CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10081|Reply: 8

Perempuan seksi hanya pandang kereta mewah

[Copy link]
Post time 9-10-2015 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 9-10-2015 10:09 AM

Perempuan seksi hanya pandang lelaki dalam kereta mewah



Di sudut wanita pula, tak ada perempuan seksi jelita dan bergaya yang akan mengekori lelaki buruk yang berjalan kaki atau naik basikal cabuk. Tapi mengekori lelaki yang sedang memandu kereta mewah seperti Ferrari, Audi, Porche atau lain-lainnya adalah perkara biasa.

Ertinya hanya lelaki yang duduk dalam kereta mewah sahaja yang menjadi tumpuan wanita seksi jelita dan bergaya. Tanpa kereta sebegitu, lelaki tak ada apa-apa yang menarik. Mungkin begitulah agaknya.

Maka untuk mengingatkan kaum lelaki bahawa tak ada sesiapa pandang anda tanpa kereta mewah dan bergaya, seorang perempuan seksi bergaya dan jelita di letakkan bersebelahan dengan kereta. Barulah ada alasan kenapa lelaki perlu keluarkan wang mereka untuk membelinya.






Proton Saga dan perempuan seksi



Pernahkan anda lihat iklan proton saga diselitkan dengan perempuan seksi jelita dan bergaya?, saya belum pernah lagi melihatnya. Kenapa proton tak buat begitu?

Apakah kerana tak ada perempuan seksi jelita dan bergaya yang sanggup dikaitkan dengan proton saga atau kerana meletakkan perempuan seksi jelita dan bergaya tidak berikan apa-apa kesan pada iklan kereta mereka?

Memikirkan cara manusia bertindak ada kalanya memang mengasyikkan. Kita mahu dikatakan rasional, tetapi hakikatnya jarang-jarang perlakuan kita membuktikan bahawa kita adalah manusia yang rasional.

Apa pendapat anda dengan kereta mewah dan perempuan seksi? apa yang anda lihat pada iklan atau kalender kereta mewah, adakah kereta mewah itu sendiri atau perempuan seksi? berikan pendapata anda kalau sudi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2015 10:10 AM | Show all posts
Kereta mewah dan perempuan seksi



Sambil bawa kereta nak pergi solat jumaat tadi sambil dengar radio BFM 89.9, tertarik dengan temurah dua usahawan berbangsa Cina bersama DJ radio membincangkan amalan mengaitkan kereta mewah dan perempuan seksi.

Salah seorang daripada usahawan Cina itu menjalankan perniagaan kereta mewah, power, laju dan bergaya untuk pasaran orang kaya raya di Malaysia, manakal seorang lagi yang masih muda menjalankan perniagaan perabut.

Kebetulan DJ merupakan seorang wanita yang biasanya amat peka pada penyalah gunaan kaum wanita terhadap aktiviti pengiklanan untuk menarik perhatian orang ramai. Jadi soalan tersebut memang sudah dijangkakan akan diajukan pada pengusaha kereta mewah tersebut.

Kereta mewah dan perempuan seksi amalan biasa
Soalan yang diajukan oleh DJ adalah kenapa kereta mewah dikaitkan dengan wanita seksi? dan adakah usahawan itu turut sama mengamalkannya?

Orang tua itu memang pada dasarknya tak berapa berkenan untuk mengamalkan budaya atau amalan biasa dalam pasaran yang sering mempamerkan kereta mewah bersama dengan perempuan seksi. Tapi dia mengaku sendiri ianya tidak dapat dinafikan mempunyai kesan yang besar untuk membuatkan para lelaki meleleh air liur.

Samada kaum lelaki meleleh air liur disebabkan melihat perempuan seksi berkepit dengan kereta mewah tersebut, atau disebabkan mengidamkan kereta itu, tidak pula dapat dipastikan. Hakikat itu, membuatkan teknik iklan dengan mengaitkan kereta mewah dengan perempuan seksi tidak dapat ditinggalkan.

Kenapa kereta mewah mesti ada perempuan seksi



Menjawab pertanyaan tersebut, orang tua itu memberikan respon atau logik mudah. Kerana kereta mewah adalah untuk lelaki hebat bergaya dan kaya. Begitu juga dengan perempuan seksi dan jelita adalah khas untuk lelaki hebat bergaya dan kaya. Itulah hubung kaitnya yang membuatkan iklan kereta mewah mesti ada perempuan seksi jelita.
Ferrari sport

Iklan sebenanya adalah mainan emosi. Dan emosi pula lebih mudah dimanupulasikan bila ianya dikaitkan dengan perkara yang kita suka. Sudah menjadi lumrah lelaki suka atau tertarik dengan perempuan seksi jelita dan bergaya.

Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya mengaku perempuan seksi jelita dan bergaya mampu membuatkan mata saya liar megekorinya sebelum tersedar dan memalingkan muka. Itupun bila disedari adanya mata lain (biasanya isteri) yang sedang memerhatikan kelaku kita.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:54 AM | Show all posts
aku rasa bergantung pada buatan kereta tu dari negara mana dan tahap kemaluan perempuan tersebut untuk menayangkan aset beliau
bukan faktor kereta mewah atau x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:27 AM | Show all posts
kalau kereta made in japan dpt awek seksi japanese?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 04:00 PM | Show all posts
sama juga dgn superbike
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ada je xseksi pdg reta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 05:13 PM | Show all posts
agak2, kalau letak jantan2 sado kat kat fair / show kete2 mewah ni korang rasa ape?
teruja? rasa geli?

to me, semua ni mindset...cuba letak jantan sado / lelaki masculine bergaya kat kete2 mewah nie, lama2 orang akan terbiasa..may be boleh relate yang imej kete mewah yang menonjolkan imej masculine..

benda tak biasa..thats why rasa pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pucca tertarik dengan gambar 1st tu, laki ke pompuan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 09:04 AM | Show all posts
ini semua mainan yahudi belaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.076510 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list