CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8843|Reply: 41

Macam mana nak jauhkan diri dari kawan parasit?

[Copy link]
Post time 12-10-2015 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua…seperti tajuk, macam mana nak menghindari kawan yg parasit?

Accually budak ni kawan my hubby. Kronologinya bermula beberapa tahun lepas, hubby kenal budak ni (H) beberapa tahun lepas. Satu tempat kerja. Then, H ni dah resign dan pindah keluar dari kawasan we all duduk ni sebab diburu along. Teruk jugak masa tu sampai along datang cari kat rumah, kat tempat keje. Sampai along tu cari my hubby jugak sebab tau dia baik dengan si H ni. Tapi xde la warning ke apa, Cuma suruh tolong carikan si H ni. Bukan dengan along je dia tak bayar, kwn2 dia pun ada dia berhutang lepas tu lari, sampai budak2 tu dtg cari dia.

Sebelum dia pindah ni, perangai parasit dia tak berapa nampak lagi. Sampai la beberapa bulan lepas dia pindah sini balik, kerana mak mertua dia sakit n xde org nk jaga. Bini dia la yg kena jaga. Baru beberapa hari, dtg mengadu motor dia hilang, nak pinjam motor my hubby. Susah nak pergi keje katanya. My hubby pun dgn baik hatinya bagi la pinjam, kesian katanya. Bukan tu je, setiap kali mak mertua dia nk keluar masuk hospital pun my hubby tolong hantar, ambik. Sebab kesian diorng takde kereta nk ulang alik. Tolong duit lagi sikit2, xpela bab duit tu kita anggap sedekah je.

Yang geramnya mamat ni, dah dibagi betis nak peha. Dah bagi peha nak apa lagi? Pastu siap menipu. Dia kata motor dia hilang kena curi, tapi rupanya motor tu dijual. Dia pindah sini balik pun sebab dia buat hal, kat tempat lama dia, dia buat kerja pecah masuk rumah orang, Tu yg lari balik ke sini. Sekarang ni dengan motor my hubby dia pakai, tak bagi pinjam karang, x kerja pulak mamat tu. Nak pinjam duit pulak kang lagi susah kita orang.

Hari-hari datang rumah malam2 kadang kadang pukul 2-3 pagi ajak my hubby gi ngeteh. Pernah my hubby x buka pintu, dia dok hon2, suluh2 rumah, call lagi macam tak paham bahasa.

Ni dia nak tumpang letak barang dia pulak yg ambik dari rumah lama, nak letak kat rumah kitorang sebab rumah mak mertua dia kecik, x muat letak barang. I macam…what???yg my hubby pulak macam x boleh cakap no, bila orang tu dah merayu-rayu, siap cakap tolong kesiankan anak2 dia la…apa la..Pandai pulak tu guna modal anak-anak. My hubby pun satu hal, bukan nak bincang dulu dgn i..terus je cakap setuju dalam terpaksa. Patutnya bincang lah dulu kan, kalau dia x sampai hati nak cakap no, biar I je yg cakap. Itu tak kira lagi duit yang konon2nya nak pinjam dulu, tapi memang xde harapan nak dapat balik.

I stress la…disebabkan mamat ni I ngan my hubby lak hampir bergaduh. Contoh, bila I tak bagi my hubby pinjamkan moto, my hubby cakap I ni tak nak tolong orang susah. Masalahnya, mamat tu menipu, kata motor hilang padahal dia gi jual. My hubby tau tu, tapi dia marah kat mamat tu sekejap je. Bila org tu merayu dia lupa. Masalahnya my hubby jugak yg susah nak gi kerja kena car pool ngan I hari2. Kalau tak sama shift dah leceh. Biasa dia bwk moto je gi keje.

So, sekarang ni my hubby pun macam dah terasa dia dipergunakan oleh mamat ni, tapi dia tak tau macam mana nak mengelak. Untuk pengetahuan, masa dia kena tipu pasal moto & pasal duit tu dia telah pun memaki hamun budak ni dan tak mengaku kawan, tapi mamat ni memang muka tembok, hari2 datang rumah sampai my hubby buka jugak pintu. Apa nak buat dengan orang macam ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 01:34 PM | Show all posts
ape kate ko je yg sound mamat tu..... org mcm tu mmg kene ckp direct je..
lantak la putus kawan ke ape... tak bekenan betul org perangai mcm ni.. mengambil kesempatan sungguhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:16 PM | Show all posts
call along beritahu mana mamat itu tinggal suh along serbu tangkap
hang pindah sementara tempat lain 3 bulan, tukr no telepon, hilangkan diri di mata beliau
bawa parent atau org tua2 yg garang tinggal di rumah kamu sementara dan lagi bagus kalau org tua2 jenis suka bergaduh dan terpekik2 dgn mamat itu
menyamar jadi along pi rumah dia simbah darah ayam dan tulis macam2


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:23 PM | Show all posts
Suami anda yang bermasalah sebenarnya. Bukan kawan dia.

