CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 0

Orang Melayu Di Dalam Dap Hanya Sekadar Menjadi Burung Kakak Tua

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Orang Melayu Di Dalam Dap Hanya Sekadar Menjadi Burung Kakak TuaOleh : Zylan Mohamad
KUALA LUMPUR, 28 Sept – Dap  sering mendabik dada kononnya parti mereka disertai oleh pelbagai kaum, tetapi hakikatnya majoriti dikuasai oleh satu kaum sahaja baik dari segi keahlian mahupun yang telah terbukti di dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat, yang langsung tiada mencerminkan keseimbangan kaum.
Dalam 30 orang ahli jawatankuasa pusat, hanya ada dua orang berbangsa Melayu, itupun seorang yang hanya ‘bernamakan Melayu’ dan empat daripada kaum India sahaja.
Demi undi orang Melayu, mereka telah menonjolkan beberapa orang dari golongan muda hinggalah ke dewasa dengan mempergunakan mereka untuk mempengaruhi minda rakyat, walhal hakikatnya orang Melayu di dalam parti tersebut dipergunakan sahaja bagi merealisasikan pendirian parti itu.
Menurut seorang pemerhati politik, Ustaz Khairi Jalalluddin, rakyat tidak perlu melihat lebih jauh, lihat sahaja bekas Naib Pengerusi Kebangsaannya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang telah mendedahkan kesilapan besar beliau kerana menyertai Dap, kononnya sebuah parti pelbagai kaum sedangkan hakikatnya jauh tersasar.
“Malahan juga beliau mendedahkan bahawa dirinya dipergunakan, yang hanya dianggap sebagai simbol masyarakat Melayu dan berminat mempergunakannya untuk memancing undi orang Melayu, tetapi secara hakikatnya beliau sendiri tidak pasti apakah peranannya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka.
“Tunku Aziz juga pernah mengatakan sekiranya orang Melayu yang menyertai Dap merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka, itu sebenarnya andaian yang salah kerana sehingga kini, tidak ada bukti kukuh yang mereka telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu,” tegasnya kepada UMNO-Online.
Contoh lain pula yang harus kita dedahkan kepada rakyat mengenai kelicikan Dap mempergunakan orang Melayu sebagaimana bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam Dap, Mohamed Razali Abdul Rahman yang meninggalkan parti itu disebabkan tindakan-tindakan parti itu yang hanya mempergunakan orang Melayu demi kepentingan peribadi politik mereka sahaja bukan untuk menjaga kebajikan seperti apa yang terjadi kepada nasib penjaja-penjaja kecil dan kampung-kampung tradisional di Pulau Pinang”, tambahnya lagi.
“Sebagaimana juga kes calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, mereka menonjolkan wanita muda Melayu yang bernama Diyana Sofya kononnya hendak menunjukkan tiada perkauman di dalam parti mereka. Kesudahannya, calon tersebut menerima kekalahan disebabkan pengundi daripada kaum yang dominan dalam parti itu sendiri yang memboikot dan tidak keluar mengundi, walaupun dahulunya menang dengan majoriti yang besar.
“Ini kerana apa? Kerana parti merekalah sebenarnya yang mengamalkan perkauman yang melampau, ibarat senjata makan tuan,” katanya lagi.
Seterusnya, beliau berpandangan tindakan parti yang bersifat cauvanis itu pasti akan berterusan dan terbaru, mereka mempergunakan pula A.Samad Said untuk merendah-rendahkan seni mempertahankan diri orang Melayu iaitu silat, yang diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri negara.
“Bukankah itu merupakan tindakan mereka yang menjadikan orang Melayu sebagai burung kakak tua, yang hanya menurut kata apa sahaja, seolah-olah hanya ditugaskan membaca skrip yang telah disediakan, bahkan boleh dikatakan sebagai ‘tero
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.237782 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list