengan Amri pada malam itu. Sedangkan kedua-dua mereka tidak ada ...... 3 hari selepas itu Hr department memanggil seorang ustaz dan membuat bacaan Yaasin di pejabat kami..Sehingga sekarang Kak Ani, Pak Salleh dan Amri masih bekerja disana dan ketika diberitahu kisah tersebut mereka juga amat terperanjat sebab mereka menjadi watak yang tidak sepatutnya pada malam itu.



Sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh.... seram...
Siap menyembang lg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 04:14 PM | Show all posts
peeerghhhhhhhhhhhhhh....sila sambung ye tt...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 04:51 PM | Show all posts
kagiru replied at 14-10-2015 03:49 PM
Kisah Misteri Pejabat saya...

cepat2 sambung tty...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 11:19 PM | Show all posts
Kg kt bkt tgh tu kampung apa...kt kebun sireh tu ka..jln sini bkt minyak, bkt tgh, juru, otoct suma tu memg lalu hari2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 12:54 AM | Show all posts
alieyrina replied at 14-10-2015 11:19 PM
Kg kt bkt tgh tu kampung apa...kt kebun sireh tu ka..jln sini bkt minyak, bkt tgh, juru, otoct suma  ...

alieyrina....maafkan saya...sebab saya tak boleh nak bgtau nama kampung tersebut kerana kg tu tepi jalan utama (signboard pun besaq) dan kampung tu pun tak lah besaq sangat...so kalau bgtau takut memberi kesan buruk kepada tuan rumah...maaf sekali lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 01:17 AM | Show all posts
thoyol replied at 12-10-2015 10:57 AM
Apa yang adika kena ni hampir sama dgn apa yang aku nampak. Cuma bezanya aku kena dekat Empangan P ...

thoyol...terima kasih thoyol sebab sudi berkongsi cerita kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:23 AM | Show all posts
Seram cerita TT. Kuat semangat TT ye, ada 'penumpang' pun boleh drive lagi.

Betul jugak kata forumer lain, waktu sebelum Subuh ni waktu diorang aktif tonjolkan diri. Masa sy kena dulu pun bebrapa minit sebelum azan Subuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 01:24 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 13-10-2015 12:58 PM
mmg dah tak ada jalan lain lagi ke?

iznanaziz....ada jalan lain...kalau tak mau pi kot Bertam pun boleh...terus ja ke Tol Sg Dua...teruih pi masuk Highway BKE...Tapi jauh sikit dan tol kena bayaq lebih...saya masa tu baru lepaih kawain dan mak pun dok sakit...so kena berjimat .......lagipun masa tu wife dah berhenti kerja sebab balik kampung...satu lagi jalan ikut Tol Sg Petani selatan...pi kot Taman Sejati...orang yang kerja kat kulim dari sg petani mesti ikut jalan ni...tapi lagi teruk angkernya...tak sanggup saya nak mengadap....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2015 02:06 AM | Show all posts
Kesinambungan Misteri Pejabat


Rentetan dari kisah kak Ani ,pihak HR telah mengambil inisiatif dengan memangil Ustaz dari sebuah sekolah agama terkenal di Bandar Alor Setar untuk memulihkan keadaan dan mengadakan bacaan Yaasin. Selama 2 minggu tiada apa yang berlaku, suasana agak ceria dan Kak Ani telah kembali berkerja seperti biasa setelah diberikan cuti oleh pihak syarikat.


Sedang kami asyik bekerja tiba-tiba kedengaran suara menjerit dan bunyi bising rakan sekerja di ruang lobby tingkat 9. Saya dan rakan-rakan bergegas ke toilet perempuan kelihatan beberapa rakan sedang mengepung Aminah yang seaakan-akan dirasuk dan cuba melarikan diri dari kepungan tersebut.


Aminah:' Arrrgghhhhhh....hampa semua tepi... pi balik!!!!!! aku tak suka hamapa semua buat riuh disni!!!!!
Anuar:' Kepung dia jangan bagi lari ...takut satgi dia pi terjun kot tingkap nuuuu'


Semua rakan lelaki mengepung Aminah dan pada ketika yang sama cuba untuk menenangkan Aminah...tapi kudratnya bagaikan 4 orang lelaki...setiap kali kami cuba memegang tangannya dengan pantas dia menepis...Azan dilaungkan dan bacaan ayat -ayat suci Al-quran juga dibaca barulah Aminah sedikit lemah...kedengaran tangisan dari beberapa rakan perempuan yang mungkin terkejut dan trauma dengan kejadian tersebut.