Kalau dia boleh maki, maka dia boleh katakan " tidak ".

Dia perlu katakan " tidak " pada kawannya itu. Tidak perlu mengelak atau berlembut, manusia macam itu memang tidak akan faham bahasa.

Sekiranya putuskan persahabatan itu lebih baik maka lakukanlah. Bahaya berkawan dengan orang sebegitu.
Tidak mustahil suami anda boleh menjadi kambing hitam diatas jenayah yang dilakukan oleh kawannya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:23 PM | Show all posts
dah tau di dok buat kerja pecah rumah pun suami you boleh layan lagi. hhmmmm tak tau nak kata apa lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 02:40 PM | Show all posts
Emperor95 replied at 12-10-2015 02:23 PM
Suami anda yang bermasalah sebenarnya. Bukan kawan dia.

Kalau dia boleh maki, maka dia boleh kata ...

tu yg i risau...sebenarnya cara lembut sudah, cari maki sudah, cara mengelak sudah, tapi dia ni memang tak faham bahasa punya orang...

masa dia takde motor, dia sanggup jalan kaki dari rumah dia dtg rumah i malam2, masa tu dia call my hubby x layan.

Dah dia tercongok depan gate bagi salam, my hubby pun jadi tak sampai hati

yg kes pecah rumah tu pun my hubby tau dari kwn2 dia yg lain, bila my hubby tanya, dia pusing cerita, tak mengaku

my hubby kata nk jual je moto tu kat dia, pastu bagi final word, jgn kacau kitorg lagi.

Tapi i nasihatkan dia la, geran motor kena tukar nama, takut dia buat jenayah guna motor tu

Ni pun dia baru 2 -3 hari keluar lokap sebab sangkut urine
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 02:42 PM | Show all posts
1. call along bagitahu dia dah balik.

2. bila dia datang carik husband, ko yang kuar dulu bagi tau laki takda @ tak bole kuar rumah

3. report polis kes pecah rumah, atau bagitau orang sana yang pencuri ada di sini

4. good luck
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:53 PM | Show all posts
Elok la dijauhkan orang macam ni tt..dah jadi benda ni kat sepupu aku baik sangat dengan kawan.cakap bini and sepupu2 lain taknak dengar. Mula2 kawan dia ni nak pinjam harta benda je muka tebal dari tembok kot. Dengan ade pinjam along gak.. Lepas dah lama2 kawan sepupu aku tu suruh dia jadi penjamin untuk pinjaman bank pulak. janji dengan sepupu aku akan bayar balik pinjaman tu. Sepupu aku ni baik sangat sanggup je jadi penjamin..Sekali one day kawan dia tu melarikan diri bila dah pinjaman tu diluluskan..dengan langsung tak bayar balik pinjaman tu walau sesen pun sampai harini. Sepupu aku la jadi mangsa rumah hampir kena lelong sebab pinjaman kawan dia tu. Sekarang sepupu aku dah tak macam dulu dah..dah berpada2 dengan kawan..nak menolong orang pun tengok tempat dah sekarang ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 04:02 PM | Show all posts
Ultra replied at 12-10-2015 02:40 PM
tu yg i risau...sebenarnya cara lembut sudah, cari maki sudah, cara mengelak sudah, tapi dia ni me ...

jual motor tu dkt dia, buat agreement siap2, pg tukar nama
lepas tu suruh laki ko beli motor baru

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:07 PM | Show all posts
Yang ni i setuju..
my hubby kata nk jual je moto tu kat dia, pastu bagi final word, jgn kacau kitorg lagi..


Pendapat me la kan..
better u and hubby u bertegas
bukan xboleh kesian, tapi kalau dah over sangat tu sendiri mau ingat la..

apa kata kalau u masuk campur, i mean kalau org tu datang cari hubby u,
u kata xde, jangan bg hubby u jawab call or jumpa dia lagi ke hape
xpun cakap je u nak report polis, sebab dah kacau femly u
kena la bertegas sikit dengan orang2 gini..

sampai dah tahap gitu kesian kat org, xkesian diri sendiri ke..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 07:03 PM | Show all posts
your husband ni tak sayangkan u anak beranak ke apa,
sanggup orang camtu dibuat kawan..

biar dia hon cam nak meninggal sekalipun depan rumah,
buat bodo aje... biar dia ketuk pintu sekalipun,
buat pekak aje..

