CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 0

“Kasih Sayang” Dan “Cinta” PKR Kepada Pas Hanya Untuk Tiga Tahun

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:22 PM | Show all posts |Read mode
“Kasih Sayang” Dan “Cinta” PKR Kepada Pas Hanya Untuk Tiga TahunOleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR, 28 Sept – ‘Kasih sayang’ dan ‘cinta’ PKR terhadap Pas dilihat hanya sekadar untuk tiga tahun akan datang sahaja kerana dengan hubungan berkenaan parti terbabit akan terus mengekalkan ‘status-quo’ sebagai Menteri Besar di negeri Selangor, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.
Justeru katanya tidak pelik parti tersebut akan terus bekerjasama dengan rakan sekutunya itu walaupun hari ini PKR bermain ‘kayu tiga’ dengan membentuk kerjasama baru menerusi gabungan Pakatan Harapan bersama Dap dan parti baru Amanah pimpinan Mohamad Sabu.
Menurut beliau untuk tiga tahun yang akan datang ini, Pas akan ditatang bagai minyak yang penuh oleh PKR dan sama sekali tidak akan melukakan hati rakannya itu walaupun Pas menolak dengan tegas untuk tidak berada di dalam gabungan pakatan baru.
“Itulah yang kita nampak… walaupun jauh di Selangor namun dari segi permainan politik kita boleh nampak. Apatah lagi rakyat di luar sana yang cukup bijak melihat permainan licik PKR dalam soal berkenaan. Rasanya penyokong akar umbi Pas pun sedar dan tahu senario yang berlaku itu.
“Dalam tempoh terdekat ini Pas tidak akan rasa apa-apa dengan perkembangan yang berlaku itu. Tunggulah selepas pilihan raya umum akan datang dan di situlah Pas boleh nampak realiti sebenar.
“Hari ini PKR khususnya amat bergantung harap dengan Pas di Selangor. Di negeri lain rasanya mereka tidak ambil kisah sangat. Namun di Selangor peranan Pas cukup besar dan rasanya itulah yang menyebabkan PKR tidak berani untuk ‘jentik‘ Pas walaupun parti terbabit menolak untuk berada di dalam gabungan pakat
an haraoan,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Azahar yang juga Ketua UMNO bahagian Labis seterusnya berkata pimpinan Pas perlu sedar dan tahu ‘harga‘ mereka yang cukup mahal bagi PKR.
Katanya inilah masa dan peluang terbaik untuk Pas melakukan sesuatu agar mereka tidak terus dipandang rendah oleh bekas rakan sekutunya yang lain yang sebelum ini seolah-olah melihat Pas dengan sebelah mata.
“Untuk tempoh tiga tahun ini adalah masa terbaik buat Pas untuk meletakkan parti mereka di tempat yang sepatutnya dan bukan sekadar menjadi parti ikutan. Inilah masanya dan selepas pilihan raya umum akan datang belum tahu lagi nasib yang menimpa.
“Berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini tidak mustahil Pas akan terus mengulangi episod lama jika masih dengan gaya yang tidak berubah,“ ujarnya. -MediaUMNO

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.087754 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list