CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1638|Reply: 3

Amerika Tidak Berminat Tangkap Dan Siasat Najib

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Amerika Tidak Berminat Tangkap Dan Siasat Najib
Desas desus mengatakan bahawa pihak keselamatan Amerika Syarikat terutamanya Federal Bereau Investigation (FBI) akan menyoal siasat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak jelas tidak berasas sama sekali.
Perkara ini hangat diperkatakan berikutan tindakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang dilaporkan bakal bertemu dengan wakil dari FBI di New York sebelum beliau ditangkap dan disiasat dibawah Seksyen 124L dan 124N Kanun keseksaan.
Dalam hal ini pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Perdana Menteri tidak ditangkap atau di soal siasat oleh FBI memandangkan Perdana Menteri kini berada di New York sempenan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di sana.
Mengulas tentang hal ini, jurucakap FBI mengesahkan mereka tiada sebab untuk menyoal siasat Perdana Menteri berhubung tuduhan salah laku 1MDB dan kononnya terdapat penyelewengan dana yang dilakukan Perdana Menteri di Malaysia.
Menurut jurucakap ini, FBI tiada kuasa untuk menyoal siasat seorang pemimpin sesebuah negara hanya berlandaskan laporan akhbar dan hanya sekadar tuduhan tanpa disertakan dengan bukti jelas.
Tambahan pula, FBI beranggapan, semua tuduhan yang dilemparkan keatas Datuk Seri Mohd Najib bersandarkan cubaan musuh politik untuk melemahkan kedudukan beliau. FBI juga menyifatkan, urusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia yang membuktikan tiada salah laku yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib sudah cukup untuk membuktikan beliau bersih dari sebarang tuduhan.
Jelas disini, pihak berkuasa luar negara seperti FBI juga memperakui ketelusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia. Agak membingungkan bagaimana rakyat Malaysia sendiri mempertikaikan ketelusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan dan tuduhan liar yang dilemparkan kepada Datuk Seri Mohd Najib.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 09:29 PM | Show all posts
Amerika x minat kisah najib...kita pulak berusaha nk buang najib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 11:50 AM | Show all posts
NAK TAHU JUGA..SEBAB APA NAK BUANG NAJIB?WALHAL KAMU YANG PILIH DIA?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:02 AM | Show all posts
belum masanya kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.072157 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list