your husband kena pikirkan keselamatan u anak beranak,
apatah lagi mamat tu pinjam duit along, penipu, orang
camni hanya membahayakan keluarga aje..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali dia hon2 depan rumah, suluh lampu, pekik panggil nama - call je polis. Harrassment tu!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 12:43 AM | Show all posts
Apa ke lembik sgt laki ang nih..patut jd pelindung dia pulak p tadah leher..1 hari dia umpan hampa pulak ke along..baru masa tu ampa tau nk jd baik ka jahat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm ni memang x faham bahasa..dan dia sgt expert gunakan mcm2 cara utk org simpati.
Sy pernah jumpa dulu org mcm ni..keje sekejap kt opis kteorg. Ramai kene tipu.
Klu husband u lembut sgt, ape kata u sendiri kene sound die..nk x nk memang kene..klu x mcm2 lg dia akan buat..
Jgn bg die kesempatan langsung. Even pinjam motor / duit susu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu motor tu klu dia x bg cakap je nk report polis
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu barang2 die yg ade kt rumah better u suruh dia clearkn dlm 1 bulan..klu die x nk clearkn cakap nk buang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 07:26 AM | Show all posts
parah problem TT ni...baik TT bertindak cepat...aku pulak geram..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:19 AM | Show all posts
bkn parasit lg ni...dh kira virus merbahaya
sakit je hati aku baca prob ko ni...
ko report polis...bg tau ade org gile dok ganggu idop korang anak branak
dia plk pernah ade kes ..sesuai sgtla nok oiii
biar dia merasa dok dlm lokap
ckp dgn somi ko...buat baik pon berpada2...ni smpi menyusahkan idop...waddeheyyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 09:01 AM | Show all posts
Update:
Semalam mamat ni bawak bini dia jumpa kitorang. Nak bincang pasal letak barang. Hubby aku cakap bagi jela diorg letak barang, sebab hujung bulan ni kitorang pun mmg nak pindah rumah sendiri. Lepas ni pandai2 la dia deal dgn tuan rumah. Tak nak ambik tau. Bini dia pun siap cakap kat aku, kalau tak percaya laki dia yg hampeh tu, tolong percaya kat dia, kesian kan anak2 dia. Ok fine, aku pun bukan kejam sangat. Takpelah aku cakap, letak lah barang. Nanti kitorg kosongkan 1 bilik utk letak brg2 diaorg.

Motor tu pun bini dia merayu bagi pinjam dulu kat laki dia, sebab kalau tak memang laki dia x keje la jawabnya. Aku kata ok, tapi kita buat deal. Ko jangan buat bukan2 ngan motor tu, dan kira ko sewa la motor tu, laki aku kata setiap bulan bayar RM100. Taknak bagi free2 je. Jadi je hal, motor ditarik balik. Kalo ko tak pulang, aku buat report ko curi motor tu. Haha kejam tak? Kitorang siap buat perjanjian bertulis, empat orang sign. Mamat tu, laki aku, aku & bini mamat tu.

Ok, aku ingat setel…RUPANYA TIDAK. Nak pinjam RM100 pulak, nak buat duit lori angkut barang. Ko rasa? Aku ni pun nk pindah rumah jugak, nak guna duit jugak cari lori semua. Bini dia janji hujung bulan ni bayar, siap nak bagi pegang ATM kad dia lagi. ADA LAGI, pagi ni nak mintak hubby aku hantar diorang ke rumah lama tu nak packed barang semua. Yang itu aku memang aku cakap NO. Hubby aku ala-ala nak cakap yes semalam, cepat je aku cakap x boleh. Hubby aku bukan tak kerja, nak terkejar-kejar lagi hantar diorang. Tu lah, masalahnya dia ni lembut hati. Sebab tu org suka ambik kesempatan. Bila aku bangkang sikit, dia tarbiahkan aku, kata aku ni tak pernah hidup susah. Tak faham keadaan orang tu.

Harap-harap lepas pindah ni aman sikit la hidup kitorang. Tapi lepas tengok bini dia semalam, memang diorang susah. Tak makan lagi, kat rumah xde apa nak masak. Tapi tu lah, perangai laki dia tu yg menyebabkan diorg susah. Pinjam along, tipu duit orang sana sini. Dalam xde duit tu ada pulak duit nk beli dadah sampai masuk lokap, urine positif. Tak paham aku.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:05 AM | Show all posts
Ultra replied at 13-10-2015 09:01 AM
Update:
Semalam mamat ni bawak bini dia jumpa kitorang. Nak bincang pasal letak barang. Hubby aku c ...

kesian bini dia.. mungkin tak bersalah.. tapi sikap laki dia yg buat anak beranak hidup susah.. knp tk ckp terusterang nk pindah.. nanti penat je byr sewa angkut brg.. tgk uol nak pindah dh rugi plk dia... ckp je kami nak pindah.. suh je la dia ltk kat rumah mak mentua dia... tapi takut plk dia follow je ke mana uol pindah nanti nak letak brg... rasa sedih kat bini dia...  laki dia tu tkyah la... lepas2 ni cuba u je yg berckp.. jgn bg laki u bercakap...
kadang ni bukan tak kesian.. tpi if keep on tolong.. we rosakkan dia lagi kan.... saya ni pulak .. bab pengasuh... suka buat advance.... tiap2 bulan... nampak kami je.. kadang pelik.. mana pergi duit laki dia..




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.104017 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list