CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14951|Reply: 89

Anzalna Tak Nak Bertunang?

[Copy link]
Post time 12-10-2015 11:24 AM | Show all posts |Read mode



EMPAT tahun menyulam cinta bukan satu tempoh masa yang pendek buat mereka. Empat tahun juga satu persatu dugaan yang hadir dilalui dengan tenang tanpa sebarang perbalahan.


Bagi Anzalna Nasir, pastinya cinta yang tertumpah kepada teman lelaki yang dikenali dengan nama Hanif Zaki tidak pernah berbelah bahagi. Baginya lelaki berkenaan bukan sahaja menjadi pelindung tetapi juga adiwira yang selalu ada di sisinya apabila diperlukan.

Menginjak usia 27 tahun ini pastinya dia mula merasakan sisi kematangan. Pada usia begini kebanyakan rakan yang lain sudah pun bergelar isteri malahan bergelar ibu.

Menganggap ini merupakan fasa yang sesuai untuknya menyimpul cinta dengan ikatan perkahwinan, pastinya baki beberapa bulan ini menjadi medan untuknya mempersiapkan diri.

“Memang debaran itu ada tetapi saya hadapinya dengan tenang. Nak berkahwin bukan satu perkara yang mudah tetapi Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik.

“Buat masa ini biarlah saya merahsiakan dahulu tarikh pernikahan kami. Yang penting akan berlangsung pada awal tahun depan.
“Siapa yang tak gembira mahu berkahwin tetapi yang lebih utama saya mahu majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan manis yang diingati sampai ke akhir hayat,” tambahnya.

Pun begitu Anzalna bersyukur kerana dia tidak berhadapan dengan dugaan besar dalam tempoh ini. Dia mengerti tempoh beberapa bulan sebelum majlis berlangsung kebiasaannya ‘diisi’ dengan dugaan seperti kebanyakan pasangan yang lain.

Namun antara dia dan Hanif, masing-masing percaya tempoh ini merupakan fasa untuk mereka bermuhasabah diri di samping lebih mengenali diri sebelum bergelar suami isteri.

“Orang kata kalau bertunang dugaannya semakin kuat. Hal kecil pun boleh menjadi besar kalau tak kena gaya. “Untungnya kami tidak menjalani proses pertunangan dan hanya menjalaninya sebelum majlis pernikahan nanti.

“Lagi satu dalam fasa sebelum menjelang hari besar itu saya dan Hanif sudah jarang berjumpa. Sebab itu antara kami tak ada masalah dan semuanya berjalan dengan baik,” kata Anzalna tersenyum.


- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.COyubFl3.dpuf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 11:27 AM | Show all posts
Aritu dalam rancangan paknil apa kata mesia pon dorg dtg kan?

Cecepat laaa nikah.. Hehehehe.. Bukan apa. Hanif tu hensem laa bg iolls. tp setia betul ek??

Tahniah Suraya!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:32 AM | Show all posts
semoga berbahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Salesman BMW boifren dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:34 AM | Show all posts
semoga apa yg dirancang berjalan dengan lancar
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:22 PM | Show all posts
semoga cepat ketemu jodoh ya pak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 02:44 PM | Show all posts
it's still considered engaged la...ayo
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:46 PM | Show all posts
Tahniah Anzalna..moga dipermudahkan..niat yg baik pasti direstui..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 12-10-2015 11:32 AM
Salesman BMW boifren dia nih

Iye ke nokkss??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:28 PM | Show all posts
suraya nak kahwin..tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:34 PM | Show all posts
semoga selamat ke jinjang pelamin..tak kisah la salesman keta pun janji hati baik..dan anzalna x caras hak orang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
btul tu nikah je trus..
selamat brnikah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_kitty replied at 12-10-2015 07:18 AM
Iye ke nokkss??

Tak tahu la kalo heshe dah jadi ceo autobavaria sis..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:06 PM | Show all posts
bagai pinang dibelah dua
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:27 PM | Show all posts
akak tak berapa paham kenapa ramai org bash sheols masa begado dgn nilofa dulu
macam manja taik je budak ni, gelak pun tutup2 mulut
tapi katanye hati busuk dan dengki eh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya bf.. Semoga selamat anzalna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 12-10-2015 08:27 AM
akak tak berapa paham kenapa ramai org bash sheols masa begado dgn nilofa dulu
macam manja taik je  ...

Meols #teamanzalna sis. Mana pernah heshe gaduh dengan orang lain, except dengan lopak jah. Lopak plak asik gaduh jah sepanjang tahun. So now, meols dah nampak, sapa yang suka cari pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 07:26 PM | Show all posts
lantak dia ler.aku yg tak paham tu jenis majlis tunang 2-3 jam sblm nikah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 12-10-2015 04:27 PM
akak tak berapa paham kenapa ramai org bash sheols masa begado dgn nilofa dulu
macam manja taik je  ...

Lepas gado ngan nelopak sheols xde isu pon ngan retis lain.lopak plak byk bebenor isu ngan retis lain..so mebi lopak yg problemo
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
i like anzalna.nmpk dia jauh lg bagus berlakon dr lofa.lofa berlagak la orgnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.080798 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list