CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7115|Reply: 45

[Tempatan] beza kaum melayu dan kaum cina

 Close [Copy link]
Post time 10-10-2015 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ladydutch at 10-10-2015 05:28 PM

harap mod @spiderman80 benarkan thread ini dibuka

Dr Mahathir malu dengan kaum Cina sebab Melayu malas


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kritikannya kaum Melayu malas, serta mengakui malu dengan kaum Cina yang disifatkannya lebih maju ke hadapan.
Dr Mahathir berkata, kaum Melayu masih tidak rajin, memberikan contoh situasi yang berlaku di pusat pengajian tinggi di mana hampir majoritinya perempuan berbanding lelaki.
"Belum rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Kalau kita pergi universiti, 70% perempuan. Budak-budak jantan (lelaki) apa dia buat? Jadi mat rempit, itu saya kata tidak rajin," kata Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Dr Mahathir, walaupun mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, kaum Melayu tidak manfaatkan masa sepenuhnya untuk belajar secara serius dan tidak membaca buku.
Dr Mahathir mengaku malu dengan kaum Cina, mengambil contoh dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
"Saya malu, budak-budak Cina belajar tiga bahasa tetapi bercakap Bahasa Inggeris lebih fasih daripada budak-budak Melayu.
"Kita belajar dua bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi orang Melayu cakap cukuplah apa hendak belajar Bahasa Inggeris lagi," kata beliau merujuk kepada keputusan Putrajaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkannya.
Bekas presiden Umno itu berkata lebih mengecewakannya, kaum Melayu tidak bersikap jujur dan amanah serta terlalu mementingkan wang berbanding kaum Cina.
"Kedua berkenaan kejujuran, ikhlas dan amanah.
"Sekarang ini saya ada kedai roti, saya hendak terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina dan Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit dia lupa, dia tidak jujur.
"Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu.
"Orang Cina tidak begini," katanya kepada akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad itu.
Dr Mahathir turut mengungkit sikap orang Melayu yang tidak mahu membayar hutang walaupun berkemampuan.
"Berapa banyak orang Melayu bila berhutang, tidak bayar.
"Dapat biasiswa tidak bayar balik. Bukan tidak ada duit tetapi tidak bayar. Kita kena amanah," katanya.
Menurutnya lagi, atas faktor itu juga banyak kontrak diberikan kepada Cina kerana lebih amanah berbanding kaum Melayu.
"Kita hendak beri kontrak, kita beri kepada Cina sebab kita tahu dia buat elok.
"Ini kelemahan kita, kita tidak amanah," katanya.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengakui beliau mengkritik kerana enggan menipu diri sendiri, sebaliknya belajar untuk berdepan dengan realiti.
"Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas.
"Kalau orang tidak suka, tidak sukalah," katanya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui gagal mengubah kaum Melayu yang dianggap sebagai pemalas.
Baginya, untuk kaum Melayu berjaya, mereka perlu menjadi lebih rajin dan tekun, serta mengubah cara bekerja.
"Kita kena kerja lebih tekun, lebih kuat dan lebih rajin.
"Macam saya perkenalkan Dasar Pandang Ke Timur kerana saya perhati orang Jepun rajin bekerja," katanya.




Ini bukan post racist.Diulangi sekali lagi, INI BUKAN POST RACIST.Apa yang aku cuba ceritakan disini tidak sesekali menjurus ke arah racisme atau perkauman, kerana aku sendiri adalah orang anti kepada racisme.Apa yang cuba diketengahkan disini adalah satu perkongsian dan kupasan ringkas, yang perlu diketahui oleh orang melayu/bumiputera (bagi tidak mengetahui) tentang mengapa orang cina lebih maju daripada kita.Post ini cuma mengajak untuk kita untuk berfikir dan bermuhasabah diri, serta berhenti menuding jari dan menyalahkan orang lain diatas kekurangan dan kekhilafan diri kita sendiri.

Kenapa orang cina lebih maju daripada orang melayu?Bagaimana kaum yang dianggap pendatang dibumi melayu/bumiputera ini berjaya menguasai ekonomi kita disini?Satu persoalan yang selama ini sebenarnya mempunyai jawapan yang berada benar-benar dihadapan mata kita.

Semoga bermanfaat untuk difikir-fikirkan.Salam Jumaat.

