CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 4

Ancaman Terhadap Khutbah Bukti Dap.....

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Ancaman Terhadap Khutbah Bukti Dap Gemar Main Sentimen KeagamaanOleh: Azlina Rosdy
TEMERLOH, 29 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ancaman Dap yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri Pahang secara tidak langsung menunjukkan penentangan terbuka Dap terhadap Islam dan sentiasa cuba memainkan sentimen keagamaan pada setiap masa.
Baru-baru ini Dap Pahang memberi tempoh selama lima hari terhadap Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) untuk memohon maaf berhubung teks khutbah Aidiladha yang kononnya didakwa menuduh Dap sebagai menentang Islam.
Menurut Syed Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kerdau, ahli Dap Melayu yang terganggu dengan intipati khutbah itu seharusnya menunjukkan hujah bahawa tuduhan dan sindiran terhadap mereka itu tidak benar dengan kaedah yang lebih berdiplomasi.
“Meragui kredibiliti alim ulama dan cendekiawan Islam yang menggubal teks khutbah tersebut adalah seperti juga mempunyai kefahaman terhadap agama yang lemah. Saya berharap semua pihak tidak kira dari kalangan penyokong kerajaan ataupun pembangkang untuk sama-sama melihat intipati khutbah Aidiladha tersebut dengan perkspektif yang membina.
“Khutbah adalah sebuah nasihat, maka tindakan untuk muhasabah diri amat perlu sesuai dengan seruan dari Allah dan Rasululllah supaya umat Islam bersatupadu. Ketepikanlah pendirian politik dalam usaha membulatkan benteng ummah dan Islam itu sendiri.
“Tapi jika Dap mahu mengambil tindakan tiada siapa boleh menahan. Negara kita mengamalkan keterbukaan dan kebebasan suara berteraskan demokrasi,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau, sekiranya teks khutbah itu diteliti, ia sebenarnya merangkumi semua pihak dan tidak hanya menjurus kepada Dap.
Jelasnya lagi, penggubalan teks yang agak politikal itu berkait rapat dengan kebimbangan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dan Institusi Mimbar di atas pergeseran dan jurang perpisahan yang semakin ketara di kalangan umat Islam.
“Nasihat melalui khutbah yang bernada agresif dan keras kali ini memberi tanda bahawa Institusi Mimbar tidak lemah dan tidak goyah dalam menyatakan kebenaran.
“Saya berharap semua masjid seluruh Pahang akan terus kekal dan tetap menggunakan teks khutbah yang disediakan dan tidak sama sekali mengambil kesempatan dengan memanipulasi demi kepentingan politik kepartian di atas pentas mimbar,” katanya lagi. – MediaUMNO

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 08:57 PM | Show all posts
khutbah  pon bawa ke mahkamah sekarang..
akhir zaman..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 09:21 PM | Show all posts
khutbah  pon bawa ke mahkamah sekarang..
akhir zaman..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 08:40 AM | Show all posts



tapiapa isi teks khutbah tu  ??

dengaq ada sampai sebut nama parti semua .
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:26 PM | Show all posts
Bila agama terlibat dalam politik,
terjadilah Negara IS,
dan rakyat pun diperbodohkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057260 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list