CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1218|Reply: 1

Bocor Maklumat

[Copy link]
Post time 8-10-2015 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 16-10-2015 11:58 AM

Bocor Maklumat : Kerajaan Dap P.Pinang “Melenting” Bila Kena Batang Hidung SendiriOleh : Wan Hafiz Hamzah
BUKIT MERTAJAM, 2 Okt – Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kerajaan Dap tidak perlu melenting dan marah-marah dengan isu kebocoran maklumat berhubung larangan dan tegahan bacaan Al Quran di masjid Pulau Pinang menggunakan penguat suara sebelum azan, kerana selama ini mereka juga sering kali mengambil kesempatan di atas kebocoran maklumat untuk menghentam kerajaan.
Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, kerajaan Dap, khususnya Exco Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim, tidak perlu tuduh menuduh siapa yang membocorkan maklumat tersebut ke khalayak umum.
“Kalau kita tengok sebelum ini, Pembangkang terutamanya Dap selalu gunakan maklumat-maklumat bocor untuk menyerang kerajaan. Adakalanya mereka memanipulasikan maklumat tersebut sehingga memberikan imej negatif terhadap kerajaan.
“Isu 1MDB dan isu 2.6 bilion yang pembangkang mainkan,  semua isu yang digunakan oleh pembangkang berdasarkan kebocoran maklumat yang sebenarnya tidak betul. Pembangkang tidak lihat kepada kebenaran, namun sejauh mana maklumat itu memberikan imej negatif pada kerajaan, mereka tetap sebarkan tanpa melihat langusng kepada kebenarannya.
“Jadi pasal apa mereka nak melenting dengan kebocoran maklumat yang berlaku dalam kerajaan Pulau Pinang berhubung isu bacaan Al Quran ini? Apa yang selalu mereka lakukan pada kerajaan selama ini, hari ini terjadi pada mereka sendiri,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Apa yang penting dalam isu ini kata Musa lagi, rakyat khususnya umat Islam di negara ini ingin tahu sejauh mana kebenaran surat tersebut dan bukannya siapa yang membocorkannya.
“Hari ini, kerajaan Dap, terutama exco hal ehwal Islam kerajaan Pulau Pinang mesti perjelaskan apakah benar kandungan surat tersebut. Kalau betul mengapa mereka nak takut-takut atau nak buat penafian  kononnya masih di peringkat perbincangan. Rakyat mesti diperjelaskan tentang hal ini.
“Mengapa takut nak berterus terang dalam hal ini jika perkara itu betul. Saya yakin, rakyat di negeri ini nak tahu tentang perkara yang sebenar. Kita minta agar isu agama seperti ini jangan dijadikan polemik politik kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dan salah faham yang boleh membawa kepada ketegangan antara kaum dan agama di negeri ini,” ujarnya.-MediaUMNO

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 01:27 PM | Show all posts
Umno suka cerita pasal perempuan bocor bulan2 juga.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.111436 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list