1. Pendidikan. Orang cina sangat mementingkan pendidikan.Seawal usia tadika (4-6 tahun), dikala anak-anak orang melayu sibuk bermain guli, bergelumang dengan lumpur dibawah kolong rumah, melastik burung dan mencuri buah rambutan dikebun Pak Kordi, orang cina sudah mula menghantar anak-anak kecil mereka ke kelas tuisyen.Mereka tidak kisah membelanjakan wang ringgit untuk memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.Matapelajaran yang paling ditekankan oleh mereka kepada anak-anak mereka adalah, MATEMATIK.Bukan nak kata apa, tapi ini adalah realiti : subjek ini rata-ratanya sangat dibenci oleh anak-anak melayu.Tak dapat dinafikan sesiapa.Tanyakan kepada anak-anak melayu, pasti ramai yang mengiyakannya.Mindsetnya mudah : Matematik + Nombor + Susah = MALAS.Tapi tidak kepada orang cina.Mereka sangat mengutamakan kemahiran dalam subjek matematik, kerana mereka sedar melalui penguasaan subjek inilah mereka akan dapat meneruskan legasi perniagaan mereka kepada anak-anak mereka di masa hadapan.

Mereka sedar dan tahu, mereka adalah ‘kuasa ekonomi’.Matematik adalah kunci untuk meneruskan kesinambungan penguasaan mereka terhadap ekonomi.Orang Melayu, biarlah mereka yang ‘berkhidmat untuk negara’.Perhatikan di jabatan-jabatan awam, bagaimana jurang ras boleh dilihat dengan begitu ketara sekali antara melayu/bumiputera dan orang cina.Mengapa orang cina begitu kurang sekali memasuki perkhidmatan awam? Jawapannya mudah : ‘kuasa’ mereka bukan disitu.Kuasa mereka dibidang ekonomi, dan disitulah punca ‘ong’ sebenarnya datang, bukannya dari bidang ‘yang menurut perintah & berkhidmat untuk negara’.
Perhatikan senarai 10 orang terkaya di Malaysia, siapa yang menguasai senarai itu?Well, semua orang tahu jawapannya bukan.Adakah mereka berkerja di jabatan awam?Jawapannya sudah tentu tidak.Jadi kesimpulannya mudah : bagi orang cina, perkara yang akan mendatangkan kekayaan adalah penguasaan ekonomi, yakni perniagaan, dan bukannya melalui jalan ‘berkhidmat untuk negara’.Bagaimana untuk menggenggam kuasa ekonomi itu dan ilmu apakah yang perlu dipelajari dan dikuasai supaya ia tidak akan terlepas dari tangan mereka?Jawapannya MATEMATIK.Oleh sebab itulah, anak-anak mereka begitu didedahkan dengan ilmu pengiraan matematik diperingkat awal agar legasi penguasaan ekonomi itu akan dapat dijayakan dengan kesinambungan yang berterusan

Aku sendiri mempunyai sedikit pengalaman di zaman sekolah dahulu tentang bagaimana pentingnya pendidikan kepada mereka.Kisahnya, sewaktu tingkatan 2 dulu, aku telah terpilih memasuki kelas ‘A’, yakni kelas pelajar-pelajar pintar.Bangga jugalah kerana terpilih memasuki kelas yang rata-rata pelajar didalamnya adalah terdiri daripada mereka yang bijak dan ber’IQ’ tinggi.(Hns hns hns bangga gua hahaha poyo).Namun apa yang lebih menarik sebenarnya, yang ingin gua kongsikan adalah, pelajar dari kaum apa yang menguasai kelas tersebut.Rata-ratanya (80%) adalah pelajar cina!Believe it or not, hanya aku seorang sahaja pelajar lelaki Islam dari kaum melayu/bumiputera yang berada di dalam kelas itu.Pelajar perempuan ada lah beberapa orang yang muslim melayu/bumiputera, namun pelajar lelaki memang aku seorang saja.(Sian aku kan huhu)

Walaupun kisah itu sudah lama berlalu, namun aku masih dapat mengingatinya dengan jelas.Setelah zaman persekolahan berakhir dan mula memasuki alam dewasa, barulah aku sedar kenapa situasi tersebut berlaku.Semuanya kerana penekanan yang diberikan oleh orang cina terhadap anak-anak mereka tentang pentingnya pendidikan kepada kesinambungan generasi mereka.Jumlah penguasaan majoriti mereka dalam melahirkan anak-anak yang pintar di sekolah sebenarnya menggambarkan situasi sebenar bagaimana mereka dapat menjadi taikun dan kuasa ekonomi di bumi Malaysia ini.Dan rasanya, situasi ini memang berterusan sehingga hari ini, dimana pelajar cina terus menguasai pencapaian akademik di sekolah-sekolah…

Sesuatu yang patut dicontohi dan diaplikasikan oleh ibu bapa melayu/bumiputera jika ingin melihat anak-anak kita bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak mereka.Penekanan pendidikan perlu diberikan seawal mungkin kepada anak-anak melayu.Minda mereka perlu diasah seawal mungkin agar memberi keutamaan kepada pendidikan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang cina tehadap anak-anak mereka.Persoalannya cuma mahu atau tidak saja.

