CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 0

Usah Ghairah Campuri Urusan Agama

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Dap Patut Segera Belajar Usah Ghairah Campuri Urusan Agama – SharkarOleh: Azlina Rosdy
TEMERLOH, 30 Sept –Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin menasihatkan Dap agar jangan terlalu ghairah mencampuri urusan agama Islam dan segera belajar menghormati agama orang lain.
Ujarnya, tindakan Dap yang mempertikaikan kandungan teks khutbah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) adalah satu tindakan tidak realistik dan berbaur politik kebencian.
“Bagi saya mudah… jika melayu Dap faham dan mengkaji teks tersebut, sudah pasti pertikaian ini tidak akan timbul kerana mereka Melayu Islam dan sudah pasti faham hukum Allah.
“Tetapi masalahnya sekarang, mereka yang mempertikaikan khutbah ini menjurus kepada kepentingan politik sehingga membelakangkan agama.
“Kandungan teks tersebut bagi saya langsung tidak berbaur fitnah sebaliknya merupakan nasihat kepada semua umat Islam dengan memberi contoh apa yang terjadi masa kini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Sharkar yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dap harus faham struktur pentadbiran Majlis Agama Islam di negeri yang ber Raja. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan semua perkara hanya untuk mencapai kepentingan peribadi di dalam politik.
“Dap kena nilai kembali diri mereka sendiri. Apabila mereka menghadkan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di Pulau Pinang, kita tidak masuk campur pun sebab itu keputusan negeri pentadbiran mereka.
“Jadi, bila urusan di negeri kita apatah lagi berkaitan dengan agama, mereka jangan masuk campur,” katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan Dap agar menghayati semula teks khutbah tersebut yang antaranya menyebut: ‘Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara.
“Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti UMNO, Pas, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.’
“Teks ini menggambarkan umat Islam masa kini berpecah kerana ideologi politik yang berbeza. Ini satu kenyataan dan bukan fitnah. Di mana fitnahnya… Memang benar parti Dap menentang Islam kerana itu mereka sekeras-kerasnya menentang hudud. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya,” sindir Sharkar. – MediaUMNO

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060497 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list