CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1288|Reply: 3

Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor?

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor?
Oleh Wan Hafiz Hamzah
KOTA DAMANSARA, 30 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan hari ini mendesak kerajaan PKR Selangor untuk mengumumkan kepada rakyat apakah Selangor masih di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang atau pun di bawah gabungan parti pembangkang yang baru iaitu Pakatan Harapan.

Menurut beliau, ini memandangkan bahawa pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung status kerajaan negeri Pulau Pinang yang digantikan dengan Pakatan Harapan yang menyaksikan Pas tersingkir dari gabungan tersebut dan digantikan dengan Parti Amanah yang merupakan serpihan parti itu.

“Rakyat mahu tahu apakah kerajaan Selangor hari ini masih lagi diperintah di bawah Pakatan Pembangkang atau pun Pakatan Harapan Baru? Dua gabungan ini tidak sama memandangkan pakatan pembangkang adalah gabungan Pas, PKR dan Dap manakala Pakatan Harapan Baru pula menerima Parti Amanah sebagai ganti Pas di dalam gabungann baru tersebut.

“Kita mahu kerajaan Selangor menjelaskan perkara ini kepada rakyat kerana ianya menimbulkan kekeliruan berhubung kedudukan Pas di dalam kerajaan negeri Spakatan retak di selangorelangor memandangkan Pas tidak lagi bersama gabungan Pakatan Harapan yang baru ini.

“Status ini amat penting memandangkan wujudnya kekeliruan di kalangan rakyat Selangor berhubung dengan konflik yang tercetus di kalangan parti pembangkang sehingga menyebabkan mereka akhirnya terpaksa mewujudkan satu gabungan baru dengan penyingkiran Pas dari gabungan tersebut,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor perlu segera membuat pengumuman dan memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut kepada rakyat di negeri ini memandangkan kini PKR dan DAP terlibat dalam dua bentuk kerajaan iaitu Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan di Selangor.

“Sebelum ini, Azmin memberitahu bahawa Pakatan Harapan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor dan ini bermaksud kerajaan Pakatan Rakyat masih wujud. Tetapi bagaimana kerajaan pakatan rakyat masih wujud sedangkan Dap dan PKR telah membuat pengumuman penubuhan Pakatan Harapan Baru yang tidak disertai oleh Pas sebaliknya digantikan oleh Parti Amanah.

“Menjadi persoalan di kalangan rakyat apa peranan Parti Amanah di Selangor dan bagaimana pula kedudukan Pas di dalam kerajaan Selangor apabila Dap mengumumkan pakatan rakyat sudah tidak wujud dan digantikan dengan pakatan harapan baru? Sedangkan Dap, PKR dan Pas memenangi Selangor di bawah nama pakatan rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini agar menilai sendiri sejauh mana sikap profesional yang ada pada diri kepimpinan pembangkang hari ini khususnya di Selangor.

“Kita lihat kepimpinan pembangkang bukanlah satu gabungan yang konsisten dan tidak kukuh. Mereka boleh berpecah bila-bila masa dan bergabung semula pada bila-bila masa. Ketidaktentuan dan ketidaksepakatan mereka ini ternyata telah memberikan impak kepada rakyat di negeri ini apabila mereka lebih mementingkan politik individu dan kepartian mereka berbanding kepentingan rakyat di negeri ini.

“Sebab itu, isu air, isu sampai dan banyak isu lain masih lagi tidak selesai kerana pemimpin mereka lebih sibuk berpolitik sesama sendiri daripada sibuk menjaga kebajikan rakyat di negeri yang mereka perintah,” jelasnya.-MediaUMNO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 01:04 AM | Show all posts
bagilah mereka urus dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:04 AM | Show all posts
nampak mcm bagus ya
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 01:59 AM | Show all posts
dah jadi SARKIS jilake macam BN  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050447 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list