2. Perniagaan

Cara perniagaan orang cina sangat berbeza dengan cara orang melayu.Peniaga cina tidak akan SESEKALI berniaga secara hutang kepada sesiapapun.No cash, no bussiness.Ini adalah perkara benar.Kalau kurang percaya, boleh cuba sendiri.Pergi ke kedai orang cina yang anda kenal dan tanyakan, “Tauke, ini barang boleh hutang ka?”.Sudah tentu jawapan yang akan anda perolehi adalah “Haiya soli a kawan, wa bisnes cuma terima cash only”.Tanyakan soalan yang sama kepada peniaga melayu.Anda masih boleh menemui peniaga melayu yang boleh memberikan hutang kepada anda.Entahlah, mungkin atas dasar sifat orang Melayu itu sendiri, yang mewarisi sifat ‘murah hati’ dalam kehidupan seharian dari generasi terdahulu dan terbawa-bawa dalam perniagaan.Konsep yang sangat salah pada mata peniaga Cina.

Bagi orang cina, bussiness is bussiness.Biar dengan kawan baik sekalipun, mereka tidak akan sesekali membenarkan aktiviti perniagaan secara hutang berlangsung.Tapi anda jangan silap, cara mereka berurusniaga berbeza mengikut ‘jenis’ orang.Bila mereka berurusniaga dengan orang yang bukan cina,(melayu, bumiputera) mereka akan menggunapakai peraturan ‘no hutang, cash only’.Mungkin ada beberapa orang tertentu sahaja dikalangan sahabat melayu mereka yang boleh berurusniaga secara hutang dengan mereka, itupun atas dasar percaya dan mereka benar-benar rapat dengan orang itu.Kalau tidak, jangan harap.Berbeza bila mereka berurusniaga dengan orang mereka sendiri (cina), walaupun orang itu tidak dikenali/rapat, namun sekiranya dia adalah orang cina, maka mereka akan ‘membuka jalan’ kepada orang tersebut selagi dia adalah orang cina.Semua benda boleh runding, asalkan orang itu adalah orang mereka.

Inilah keistimewaan orang cina berbanding melayu.Bukan setakat hutang, pertolongan lain pun boleh diberikan.Untuk pengetahuan anda, bagi yang tidak tahu, (ini aku nak pecah lobang) harga urusniaga antara orang cina dengan orang cina adalah berbeza dengan urusniaga mereka dengan orang melayu.Of course la dalam urusniaga barangan tertentu dan dalam jumlah yang pukal/besar, takkan jual air oren setin nak bagi lain-lain harga plak.Baik tak payah meniaga kalau macam tu.Ok, sebagai contoh, harga jualan umum sebijik tayar di kedai tayar Chong adalah RM100, mungkin harga selepas diskaun adalah RM95, tapi harga untuk orang cina berkemungkinan sekitar RM80-90 sahaja.Itu contoh.Sudah tentu mereka tidak mewar-warkan harga ini kepada umum, cuma dikalangan mereka saja yang tahu.Dan ini adalah benar, kerana aku sendiri selalu menggunakan kawan-kawan cina aku untuk membeli sesuatu barang dengan harga ‘cina sesama cina’.Tak caya, sila buat eksperimen sendiri.

Inilah realitinya.Mereka boleh saling membantu walaupun pada awalnya tidak saling mengenali.’Jambatan tersembunyi’ sebenarnya memang sudah sedia terbina antara mereka, dan mereka akan menggunakannya bila diperlukan.Luaran nampak terpecah, tapi zahirnya mereka sebenarnya bersatu.Jika dibandingkan dengan orang melayu, umpama langit dan bumi.Pergilah si melayu kepada melayu yang telah sedikit berjaya dan punya pengaruh untuk meminta pertolongan.Believe me, amatlah sukar untuk menemui melayu yang mahu membantu melayu sebagaimana orang cina membantu kaum mereka.Perangai PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang dimiliki dan tertanam dalam jiwa melayu merupakan satu penyakit yang telah lama menjadi duri dalam daging dikalangan melayu.Pantang berjaya sikit dan mendapat nama dimata mayarakat, mulalah mendabik dada.Sombong tak tentu pasal.Bukannya nak tolong bangsa dia, malahan memperlekeh dan memperkecilkan bangsa sendiri.Malahan ada yang sanggup sampai menjatuhkan dan mencantas bangsa sendiri semata-mata bimbangkan persaingan dan kepentingan periuk nasi tergugat.Ini sangat berbeza dengan orang cina.Orang cina lagi suka semakin ramai orang mereka yang naik dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, kerana itu akan menjadi satu mercu tanda dan penunjuk aras yang rata-rata bangsa mereka adalah orang yang pintar dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.Patut disokong dan dibantu seboleh yang mungkin…

