CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11157|Reply: 116

[Tempatan] Impian Kahwin Ala 'Fairytale' Waktu Kecil Jadi Kenyataan

[Copy link]
Post time 11-10-2015 10:23 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA: Majlis perkahwinan ala fairytale merupakan impian sejak zaman kanak-kanak bagi Dr Diana Sabrina Redzuan Lim.

Ia ibarat impian menjadi kenyataan buat dirinya apabila berpakaian seperti Puteri Hang Li Po dalam majlis perkahwinannya dengan Dr Mohd Aidid Rizal Mohd Rajib.

Pengantin lelaki itu pula ibarat memainkan peranan sebagai Sultan Mansur Shah Melaka.

Majlis itu yang turut mengetengahkan gabungan tema perkahwinan tradisional Melayu dan Cina, menonjolkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Dr Diana yang baharu sahaja menamatkan pengajiannya berkata beliau pada mulanya mahukan tema perkahwinan ala Disney.

"Namun selepas berbincang dengan ibu dan bapa mertua saya, kami memutuskan untuk menggabungkan dua budaya yang berbeza. Kemudian datanglah idea untuk Mohd Aidid berpakaian seperti Sultan Mansur Shah yang berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

"Saya cukup teruja... apabila menjadi seorang puteri," katanya dalam nada seloroh.

Dr Diana yang mengenali Dr Mohd Aidid lebih setahun yang lalu di Hospital Sungai Buloh berkata, mereka mengambil masa selama tiga bulan untuk melakukan persediaan majlis penuh istimewa itu.

"Ia amat menyeronokkan. Kami turut mengupah pengawal sebenar dari Istana Budaya supaya majlis perkahwinan itu nampak realiti," katanya.

Dr Diana berkata beberapa tetamu jemputan lelaki pula hadir menggunakan baju Melayu manakala isteri mereka berpakaian cheong sam.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai disambut dengan paluan kompang dan tarian singa.

Malam sebelum majlis perkahwinan mereka, pasangan tersebut diraikan dalam satu majlis berinai dengan tema Bollywood.

Dr Mohd Aidid, yang kini bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, berkata mereka menonjolkkan budaya berbeza dan kepelbagaian yang ada di negara ini.

"Kami tidak perlu melihat sesuatu yang jauh. Sejarah kita sendiri sudah kaya dengan nilai perpaduan kaum.

"Di Malaysia, terdapat pelbagai budaya dan kita percaya untuk mengetengahkan perkara yang boleh menyatukan kita," kata lelaki berusia 30 tahun itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar xde ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
merepek2 bdk2 skrg.pasth ikat perut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Fairy tale sangatttt...
Jgn tetiba muncul Tun Teejah celup..tak cukup eskalator Sultan Mansoor nak lari...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 11-10-2015 10:36 PM
merepek2 bdk2 skrg.pasth ikat perut.

Betul tu. Sat ni suruh mak pak keluar duit kwsp n
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2015 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau modal banyak, silakan la
Tp pada aku membazir semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sultan mansur ni kan kawen byk ke? da ready ke nak poligami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat loan brp ribu ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde gambar ke?
Nak gak tengok fairytale dia tu mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa depa buat personal loan bank rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin ala black widow tak mahu ke?

lepas mating black widow kills and eats her mate
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:03 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 11-10-2015 11:04 PM


http://www.thestar.com.my/News/N ... y-on-their-big-day/


gojesnya gaun pwincess beliyaw... ala2 utk majlis Met Gala 2015 yg bertemakan seni China sebegituh


menurut Prof Khoo Kay Kim... Hang Li Po ni tak wujud pon, sbb takda dlm record bertulis dinasti Ming. Ada jua teori mengatakan HLP cuma salah seorang dayang istana atau gundik maharaja. Dikahwinkan dgn raja/sultan asing sbg tanda diplomasi.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:09 PM | Show all posts
dani-rox replied at 11-10-2015 11:03 PM
http://www.thestar.com.my/News/N ... y-on-their-big-day/

ha'ah..lawa la baju kawen HLP tu...dengar2 dinner hujung thn ni nak wat tema kawen2...kalu jadi, leh iols pakai baju camni...tapi, nak drive la cam leceh plak..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruk nya backdrop pelamin
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 11-10-2015 11:09 PM
ha'ah..lawa la baju kawen HLP tu...dengar2 dinner hujung thn ni nak wat tema kawen2...kalu jadi, l ...

jgn sampai terbelit baju kau kat brek tu dah lahhh...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
advance sungguh!
masa kanak kanak ribena lg dah pikir pasal wedding theme, nasib dah besar jd MD
cer kalau masa kanak kanak dulu tak pikir pasal kawen, agaknya skang dah kerja dgn NASA
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:19 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 11-10-2015 11:09 PM
ha'ah..lawa la baju kawen HLP tu...dengar2 dinner hujung thn ni nak wat tema kawen2...kalu jadi, l ...

best nya tema dinner uolsss...

khen, nak pakai gaun HLP tu kulu kilir memang nightmare... masa drive, haruslah penuh satu keta dgn kain jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:22 PM | Show all posts
baper lamakah perkahwinan mereka ini akan bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau guna duit sendiri lantak le nak macam mana pun demi memenuhi impian. Tapi kalau guna duit loan fairytales le sgt lepas2 tu nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.071041 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list