KAmi mengarahkan kepada rakan sekerja perempuan yang lain agar ke aras lain agar tiada lagi yang akan kerasukan.Ustaz dipanggil semula kali ini beliau datang bersama beberapa orang rakan yang lain setelah diberitahu akan keadaan semasa. Sesampai shaja ustaz kearas 9....Aminah tiba-tiba sahaja tersedar dari pengsan@tidur(saya tak dapat nak mengklasifikasikan keadaan sebenar Aminah ketika itu) mata yang terbeliak dan merah....sambil tangan menunjuk kearah ustaz tersebut.



Aminah: ' Berani hang mai lagi noh????? (sambil tersengih) Aku memang dok tunggu hang pun...hahahahaha'



Ustaz hanya tersenyum sambil mulut terkumat - kamit membaca sesuatu, saya dan rakan sekerja mula berundur kebelakang.Tak sanggup lagi kami nak berhadapan dengan Aminah dalam keadaan sedemikian.Ustaz terus mengarahkan agar rakan -rakan beliau berada di sekeliling aminah dan teruskan membaca ayat-ayat suci al-Quran.Aminah sekejap menjerit...sekejap ketawa...


Ustaz:' Dari mana asal hang? Pasai pa hang mai kacau dia?
Aminah:' Disini asal aku...disini rumah aku...apa yang ada disini semuanya kepunyaan aku...'
Ustaz:' Sapa yang ada kat sini semua saya mintak turun ke aras lain ...saya mintak kerjasama semua'


Ustaz memberi arahan agar kami semua turun kearas lain agar proses pengubatan lebih lancar...hanya beberapa orang dari jabatan HR sahaja yang boleh terus berada disana. Sedang kami menuju ke lif..Pak salleh dan Abang man security keluar dari lif dan memberitahu yang mereka nampak Aminah di beberapa lokasi di aras lain menerusi camera litar tertutup. Mereka ingat yang aminah telah melarikan diri. Mereka agak terkejut kerana Aminah masih ditingkat 9. Ustaz diberitahu tentang kejadian tersebut.


UStaz mengarahkan kami tutun dan berpesan kepada security agar teruskan sahaj kerja seperti biasa jikalau masih ternampak kelibat aminah dilokasi lain abaikan sahaja kecuali diberitahu oleh mereka. Untuk pengetahuan semua rakan forumers..kejadian ini berlaku pada sekitar pukul 11 pagi. Kelangsungan proses pengubatan tidak kami ketahui cuma selepas 2 jam Aminah diambil oleh suaminya dan dibawa pulang. Ustaz meneruskan proses memagar dan renjisan air Yaasin di sekitar aras pejabat. Cuma saya masih ingat lagi pesanan ustaz keapada kami...kuatkan iman,tawakal kepada Allah swt, senantiasa ingat padaNya in shaa allah selamat dari segalanya. Kalau masih lagi ternampak kelibat yang tidak sepatutnya cuba elakan dari menegur atau berbuat apa-apa cuba abaikan.


Ustaz juga mengatakan bahawa makhluk yang merasuk Aminah masih berkeliaran, mereka akan cuba sedaya upaya untk menghalaunya dari pejabat kami tapi hanya masa yang menentukan. Sejak dari itu 2 kali sebulan pihak syarikat akan mengadakan bacaan Yaasin. Tapi kelibat tersebut masih lagi ada berdasarkan dari cerita dari rakan pejabat dan security. Saya juga dimaklumkan bahawa telah berhenti kerja 3 bulan lalu oleh rakan-rakan yang masih berkerja disana.



Sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 02:09 AM | Show all posts
amirezu replied at 15-10-2015 01:23 AM
Seram cerita TT. Kuat semangat TT ye, ada 'penumpang' pun boleh drive lagi.

Betul jugak kata foru ...

amirezu....apa lagi daya saya pada ketika itu...RNR Gurn pun dah lepas...mana ada lagi tempat nak berhenti...kiri kana jalan kelapa sawit dan hutan...apa pilihan yang saya ada? kecuali teruskan memandu....sedangkan hakikatnya saya habis takut dan kecut perut masa tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 02:13 AM | Show all posts
kagiru replied at 15-10-2015 02:06 AM
Kesinambungan Misteri Pejabat

Maafkan saya...ada sedikit pembetulan ....


Saya juga dimaklumkan bahawa Aminah telah berhenti kerja 3 bulan lalu oleh rakan-rakan yang masih berkerja disana.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 10:50 AM | Show all posts
selepas kejadian tu, Aminah sedar tak?
mungkin Aminah trauma, tu la dia resign
semoga pejabat tu pulih sepenuhnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068556 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list