Disinilah kelemahan melayu yang paling ketara sekali.Memang ada juga dikalangan melayu yang telah berjaya yang mahu membantu bangsanya sendiri, tapi boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang benar-benar serius.Selebihnya hanya umpama melepaskan batuk ditangga.Entah bilalah perangai PHD ni akan hilang dari jiwa orang melayu…

3. Sifat Khianat.

Orang cina amat pantang dengan orang yang mengkhianati mereka.Tidak kira dalam hal apa sekalipun, sekali mereka dikhianati, sampai matilah orang itu tidak akan diberikan muka atau dipercayai lagi.Apalagi dalam bidang perniagaan.Sekali tertipu tidak akan ada kedua kalinya.Ini berbeza dengan melayu.Sifat memaafkan sangat diterapkan dalam sanubari orang melayu, kerana ianya sangat dituntut oleh ajaran agama Islam, yang dianuti oleh orang-orang melayu.Memaafkan itu sangat dituntut, malahan ia adalah satu sifat yang amat mulia dalam ajaran mana-manapun agama.

Tapi bagi orang cina, untuk mempercayai semula orang yang pernah mengkhianati mereka adalah satu perkara yang sangat-sangat ‘suwey’ kepada mereka.Disinilah terlihatnya satu lagi kelemahan orang melayu dimata cina.Sifat memaafkan orang melayu dan suka memberi peluang kedua dianggap sebagai sesuatu kesilapan yang tidak patut dilakukan.Untuk apa memberikan peluang kepada orang yang pernah menipu dan mengkhianati kita?Orang putih bilang, “Everybody deserves a second chance”.Believe me, ini tidak terpakai kepada orang cina.Bagi mereka, “once broken, consider sold” lebih terpakai.

Mungkin sudah tiba masa kita orang melayu/bumiputera menggunapakai teori sebegini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita, apalagi jika terlibat dalam bidang perniagaan dan ingin berjaya seperti mereka.Mencontohi dan belajar sifat-sifat baik yang membuatkan mereka berada berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, terutamanya perniagaan.Memang terdapat beberapa sifat-sifat mereka yang tidak patut untuk kita contohi, yakni sifat buruk yang tesembunyi disebalik kejayaan mereka menguasai ekonomi, namun itu tidak akan aku kupas untuk kali ini.Lain kali.Atau mungkin, sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah membaca artikel “The Li Bloodline” untuk pengkisahan yang lebih detail.Mana nak baca tu?Sila google.Artikel yang ditulis oleh Mistisfiles.

Kesimpulan Inilah sedikit sebanyak maklumat yang dapat aku kongsikan.Sebenarnya ada lagi, tapi nanti jadi terlalu panjang la pulak.Ni pun dah cukup panjang.Macamana aku tau semua ini? Sebab aku berkawan dengan mereka.Aku punya ramai kawan orang cina, dan sepanjang pergaulan dan pengamatan aku terhadap mereka, inilah kesimpulan yang aku dapat tentang bagaimana dan mengapa mereka lebih maju daripada orang kita, yakni melayu/bumiputera.

Aku tulis artikel ini bukanlah untuk menyanjung mereka, jauh sekali untuk memperlekehkan orang melayu/bumiputera bangsaku sendiri, tapi untuk membuka mata dan menyedarkan orang kita terutama generasi muda tentang dimana sebenarnya letaknya kesilapan kita selama ini.Berhentilah dari menuding jari dan menyalahkan orang lain, dan bermuhasabahlah dengan diri sendiri tentang bagaimana untuk meletakkan bangsa kita agar dapat berdiri sama tinggi dengan mereka.Buanglah sifat-sifat iri dan PHD yang terdapat dalam diri kita, kerana sifat-sifat inilah yang menyebabkan kita ketinggalan jauh dibelakang mereka.
Believe me, selagi sifat PHD masih meracuni jiwa orang-orang melayu/bumiputera, maka selagi itulah nama orang-orang melayu/bumiputera akan terus tercicir dari senarai ‘manusia paling kaya di Malaysia’.Renung-renungkan.

Wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 05:22 PM | Show all posts
Apake nyanyok...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang melayu terlebih satu benda sis...

