CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29813|Reply: 346

[Kemaskini] Kanak-Kanak Diculik, Sudah Ditemui Selamat!

[Copy link]
Post time 9-10-2015 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za
Kemaskini Jam 6.11 petang


Kanak-kanak berusia 5 tahun yang diculik di hadapan ibunya pagi tadi di Kajang, telah ditemui selamat.


Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, kanak-kanak itu telah dihantar pulang ke rumahnya selepas ditemui oleh seorang pemandu teksi lebih kurang jam 5.35 petang tadi.


Akhirnya, sesuatu yang positif dapat dicapai melalui bantuan semua pihak dengan adanya sebaran berita tersebut di media sosial.  - CARI Infonet









Seorang ibu tidak dapat menahan rasa takut dan terkejut yang teramat apabila anak lelaki kesayangannya yang berumur 5 tahun diculik di depan mata.


Kejadian yang berlaku pada pagi ini di Tadika Cekap Bahasa, Kajang, Selangor menyaksikan wanita ini menghantar anaknya ke sekolah tadika sebelum dihampiri oleh lelaki yang tidak dikenali.


Secara tiba-tiba lelaki itu 'menangkap' anak kecil itu lalu membawa lari ke dalam sebuah kereta proton Saga hitam.


Kejadian itu telah dirakam melalui CCTV dan plat kereta tersebut dapat dikenal pasti iaitu WST 2936.








Berdasarkan CCTV itu, suspek yang terdiri daripada dua lelaki dipercayai berbangsa Melayu berpura-pura berbual dengan ibu mangsa sebelum mengambil peluang menculik kanak-kanak itu.


Kejadian seperti ini sememangnya tidak disangka-sangka, kerana anak sedang berada di tangan ibu bapa. Kepada para ibu bapa, diharapkan lebih berhati-hati dengan 'penyangak' sebegini.








Jika dihampiri mereka yang tidak dikenali, lebih baik jauhkan diri dan lindungi anak-anak daripada terdedah kepada orang seperti itu. Memang malang tidak berbau.


Kepada mereka yang ternampak kenderaan dengan nombor plat terbabit, boleh hubungi: 019 -350 3483 / 012 - 390 1030. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh aku bayangkan perasaan mak bila anak dilarikan


Harap takda motif lain disebalik penculikan ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah kesiannya tgk..gambar si ibu....moga anak tu selamat
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:47 PM | Show all posts
seriously ai makin risau dgn kegiatan jenayah di kolumpo nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:49 PM | Show all posts
aku baru je  tengok video tu.. jahat betul..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shahx replied at 9-10-2015 12:49 PM
aku baru je  tengok video tu.. jahat betul..

Nak tgk......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2015 12:50 PM | Show all posts
ni  dekat kwsn dekat jer dgn opis aku..aku plak risau jenayah skrg terlalu membimbangkan.
balik rumah jer terus kunci pintu pagar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah jahatnya aaa lelaki yg mencuri tu:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 12:53 PM | Show all posts
ya Allah kesiannya mak dia tu... mesti dia risau n sedih yg amat anak dia dilarikan.. semoga kanak2 tersebut cepat ditemui..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:54 PM | Show all posts
please do something, harap budak ni dpt diselamatkan secepat mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...ape nk jd ngan mesia skang ni.xselamat
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:55 PM | Show all posts

nanti jd viral la kat fb. byk fan pages upload..

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Anaknya good lookimg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 12:56 PM | Show all posts

ada kat atas videonya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
shahx replied at 9-10-2015 12:55 PM
nanti jd viral la kat fb. byk fan pages upload..

Dah ada kat atas tu.....kalau betul bangsa melayu yg culik....mmg memalukan ....asyik buat kerja kotor untuk kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-MAMS replied at 9-10-2015 12:56 PM
ada kat atas videonya..

Tq.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 12:57 PM | Show all posts
Harap Malaysia boleh buat Amber Alerts. bebila ada kes culik mcm ni radio terus keluar amaran termasuk jugak papantanda khas highway bertahu no kereta/jenis kereta etc.

Bangsat punya Melayu (dua ekor tu lah) - ni ler puak merah perjuangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:59 PM | Show all posts

JAngan lah diapa apakan budak ni. Harap polis bertindak cepat. Kalau lebih dari 72 hrs harapan tipis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 01:02 PM | Show all posts
dah jumpa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 01:02 PM | Show all posts
Along ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.095935 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list