CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 0

Isu DEIG, Dana Air

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Isu DEIG, Dana Air : MB Selangor Jangan Ingat Kunci Mulut Boleh Lepas LariOleh : Azmawati Azmi
KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang , YB Budiman Zohdi menegaskan rakyat Selangor tidak boleh membiarkan Menteri Besar, Azmin Ali terus mengunci mulut dari memberi penjelasan berhubung isu berkaitan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan ke mana perginya wang rakyat sebanyak RM7.6 bilion dana penstrukturan air Selangor.
Jelasnya kedua-dua isu tersebut
melibatkan wang serta asset rakyat di negeri ini yang berjumlah puluhan billion ringgit.
Soal beliau lagi adakah benar Kerajaan Selangor mengamalkan prinsip accountability dantransparency sepertimana pemimpin negeri itu laung-laungkan selama ini?
Ini kerana sehingga ke hari ini tambah beliau, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilihat terus berdolak dalih dalam memberikan penjelasan terperinci berhubung kontroversi (DEIG) dan dana penstrukturan air di negeri berkenaan.
“Jadi rakyat nak tahu kalaulah prinsiptransparency dan accountability itu menjadi laungan mereka kenapa perkara-perkara ini berlaku di Selangor.
“Sebagai contohnya dalam isu DEIG sehingga ke hari ini, Menteri Besar Selangor masih tidak menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.
“Kenapa dia tak jawab, sebab itu rakyat perlu tahu kerana ini melibatkan asset negeri Selangor”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya mengingatkan Azmin Ali bahawa tindakan berdolak dalih dan mengunci mulut berhubung dua isu berkenaan tidak bermakna dia boleh melepaskan diri begitu sahaja.
“Ini bukan masalah RM1 atau 50 tetapi membabitkan ribuan juta duit rakyat.
“Maka itu yang menjadi perkara pokok mengapa rakyat perlu tahu mengenai isu ini kerana ia melibatatkan asset rakyat dan jumlahnya adalah sangat besar”, ujarnya.. -MediaUMNO

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060723 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list