MALAS...bila ada buah malas sbijik, sampai mampos la xmaju2 sis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:24 PM | Show all posts
tak de kaitan dgn isu semasa
lgpn tidak diulas langsung oleh org yg berpengaruh
bod aduan, pendapat lebih sesuai

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab tuisyen dan math tu xdinafikan..wana ajar kat kumon,mostly chinese la..umur 4-5tahun dah dihantar..
Math pengalaman kt sekolah..sekolah wana antara de best sekolah dalam subjek math,add math n fizik..ingat dulu cikgu wana suruh katamkan buku latihan add math warna merah sasbadi tu..berpinar nak jawab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 05:27 PM | Show all posts
dauswq replied at 10-10-2015 05:24 PM
tak de kaitan dgn isu semasa
lgpn tidak diulas langsung oleh org yg berpengaruh
bod aduan, pendapa ...

dr mahathir turut menyatakan kaum melayu adalah bangsa yang malas dan dia adalah orang yang berpengaruh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2015 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu Melayu bnyak pengkhianat...pengkhianat pada janji....kuat berjanji...

Ni yg Sabbath selalu jumpa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 05:30 PM | Show all posts
wana89 replied at 10-10-2015 05:25 PM
Bab tuisyen dan math tu xdinafikan..wana ajar kat kumon,mostly chinese la..umur 4-5tahun dah dihanta ...

kaum cina rata rata hebat dalam matematik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 05:32 PM | Show all posts
tudia...TT ambil masa sehari taip
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
@spiderman80

sila jlnkan tugas......

baca sikit je pun....yg komen tu tun m,, dia pun dah jadi sejarah.....so ni bkn isu semasa....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmm bila Cina tak boleh berbahasa melayu takde pula nak kata mereka malas atau tak berusaha.



sinis jelah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cina x berhutang?? pigidah... bisnes mesti ade hutang,cash only jual ikan bleh la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni suka bangkit2 isu2 provokasi dan racism. Org mcm tt ni kena nyah la. Sudah2 la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ladydutch replied at 10-10-2015 05:30 PM
kaum cina rata rata hebat dalam matematik

Haah betul tu.... mmg natural talent. Sama mcm org afrika dlm sprint....

Tp org2 melayu da start meminati math
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
@spiderman80....kalau thread ni kutuk mengutuk sesama kaum dan membawa pergaduhan....dan menjurangkan lg perkauman....sila tutup thread ni.....tajuk pun dah nampak menjurus ke arah perkauman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je..semua tu adalah sifat peribadi sendiri.

Kalau kita melayu pikir makan gaji ok..tp cina pikir apa nak diwariskan pada keturunan,cthnya perniagaan.kontraktor mak aku xpandai baca,xpandai tulis,tp syarikat besar berjaya.lpstu syarikat bg anak.lg satu cina ni sifat xnak bergantung mcm jiran aku lah,anak xpandai bhenti sekolah,bio je keje,lpstu ada pengalaman,dia pula buka kedai.

Bab beli rumah. Aku tgk jiran cina anak keje kilang je xhabis blaja,mampu beli umah beso kenapa?? Sbb cina ni konsep membantu sama kaum tinggi tu maju.pakcik dia bjawatan besar,jd guna nama pakcik dia beli rumah,bulanan dia bayar.paling tdekat sekolah cina.. bertatu dh mcm kongsi gelap, tp Ko tgk sumbangan peribadi mak bapak persatuan cina xkedekut bg.sampai melayu,india sek cina pun dpt.tanda cina maju pada peribadi aku satu je. Kat taman sutera johor.kedai mkn cina melambak2, tp masing2 penuh sentiasa sibuk banyak gila kedai cina depan blkng,kiri kanan penuh.kalau lah kedai kwsan melayu maaf ckp k..mmg akan ada satu kedai je penuh,kedai lain kosong.sbb apa?? Pikir sdiri.
Sbb tu aku anta anak sjkc,bergaul bnyak dgn cina shj..nak maju mcm diaorg bg aku ko kena masuk dlm persekitaran tu dan belajar cara diaorg.cina xmalu nak maju..sbb tu kat spain tetiba ada kedai cina,dia sorg je cina,xpandai cakap spanish,english tp leh survive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pnjang nya..koser iols nk bace..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah naik muak aku komen topik cina pemalas... melayu pemalas...cina tak tau berniaga ... melayu tak pandai berniaga ...cina pandai matematik...melayu hebat dalam kejuruteraan ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kau tengok kebaikan cina dan keburukan melayu.cuba kau tengok sebaliknya banyak juga perbezaannya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:38 PM | Show all posts
Ini semua salah SJKC, kasi tutup masalah selesai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.139355 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list